Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Langkawi Escapade - Part II

Sambungan dari Part I..

Dekat Pulau Beras Basah tu ada la satu geng Yakuza.. yessa.. itu dia geng-geng yang berbulu dan berekoq panjang. Nak kata jinak of course le tak jinak tapi memang geng Yakuza ni tak takut dengan orang. Sesiapa yang bawak beg plastik sila lah berhati-hati. Itu yang menjadi sasaran. Beg plastik = makanan. pas tu siap korek tong sampah, ambik botol minuman dan apa lagi... yamsengggg!! 

Lepas Pulau Beras Basah, bot bawak pi tengok burung helang pulak.. bleh tahan banyak burung helang. Lebih kurang 10 minit lepas tuh kami bertolak ke Pulau Dayang Bunting. Memang pulau tu nampak macam orang perempuan yang sedang mengandung pun. Turun jer dari bot kena trekking sikit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting tu time pegi tersangatlah ok sebab naik tangga agak mendatar lepas tu turun tangga pulak.. tengok jer tangga tu dah boleh agak time balik mesti semput punyalah.. boleh tahan tinggi. orang dah agak ramai kat tasik tu. buat pengetahuan semua,sorang pun tak mandi okay.. main-main air jer.. 

Setiap tempat kami diberi masa 1 jam untuk lepak-lepak atau untuk mandi-mandi. Ramalanku Benar Belaka, time balik kena panjat tangga.. adess.. bleh tahan sempat, Bae dah berpoloh-poloh panjat tangga.. aku pun semput gak ditambah lagi dengan beg berat aku tuh. Maklumla tak sempat nak check-in. Maka tamat la episode Island Hopping di Langkawi. Masa untuk balik ke jetty dan ambik kereta sewa.. Lupa pulak, harga untuk Island Hopping tu cuma RM30 seorang. Harga kereta sewa Saga BML pulak RM70 untuk 1 hari. Ok la kan??!

Driver untuk di Langkawi adalah Encik Ijam.. hehe, dia la yang drive dan bawak kitorang pegi Pantai Cenang. Penginapan yang kami pilih. Lagurra Baron Resort. RM130 satu malam untuk 1 familiy room. Siap ada air panas, towel, TV, dan yang penting 2 katil double tu.. hehe.. murah kan. Ingat nak duduk kat AB Motel tapi dah chipnya Hadiff so kasi dia pilih jer ler. 

Di sebabkan check in pukul 3, dan waktu tu baru pukul 1 lebih so kitorang pi makan dulu. Makan kat kedai Siam. Makanan dia so and so saja. Impressed sekejap kitorang tengok Bae makan. Ada ka makan cili padi macam tu saja. Tahan peda betul. Korean memang la makan peda tapi mana la diorang ada cili padi. Lepas makan, kitorang pegi check-in dan berkumpul semula kat bawah pukul 4 untuk destinasi seterusnya. (yo yo oo ja berkumpul kat bawah, bilik sebelah-sebelah jer pun).. :p

Next destination : Cable Car Ride - Gunung Mat Chinchang..


Wednesday, May 09, 2012

Langkawi Escapade

Mood rajin sekejap maklumlah tengah attend Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards. Hampess jer kan??!

Seperti biasa akan ada masa aku akan buat kerja gila tapi kali ni aku bukan buat keja gila sorang-sorang tapi berlima. Perjalanan 3 Malam dan 2 Hari perjalanan dari KL ke Langkawi. Selalunya 3 Hari 2 Malam ataupun 2 Hari 1 Malam tapi perjalanan kami 3 Malam 2 Hari. Cemana tu??


Pada yang kenal dan tahu, setiap hari Sabtu aku dan Hadiff ada kelas English dengan sorang engineer Korean yang attach dengan Perodua. He told us on Labour Day that he's leaving KL on the 15th of May. The original plan was that we're heading to Langkawi in the middle of June and the news has got us into the frenzy planning mode.. Is it possible for us to head for Lankawi for the weekend? The flights were damn expensive cause it's already last minute deal and we decided to drive. Need you ask who's the driver?? Yep.. it's me but only until Kulim.

Maka bermula ler perjalanan 3 Malam 2 Hari. Seperti biasa tuggu Hadiff kat LRT BTR dan lepak kat rumah dia seround. Siap tengok cerita The Da Vinci Code lagi sampai habis.. hehe.. Lepas tu pegi ambik Farah dan Kwangmo Bae di BTS Hotel. Kami bertolak dari Plaza Tol Jalan Duta pada pukul 10.30 malam. Not enough sleep and overdose of caffeine = crazy driver. Aku rasa Bae dah ketakutan bila aku pegang steering kereta, siap tanya dah brapa lama aku drive.. hahaha..

Kitorang sampai Kulim dah pukul 3 pagi. Pick up Ijam dan terus gerak ke Kuala Perlis. Walaupun dah tukar driver, aku still tak bleh tido. Sampai di Kuala Perlis around pukul 5.30 pagi. Breakfast sementara menunggu boat pukul 7 pagi. Trip kali ni chip de mission adalah Hadiff, so dia yang handle semua travel arrangement.

Bila masuk dalam ferry, terasa seperti dalam kapal yang bawak pendatang jer. Maybe sebab hari Wesak kot jadi ferry tu penuh dengan Bangla, Myanmar dan yang sama waktu dengannya. Yang Melayu sikit benor. Anyway, dapat la jugak aku tido sejam dalam ferry. Sampai di Langkawi dah pukul 8 lebih. Dalam pukul 9 lebih kitorang dah dalam boat untuk Island Hopping. Our destinations; Pulau Beras Basah dan Tasik Dayang Bunting.


Terrer tak kera tu tunggang botol.. nasib baik bukan alcoholic drink, kalau tak macam mana la rupa kera mabuk? Yang baju biru tu le Mr. Bae. Tinggi gilos.. ada member facebook kater macam giant.. boleh tahan la..

Our first destination, Pulau Beras Basah. Cantik pantai dia. Pasirnya putih dan halus. Impressed sekejap Mr. Bae dengan pantai kita.. (psstt.. pantai diorang tak cantik pun.. hahaha). Selain dari kera yang tersangatlah tyco dan langsung tak takut dengan orang, yang tak best adalah kawasan pantai ni penuh dengan sampah. Malu sekejap aku dengan Mr. Bae. Pada sesiapa yang pernah pegi Korea, negara diorang tersangatlah bersih. Walaupun bukan 100% tak der sampah tapi nak dibandingkan dengan negara kita ni memang jauh berbeza.

to be continued..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...