Petang tadi dok sembang-sembang ngan BFF pasal entry 26 fakta tu.. tetiba terkeluar satu cerita pasal satu kejadian alam flight AA dari Incheon balik KL. Ni bukan kisah kitorang tapi satu perbualan antara sorang mamat Melayu ngan sorang minah Korea. Tak der niat pun kitorang nak curi dengar perbualan diorang tapi kalau dah duduk pun selang satu row blakang kitorang dengan volume yang boleh tahan kuat.. nak wat camno, memang ko boleh dengar ler. Mamat ni bagi aku ruap dia ala-ala macam Jamie Fox, kurus kering, gelap ngan cap kat kepala ala-ala pak itam. Memang tak hensem la. Tapi kitorang tau dia ni melayu, English pun ala-ala Manglish, tak sah nak menipu jadi pak itam.
Pada pendapat aku ngan BFF aku nih, kisahnya mamat ni tengah dok ngayat minah Korea ni. Biasala, minah Korea kan putis gebus gitus. (Aku cerita ala-ala karangan la sbb aku tak pandai nak buat conversation n sfx ala-ala Fatt.. hehe). Mamat ni pun cerita la pasal kerja. Dia cakap dia keja ngan Samsung on project basis pas tu duduk kat Gangnam. (Gangnam ni tempat orang kayer-kayer jer pegi/duduk). Company dia based kat Florida dan dia datang Korea ngan collegue dia yang pelbagai kaum lah kirenyer. Impressed betul minah tu bila dengar mamat ni based kat Florida. Mamat ni cakap dia selalu kena kejer kat luar negara. Tak sure la pulak aku samada fakta atau auta semata-mata.
Dia cerita la pulak pasal dia selalu pegi clubbing. Impressed lagi minah ni bila mamat tu sebut nama-nama club yang glamer kat Gangnam tu. Anyway, biasal nama pun nak mengayat kan, mula la mamat ni cakap besor. Ni yang start tak best ni. Untuk menunjukkan betapa sengalnyer mamat melayu sekor nih, dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kat minah Korea nih, dengan kadar volume yang 1/3 kapal terbang boleh dengar sore dia dan jugak dengan bangga dan riaknya dia bercerita pasal dia dan kawan-kawan dia selalu pi clubbing, mabuk-mabuk sampai tak sedar diorang spent punya la banyak duit kat club tu. Ko nak cakap ko banyak duit ker?? Lepas tu dengan bangganyer bercerita lagi pasal diorang mabuk-mabuk and soo damn wasted kat tepi jalan, boleh macam tu?? Dia cerita pasal diorang pegi tengok baseball game pas tu ambik gambar ngan cheerleaders yang sexy-sexy tu. Siap tunjuk gambar kat HP. Minah tu komen la yang dia suka ambik gambar dengan awek sexy dan dia pun gelak bangga. Uwekkss.. muka dah la tak hensem langsung, goli tekak den.
Aku ngan BFF pandang satu sama lain sambil senyum sumbing.. haper daa.. orang macam ni pun ada. Pas tu keluar pasal cerita dia kat Sarawak. Dia ada bela anjing. One day family dia datang, terpaksala dia hantar anjing kat rumah kawan dia. Lepas family dia balik baru dia pegi ambik balik anjing dia tuh. Hanjing tul. Memang la tak salah ko bela anjing janji ko kena samak. larat ker ko nak samak satu rumah bila bergesel dengan air liur anjing tu?? oh lupa lak.. mamat ni orang Negeri Sembilan.
Lepas tu dia sambung lagi pasal cerita mabuk-mabuk dier tu. Ini part yang best. Minah Korea tu dia macam baru tersedar pas tu dia tanya mamat tu. "Are you a Muslim?" Mamat ni pun dengan bangganyer jawab "Yes, I'm a Muslim". Pas tu amekawww.. kaw-kaw kena ngna minah tu. bertubi-tubi minah tu tanya. Bukan ker orang Islam tak boleh minum? tak boleh mabuk-mabuk? Mamat tu sembahyang tak? ada pergi sembahyang Jumaat tak? Ha amekaw.. tergagap-gagap la jugak nak menjawab. Korang tau apa jawapan dier? Dia dah lama duduk luar negara sebab tu dia amalkan yang totally opposite dengan ajaran Islam. Boleh lak dia jawab macam tuh. Weii.. berlambak la orang Islam yang duduk luar negara, ok jer pun. Apa kena mengena perangai ko ngan duduk luar negara? Macam la kat luar negara tak der orang Islam. Untuk justified diri dier, dia cakap walaupun dia buat semua tu satu jer dia tak buat iaitu makan kobau pendek. Ntah hape-hape daa..
Lepas tu terus dia blah dok kat tempat lain. Malu seh, kena tegur ngan orang yang bukan Islam macam tu. Aku rasa minah tu dah lama dok Malaysia, so dia tau pasal sembahyang Jumaat semua tuh. Tak der ler, aku tau ramai gak orang Melayu yang macam tu bila duduk oversea, tapi tak payah la ko cakap sampai 1/3 kapalterbang dengar tentang kesengalan ko tu . Dah sah-sah la flight balik KL, mestila ada orang Melayu nak lak kitorang yang pakai tudung dok selang satu baris depan dia. Hormat la sikit. Kalau nak menunjuk-nunjuk pun tengok la keliling. Kan orang dah tau yang ko tu bodoh.
Aku terserempak ngan dia time nak pegi toilet dalam flight. Nak gelak pun ada. Dalam hati terpikir, dari ceruk mana la mamat ni datrng? Aku yang kalau balik kampung nak kena seberang sungai pun tak der nak buat perangai macma tu, apatah lagi nak war-warkan perangai buruk aku. Malu aku kat minah Korea tuh. Kita ni kalau muka tak cantik atau tak hensem tapi perangai elok tak per.Tapi kalau dah muka tu tak cantik atau tak hensem pas tu perangai lak sama buruk, tak tau ler acik nak kater aper.. lu pikir la sendiri.

