Showing posts with label Random and Updates. Show all posts
Showing posts with label Random and Updates. Show all posts

Monday, November 21, 2011

mim alif lam sin..

Semenjak PC aku ni kena format, malas jer aku rasa nak menghapdet blog ni.. (pff.. alasan jer kann..??!!) sesambil tu tengah pikir pasal trip Korea untuk January 2012. Maybe dalam 5 orang jer kot. Mode : slow. Sebabnyer bawak warga emas tambahan lak winter so kena la tukar tune. Sebenarnya aku dah agak kebosanan asikpi Korea.. ekeke.. tapi dah orang bayar flight ticket, jalan saja la labu. Hopefully, aku tak jumpa la scene macam ni lagi kat tangga subway. Kesian..


Thursday, October 27, 2011

Kawan dari Korea..

Minggu ni bz sikit. Bz jadi drebar ler bz meneman ler. Kesahnya sbb ada member dari Korea datang. Yang sebnornyer bukan member aku pun tapi member kepada member aku dan aku penah jumpa siap dia bawak kitorang pegi ski resort lagi. So, dah datang sini kitorang pun bawak ler pegi jalan-jalan. Lupa lak nama dia Sora. Maleh nak crita, ni aku tepek gambar skeet.



 





Thursday, October 06, 2011

Travel Blog?!!

Hajat di hati nak buat travel blog tapi tu lah hajat tinggal hajat jer. Dah banyak tempat aku redah walaupun tak sebanyak orang lain tapi tahap kemalasan nak translate dalam blog menyebabkan tinggal hajat jer ler. 

Aku memang suka berjalan. Rasanya semua bermula dengan arwah mak yang memang suka berjalan. Teringat time cuti-cuti sekolah dulu travel dari Kedah ke Negeri Sembilan lepas tu balik ikut Kelantan. Perghh best tuh. 

Bila masuk ITM pun aku berjalan lagi dengan geng-geng Komander. Dari Perlis pegi camping kat Lumut, Termerloh, Besut. Ada jugak yg pegi ke Belum tapi time tu aku pegi Langkawi.

Bila dah kejer apa lagi panjang la langkah. Semua negeri aku dah sampai termasuklah Labuan. 2005 adalah tahun pertama aku menjejak kaki ke luar negara. Negara pertama yang au pegi of the course ler Korea. maybe sebab tu lah aku suka Korea especially Seoul. Lepas tu aku pegi Singapore, Bangkok, Indonesia (a few places), Macau, Hong Kong, China, Italy, Germany, Austria, Swiss, Perancis dan London.

Kalau ikutkan hati nak jer aku pegi merata dunia. Aku aim ticket untuk menjelajah at least 5 continents ada lah dalam RM16,000. Itu angan-angan dan impian. Mana tau boleh jadi kenyataan kan??!!


Usia blog ni..

Sedar tak sedar rupa-rupanya blog haku ni dah 7 tahun dah. Bak kata member dah masuk sekolah rendah dah pun. Macam-macam pengalaman suka duka yang dah terjadi dalam masa 7 tahun ni. ada yang aku letak kat blog tapi banyak jugak yang aku tak letak. 

Aku suka layout baru ni walaupun tak 100% puas hati. Aku suka sebab simple. Dah malas aku nak serabut-serabut. Tengah dok pikir ni.. haruskah aku letak balik Shout Box tu??

Kalau tengok label kat bawah tu ada trip pegi Korea, ada 1st, 2nd and 6th trip.. mana peginyer 3rd, 4th and 5th trip? hehe.. mim alif lam sin nak letak. tak per nanti aku letak. Walaupun tak der cerita tapi aku letak jer ler gambar.

Dulu-dulu aku suka letak gambar kat slide tapi macam tak best lak aku tengok. Tak pa, bak kata omputih  pelan-pelan kayuh. Aku akan letak sikit-sikit gambar.

Tuesday, August 07, 2007

Update! Update! Update!

Mak aii... Lotih Mak Cik dibuatnyerr.. 3 minggu berturut-turut aku travel.. dah ler tu bukannya travel dekat-dekat. Mula-mula tu pegi Kelatan, lepas tu pegi Kuantan plak and last week aku balik kampung. Hari Isnin (yesterday ler) masuk jer opis dah kena bekerja keras, mengangkut barang ker partition baru. Best gilos dapat duduk sorang. Kat blakang aku plak ada tingkap. Walaupun view aku dah 'di down gradekan' dari view KLCC ngan KL Tower ke view Puduraya dan jugak temple 'Court Hill Sri Ganesan Temple' kat bawah tu tapi ok la jugak. Cerah bijik mata aku sebab tempat aku ni luas gilos. Bos lak jauh dari pandangan mata. Tapi penat la jugak sebab hari ni aku rasa dah lebih 10 kali aku berulang alik dari tempat aku ke tempat bos kecik, bos besar, pegi ambik air, pegi ambik printing.. jauh la pulak. Bleh kurus ker macam ni??? wakakakakaka. Dan 2 hari jugak la aku keja macam nak gila dan asik nak marah orang jerr...

Apa pun .. aku update nanti ekk.. Banyak keja la tapi balik mesti pacak.. yehaaa!!!

Monday, June 04, 2007

Update! Update! Update!

Ish.. lama bebenor haku tak update blog aku ni. Tahap kemalasan aku nak update blog ni dah sampai tahap dewe dah bukan lagi tahap cipan. Sebenarnyer banyak jugak aktiviti yang aku dah buat dalam bulan April ngan May.. tapi standard ler, maleh nak buat karangan. Ada jugak aku mintak ada sorang tu jadi co-owner untuk blog aku ni sebab slalu sangat dia komplen yang aku tak update blog.. hehehe.. iyelah.. dia kan slalu keep track ke mana saja aku pi + termasuk skali dia ikut aktiviti yang aku buat. Tapi tanak la pulak.. jual mahal, bukannya apa, skang ni kan kawan dah terrer buat karangan.. muahahaha.

Let's see.. apa yang aku buat ekk.. ?? Aku pegi Bukit Merah, berkaraoke ngan si Munnie, aku pegi Program Cahaya Kasih kat umah kebajikan kanak-kanak, Tengku Budriah, beronggeng dengan Zeti, apa lagi ekk?? alamak dah tak ingat la.. tak per.. lepas ni aku akan selalu mengupdate blog.

Weekend baru ni aku pegi tengok Pirates of the Carrabean III : At World's End.. err ye ker tajuk dier cenggitu..? Aku pegi dengan Senna, Kak Ma and Jaja.. Jaja sampai kat KL hari Sabtu pagi, so aku pegi ambik kat umah adik dia kat Taman Melawati.. pas tu pegi umah Senna.. cess, haku jugak yang jadik drebar.. tensen tul jadik drebar tapi nasib baik bawak keta Kak Ma, sebab keta auto. Hehehehe.. tapi bawak keta manual jugak yang best pun. Anyway, kitorang tengok kat Cathay Cineleisure Damansara.. Best jugak. Seat dier best, siap bleh angkat kaki lagi.. nasib baik ada tiket lagi, show pukul 8.30 mlm. Citer dier ok tapi best lagi POTC II : Dead Man's Chest.

To Chibi..
Gambar dah update yerr.. ni kat bawah ni ada lagi a few gambor.. tapi bukan gambor kawin ler


Steamboat & BBQ kat Seremban dengan Pinie and my sis Mimie


Nasi Lemak dan Char Koew Teow kat Malee Nasik Lemak kat Taman Bunga Raya near TAR kolej dengan Pinie and Zeti


Brownies with Ice Cream kat Secret Recipes.. hmmm yummiee!!

Aku rasa nak buat satu section pasal makanan la kat blog aku ni.. Rasanya tiap kali aku pegi mana-mana, ada saja gambor makanan yang aku ambik tapi tak der ler pulak aku upload..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...