Monday, December 13, 2010

Rajinnyerrrr..!!


Lama gila aku tak update blog ni..
semenjak peristiwa minah sengal tu..
tapi jangan bimbang, next year aku akan rajin-rajinkan diri untuk mengupdate blog aku ni..
hehehe...

Monday, June 14, 2010

Hari ini, aku terasa sedikit....

Tak tau la kenapa, aku tak boleh lupa apa yg minah tu buat kat aku.

If I may say so lah yer.. I think I’m quite a decent person, ala kalau nakal sikit-sikit tu kan perkara biasa. Aku ni kan manusia, jadi tak boleh lari dari perasaan-perasaan negative macam PHD, cemburu dan yang lain lagi lah, Cuma aku rasa level aku ni tak kritikal. Aku jenis orang yang kalau kawan aku baik dengan aku, of course aku akan layan diorang dengan baik. Nak mintak tolong aku pick up kat airport?? No hal… Nak mintak tolong? Selagi aku termampu aku boleh jer tolong tak der masalah. Sebab aku rasa, itu jer cara yang aku mampu untuk appreciate kawan-kawan aku.

Kalau orang dajalkan aku ker orang yg aku tak suka ker, aku still lagi boleh berbaik dengan diorang, senyum dengan diorang, tegur diorang. Tak ada la pulak aku rasa nak buat benda-benda tak senonoh kat diorang. Perasaan manusia ni kan subjective. Kalau aku tak suka, maybe ada 1 part jer, yang lain ok jer. Aku tak boleh nak expect orang lain untuk bersikap macam aku.

Jadi apa yang sebenarnya bermain difikiran aku adalah. KENAPA?? Kenapa ada orang yang sanggup untuk menjadi batu api? Kalau tak suka biarkan saja lah. Kenapa nak menjadi penghasut? Kenapa sanggup nak pulaukan orang? Kenapa sanggup mereka-reka cerita pasal orang? Tak paham aku.. Aku tak sanggup nak buat macam tu kat orang. Setakat bergossip, kutuk-kutuk sikit, sapa tak penah buat kan?? I'm not a saint, ok??!! Tapi not to that extent lah kan. Jadi, aku tak paham cemana ada orang yg boleh bersikap macam tuh..

Itulah dia kan, perangai manusia ni bermacam-macam jenis. Aku tak der la kata aku ni baik tapi tak jugak la jahat. Average sane person. Jadi kesimpulan dier, apa yang terjadi ni aku ambik iktibar jer ler, so, sesapa yang baca entry ni, sesame la kita beringat-ingat akan sikap kita nih. Jangan sampai terlalu menyakitkan hati orang. Dosa dengan Allah kita boleh mintak ampun, tapi dosa sesame manusia… Sendiri mau ingatlah yer..??

Friday, June 11, 2010

Don't Tell Ma Ma!!!

Don't tell MaMa I come to this club, ok??!!

On my way from beli roti kat Westin Hotel, Bukit Bintang. Aku ternampak ler signage ni. So, never tell mama you come to this club.. Klakar jer..

Makan-Makan Time!!


Ni ler aku punya breakfast skang nih. Macam healthy jer kekononnyer kan. Tak suka Nestum tapi yang ni bagi aku teramatlah sodapnya.. nak lak minum dengan susu yg sejuk. Yummy. Tapi breakfast jer ler yang healthy.. yang lainyer??? refer ler kat bawah nih.. Hahahaha.. Hampeh jer kan??

Dinner @ Williams with Nora and Ckucin

Seafood Spagetti - Garlic Olive

Nasi Goreng Seafood Petai.

Lunch @ Wong Solo Bangi with Nora




Nasi Ayam Penyet


Jus Jagung dan Jus Poligami.. (yup, you read it right!!) A mixture of 3 kind of fruits. Lain kali dah alang-alang nama Jus Poligami kasi la cukup 4 kannn???


Lunch @ Coffee Bean with Ckucin





Norwegian Smoke Salmon Sandwich with Panini Bread


The Ultimate!! Large size share 2 orang tapi aku kena dera minum more than 1/2, alasan Ckucin, sebab dia blanja, so, aku kena habiskan.. Hampehh...!! Trus malam tak leh tido, caffein overdose. Nasib baik orang blanja.. ekekeke..

To my Chingu, Komawo!!













































































































































Thursday, June 03, 2010

Entry tentang seseorang yang sengal!!

As promise on my FB, a blog entry about a certain someone, who makes me laugh with her SILLY SELFISH ASSUMPTIONS about ME. Must be something wrong somewhere with her. Selamat membace.. panjang sikit entry kali nih.

Seumur hidup aku ini yang pertama.. cewah nyanyi lagu UKAYS lak..

Seumur hidup aku ni, ini pertama kali aku jumpa orang macam ni.. sub spesis homo sapien dari mana ntah.. Kalau dah tak suka kat aku, ada aku kesahhhhh??!! Tapi kenapa la ko nak buat cerita pasal aku. Kalau betul tu tak per la jugak, ini semua berasakan assumption. Kalau ambik exam law ni boleh fail ni. Maka ini adalah entry untuk memjawab segala yg dia cakap pasal aku..

Ermm.. ko tengah baca ker nih??? You know who you are..

1) Apa hal aku nak balik saing dengan ko sedangkan aku tau ko tak suka aku. Pas tu apa de hal aku nak berentikan keta aku kat tepi jalan kat Citroen tu untuk tunggu ko?? Ni aku nak mintak clarification, adakah ko :-


a) Lee Min Ho (BOF)?
b) Jang Geun Suk?
c) SG Wannabe?
d) Pak cik Polis Traffic?

Selagi ko bukan antara nama di atas, walaupun Brat Pitt sekalipun, tak dernyer ler aku nak menunggu. Buang masa haku jer, tak der nak mendatangkan faedah pun. Lagi satu, ko ingat aku jaga traffic light sesuka hati jer aku nak berentikan keta aku untuk tunggu ko kat situ. Kalau dah tak suka sudah, pegi main jauh-jauh.. jgn dok dekat-dekat keta aku. Yang aku heran tu APA YANG MENYEBABKAN KO PIKIR AKU TUNGGU KO? Aku ad letak signboard ada nama ko ker? Fikir logic sikit boleh tak?

2) Aku ni kedekut??? Kedekut la jugak sebab dah memang tak berduit kan, tapi at least bila aku ada duit ada la jugak aku bawak keta aku kuar jalan-jalan cari makan time lunch. Tak der ler asik naik keta orang jer.. Aku kedekut minyak ke sapa yg kedekut minyak nih? Konpius kejap.

3) Aku tak ingat bila masa aku jalan sebelah ko sambil angkat kertas tutup muka aku. Kalau ada tu SORI la, aku tak der niat nak buat seolah-olah aku ni punyala REPULSIVE untuk tengok muka ko. Aku kalau tak suka kat orang pun aku boleh lagi tegur. Nak pulak sesame ISLAM kan.. Tapi aku rasa aku angkat tu bukan sebab aku tak nak tengok muka ko tapi kesian kat ko terpaksa tengok muka aku kot.. hahahaha..

4) Aku tak heran pun ko tak suka kat aku, tapi yang aku heran tu boleh lak jadik FIRESTONE tu, mengapi-api kan orang lain untuk tak suka kat aku. Huhm.. ada jugak manusia macam ni. Nampak macam baik jer tapi perangai mengalahkan member-member aku yang seksi-seksi tuh. Don’t judge a book by it’s cover. Jangan pandang orang itu baik semata-mata kerana dia bertudung litup atau pakai baju lengan panjang. What’s outside doesn’t reflects the person inside. Contoh macam buah durian la kan, mana ko tau isi dia cantik macam kucing tidur.. bila bukak jer tu haaa… ulat besor siottt… ermm.. sedapnya bila sebut durian ni.. bila nak pegi Balik Pulau makan durian nih..

5) Lupa lak, bila aku forward email-email tu, tak terlintas pun aku nak menyindir ko atau apa-apa pun yang sama waktu dengannya. Tapi selalu orang kata, kalau kita bersangka buruk kat orang makna kata benda tu memang slalu kita buat kat orang lain. Kalau hati tak HITAM buat apa nak takut baca email pasal hati yang HITAM. Points to ponder, right??!

Issue kat atas tu punya la petty hinggakan aku rasa yang aku tengah berdepan dengan orang kampong yang tak habis sekolah. Aku pun orang kampong gak, ulu lagi tu ha dekat sempadan siam kan.. tapi aku rasa aku agak mature dalam hal-hal macam nih.

Aku rasa ada lagi benda-benda yang dia cakap pasal aku, tapi aku rasa apa yang dia cakap tu sebenarnya menggambarkan personality dia yang sebenar.

Aku ni tak penah tak suka kat orang sampai meluahkan perasaan kat blog nih. Tapi dia punya pasal dah 2 kali dah. Menyesal aku delete entry aku hari tu. Aku terkenangkan hari tu.. tak baik aku tulis macam tu pasal dia.. well.. aku tarik balik kata-kata aku tuh. Aku tak kata aku baik atau alim. Tapi aku rasa aku masih ada lagi peri kemanusiaan dan budi bahasa. Aku tak penah la pulak pulaukan orang, nak bersangka buruk dgn orang, kalau bersangka buruk pun dalam hati jer. Nak menghasut orang?? Tak der maknernyer.. tak mendatangkan faedah pun. Nak buat assumption yang pelik-pelik pasal orang pun tak. Dan aku tak paham apa yg dia jaki jipang sangat dengan aku. Adakah disebabkan:-

1) Pasal aku sound pasal hantar time sheet hari tu? Aku duduk cuma selang 2 partition, kalau nak hantar time sheet tu tak bleh tanya ker. Itukan BUDI BAHASA. Kita kan orang Malaysia yang ada budi bahasa. Tak tau la pulak kalau warganegara lain macam bangla ker Myanmar ker. Dah la dari tempat yang sama lak tuh. Aku pun akui aku emo gak hari tu; atau;

2) Sebab aku cakap dengan SUPERVISOR keje aku dah siap?? Aku tak der pun ngadu kat Adelene yg korang tak der kejer. Walaupun aku tau ada yg buat kejer lain/sendiri. Aku cuma cakap keje aku dah habis. Kejer yang korang buat dengan yang aku buat bukan kejer yg sama pun. Takkan nak suruh semua orang buat benda yang sama. Yang tak tahannya ada pulak orang yang terpengaruh dengan hasutan dia dan datang sound aku selambak. Nasib baik la hari tu aku tengah blur-blur sebab ngantuk. Kalau tak rasanya suara aku bleh jer lagi kuat dari mamat blakang aku tuh. There’s nothing for me to prove.. bukan aku permanent kat sini pun, by the way dear… Are you my supervisor? Are you paying my salary?

Aku orang yang simple. Orang tak kacau aku, aku tak kacau orang. Aku tak der masa nak pegi mengadu pasal korang yang tak banyak keja ker tak der kejer ker. Bukan aku yang cakap korang tak der kejer PERIOD.

Tapi aku consider aku lucky sebab tak kenal lama.. fuh.. bayangkan kalau jadik kawan aku betul-betul.. maka aii.. ada harapan nak kena back stab nih. Tapi aku lega la sebab orang dah perasan you true colour. Aku tak der menghasut sesapa pun untuk tak suka kat ko, dan bagi aku as an adult, they can put two and two together and made their own conclusion. And guess what??!! The verdict is AGAINST YOU. Sorry beb, kengkawan aku semuanya berkualiti and I don’t need your kind to be a friend of mine.

Akhir skali pesanan penaja dari aku untuk DIA:-

Dah la rentikan la perangai-perangai menghasut tuh dan bersangka buruk dengan orang lain, dan bila keja kat opis baru nanti jangan la bawak perangai-perangai macam tu. Cubalah blajar hidup bermasyarakat sikit. Dan jangan la dok menyalah gunakan kemudahan opis untuk diri sendiri. Kalau nak buat pun berpada-padalah. Kita kerja nak cari rezeki yang halal.

Untuk yang lain-lain, kita dah besar, dah tua dah pun. Boleh berfikir sendiri. Kenapa nak biarkan diri begitu senang dihasut dan di brain wash oleh orang lain. GIRL, WAKE UP!! and think on your own. Aku pasti sebagai seorang yg educated dan dengan bidang yang diceburi, benda basic macam tu pun kita sepatutnya boleh faham dan tau membezakan mana yang betul.

Apapun.. The Best of Luck at your new place. Hopefully, New Place, New Attitude and New You. And I will try to be a better person, to myself and to MY FRIEND.

ADIOS BEBEH!

Monday, May 10, 2010

Happy Birthday, Jaja!

Happy Birthday, Jaja!!

To my dear friend, Happy Birthday,
May ALLAH will bless you always.

Thursday, May 06, 2010

Huhmm..


Well.. I've done my part.. Noobody could blame for not doing anything. I've tried to mend the rift but I think the damaged has been done. No need to cry over spilled milk. I do wish I have good news next week... huhmm..

Tuesday, May 04, 2010

Excercise and Food!!

Lotih aku petang semalam. Dengan kasut Pedal Works aku yang boleh tahan tinggi tu aku telah ber'xcercise'. Dari Isetan Lot 10 cari kasut Jaja, aku telah berjalan ke Westin Hotel. . mind you, I took the looong way. I forgot that there is a short cut. Huhuhu.. After I got my savory Tomato Bread (dah tak banyak choice laa) with 50% discount becoz it's already past 6.00pm, I then walked back to Lot 10. This time, my dear frens, I took the shortcut. Headed back to Isetan, Food Section for Japanese Bento with 30% discount after 6.00pm.

Which one to choose? Unagi is out of the question. I cannot stand the fishy smell or rather it's eely smells. Is it going to be Sakana, Saba, or Sake or just the usual Teriyaki Chicken? Soba also seemed sooo appealing all of a sudden. After going back and forth a few times, I think the workers noticed my dilemma. Don't worry guys.. I'm not a robber.. I only stalked the Bentos. Anyway, finally, I settled for Saba Bento. It comes with Tomago, Salad, Pickles and another two items. It's going to be my lunch today!

Aaahh.. what a bliss!! but hell for my legs. Those shoes were definately not meant for brisk walking.

I need to get back in shape, so tomorrow, I'll pack my walking gear and hopefully the weather's good.

Friday, April 30, 2010

Interview..

Semalam aku pegi interview.. dah lama tak pergi interview ni rasa macam sengal jer. Anyway, tak der ler tanya banyak cuma ada 1 post tu under qualified, 1 lagi lak over qualified.. cemana??
Lu pikir la sendiri..

Monday, April 26, 2010

Monday Blues!!

Lama gila aku tak ber'blogging'. Nak kata bz tu tak der ler pun. Tapi sebab terlampau banyak perkara yang terjadi sampai aku tak der mood nak menulis. Rasa nak gila pun ada.. Apa pun aku anggap semua ni dugaan dan cabaran. Tapi tuler tak tau sampai bila aku dapat bertahan dan bersabar. Hanya Tuhan yang tahu apa yg bergolak dalam hati aku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sunday, April 25, 2010

Saturday Girls Day Out!!


Saturday was the Girls Day Out with my dear girlfriends. Lama jugak aku tak jumpa diorang. Mana lagi kitorang pegi kalau bukan Norebang kat Red Box Ria, Sogo. Macam lama jer tak pegi sana dengan diorang, especially Mulan ngan KuAnne.

Lepas lunch muler ler sessi 'kiraoke'. Kira ok jer ler nyanyi kan.. Mulan Hadiff ngan Yana standard la nyanyi lagu korea. Aku??!! Mana la reti nyanyi lagu korea.. hehe.. Nasib baik kat RB Sogo, kalau diorang ajak pegi kat kedai ahjusshi kat Ampang tu.. well.. aku nyanyi la jugak kan..

Masuk je RB, huhm.. Mulan ngan Yana asik dok ber'Twitter. AKu pun apa lagi bukak la account Twitter.. So, aku pun skang dah mula jadik anak burung.. asik dor twit jer.. hehe. Hampess.. orang pegi norebang nak nyanyi, kitorang asik dok twit-twit kat dalam tuh.. hehehe

KuAnne sampai lambat, dalam 4.30ptg. Lepas jer Norebang, lepak kejap kat Starbucks, Maju Junction. Bestnyer lepak-lepak, tapi aku tak leh lama-lama sebab Jaja ada kat umah. Awal dia sampai dari Kemaman. Pukul 6.oo aku dah gerak balik umah.

Sampai umah kejap jer, pukul 7.00mlm dah kuar balik dengan Jaja n kawan dia. Pegi makan kat nasik lemak kat Kg. Baru. Perghh.. lama gila tak makan kat situ.. ada la beberapa taun tak pegi.. Lepas makan, pegi KLCC temankan Jaja nak beli barang. Pusing-pusing kejap, balik umah, ambik kereta pegi Danau Kota lak, pas tu shoot hantar rod yg Jaja pinjam ke rumah Ali. Letih siot, besok pagi nak bangun awal, hantar Jaja ker LCCT.

Adess..

Wednesday, February 03, 2010

HAPPY BIRTHDAY to ME!!

HAPPY BIRTHDAY to me!! Dah tua dah rupanya aku. Tapi ye lerrr.. taun ni birthday paling tak best skali.. apa pun. GANBATTE NE!!

Sunday, January 03, 2010

Goodbye 2009, Hello 2010!! What's in store for me??!!

2009 was an eventful year for me. A year full of bittersweet memories. A year where I thought all my dreams will come true and yet everything came crashing to the ground. A year where I rise so high and I fell so hard. A year that taught me a very hard and painful lesson. But 2009 is also a year where I realised one of my dreams; to cruise the streets of Europe.

I couldn’t wait for 2009 to be over; so that I can finally look forward to a brighter 2010. It’s true, as a Muslim, I should have started with a new year according to our Islamic calendar. But, with 2009 finally behind me, I can finally face the world again. I’m tired of being angry, tired of being sad and tired of feeling sorry for myself. It’s time to put all that behind and get my life back.

2009 had really taught me a lot mostly about people. The good, the bad and the ugly side of it. I learnt that I need to trust my instinct, not to put 100% trust in people even when that person is your friend.

I won't curse that person, nor to wish him bad things, but I wish that he would come forward and clear things up.

I learnt that despite what happened, I can really count on my friends to reach out their hands to help me. To all of you, may Allah bless your life; always. But, there are also, a few people that I need their forgiveness and hope that in their heart they can forgive me and give me some time to make up to them.


I also met people, whom I hope I can call friends and partners. I learned from them that with all that happened, it is not the end of the world. To always be positive, to look for a brighter future, to be a team and that; with determination, efforts, teamwork and encouragement, I can finally be up on my feet again. May all you have a great year ahead.

But, it’s funny too, that I find allies with unexpected people. Couldn’t wait to see what will happen.

I pledge to myself, that 2010, will be a year where I will rise again. Come what may, I will face it without fear. There will be bumps and hiccups but I will strive and give my very best to fulfill my pledge. If other people can do it, why not me??!! I had nothing more to loose.

For others, 2010 will be welcomed with warm smiles and full of hope. But for me, 2010 will only means that I need to work harder and to be stronger than ever.

To all my chingu, thank you for your support! I will always pray for you and I hope I will be in your prayers too. Ganbatte ne….!! Hwaiting.. !! I'll leave you guys with a message that I've received on the last day of 2009.

Happiness keeps you sweet..
Trials keep you strong..
Sorrows keep you human..
Failures keep you humble..
Success keep you glowing..
But your own faith and belief will keep going..
Another 1 year of your life will be gone and a new year is coming, bringing new Happiness, new Trials, new Success but let's the Sorrows and the Failures of this year be a thing of the past.
With the same and rejuvenated faiths and beliefs, I too wishing all of you out there, a ver Prosperous and Happy New Year 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...