Tuesday, November 30, 2004

Penatnyer.. semenjak balik opis last week, aku asyik banyak kejer jer. Semalam tak leh tidor lagi. Hampes tul. Aku pun tak tau la apa masalah aku asyik susah jer nak tidor, kalau tidor pun bangun besok pagi rasa cam letih jer. Mc Ja lepak kat umah aku ni tapi mlm ni dia dah nak balik. mak cik tu ada seminar kat UM. Cian dia terpaksa tinggal baby kat kampung. Musykil betul aku, amk tu tak der la macam cina, bapaknyer lagi la jauh alih-alih, anak dia macam chinese nama Adib Zakuan Iskandar. Mak aii.. panjangnyer nama tapi panggil Adib jer.
Hari ahad baru ni aku pegi KLIA hantar Hanil buat Umrah. Kesian Wawa kena tinggal oleh si Hanil tuh. Sedih dia, maklumla semenjak kawin ni, ini ler first time dia kena tinggal.
Hari Raya (Bahagian 2)
Lupa lak aku nak crita pasal pengalaman balik kampung pada hari raya (sambungan dari previous entry). Petang hari Jumaat tu aku pegi ler pasar Ramadhan, terjumpak la si Syam (?? ex-bopren aku daa), sorang jer dia bini ngan anak tinggal kat umah. Well sembang la kejap, tak leh lelama nanti ada orang report kat bini dia susah lak aku. Keesokan harinyer pulak aku pegi la membeli barang keperluan untuk masak rendang and the gang la + ambik baju raya aku yg 2 pasang tuh.. alih-alih bila aku try kat umah, baju dah ok tapi kain dier besar ler pulak.. tensen tul aku, takkan la aku boleh kurus sampai kain die terlebih besar. Hancus baju raya aku tak leh pakai. ARGHH!!! terpaksa la aku pegi Alor Setar beli baju raya.
(end of Part 2.. nanti sambung lagi yer..)
Yeeha...!! Nak balik tido

Wednesday, November 24, 2004

Akhirnya.. Today I’m back in the office, betapa malasnyer nak bangun pagi tadi, maklumla cuti hampir 2 minggu asyik bangun lambat jer, pagi tadi siap mimpi kat Kenshin Himura lagii.. Haaa..siapa dia mamat nih, kalau sesapa tengok citer Samurai X tau ler siapa Kenshin Himura @ Battosai nih.. Cemana la siap boleh masuk mimpi aku ni.. Musykil tul.

Macam mana ngan raya korang..?? Chewah siap tanya lagi, ada ker orang baca blog aku nih?? Anyway aku punya cuti dipenuhi dengan aktiviti yg memenatkan + sedikit tensen. Kita mulakan dengan hari Deepavali, aku pegi berbuka ngan Hanil, Wawa, Apeng dan jugak adik aku Mimi kat Dewan Felda. OK gak makanan dier.

Besoknyer, hari Jumaat, member aku kejutkan aku kul 5.45 pagi, cadangnyer nak bertolak balik ke Kedah kul 6.30 pagi so lepas berkemas sumua around 6.40 am aku pun call la si Ija nih, kakak dier yg angkat cakap dah nak kuar so aku pun dengan semangat berkobar2 nak balik kg nih kuar le pegi Tol Jalan Duta sebab dah memang janji jumpak ke situ, tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak. Pas tu datang ler mamat NST 2 orang interview aku pas tu siap amik gambar lagi tak tau ler masuk NST ker tak sebab aku bukannya baca sangat pun NST tuh.. Anyway, around 7.20 am, aku call lagi mak cik tu, ghope-ghopenyer baru kuar dari rumah, nasib baik umah kat Sentul so tak der ler jaih sangat, so, around 7.30 am pun kitorang bertolak ler dari tol Jalan Duta. Aku kasi ler dia jalan dulu, mak aii!! Slow giler, bayangkan kat highway bawak 70 kmj. Macam nak pengsan aku ngan adik aku punya ler tensen. Bayangkan kuar dari 7.30 pagi kul 9 lebih pun blom sampai Tapah lagi.. Last-last aku pun berenti kat satu R & R (tak ingat ler kat mana) jumpa dier (nasib baik kakak dier ke toilet), siap tanya lagi member aku ni bawak keta ker keta lembu?? Alih2 tu penyebab dier ialah kakak dier. Member aku ni baru dapat keta, kakak dia plak jenis penakut skett bila member aku bawak nak sampai 100kmj dia dah kecut pas tu nak duduk belakang lori jer. Aku dah tak larat dah nak ikut dia so aku pun dengan gumbiranya balik ler dulu, kul 1 lebih aku dah masuk Jalan Langgar bila aku call Ija cakap baru sampai kat Tol Juru, Penang. Penat aku dibuatnyer.

Wednesday, November 10, 2004

Today is the last day i'm working before i start my Hari Raya holiday for 13 days. I will only be back on Wednesday 24.11.2004. Bestnyeeeee!! Tomorrow, Happy Deepavali to all Hindus out there and I'm going to Cerana Resturant for buaka puasa with Hanil, Wawa, Apeng, Mimi and Ayu. I have no idea where the restaurant is.
Oh ya.. this morning, Mary Loo, one of the real estate agent called me concerning an apartment. Make no mistake, bukan aku yang membeli apartment but my roommate Pinie but since she couldn't get hold of Pinie so she called me. It seems that they alreay obtained the consent for the title of the apartment. Well.. Finally after almost I don't know how many months, baru dapat title. Ini yg susah kalau beli apartment nih.
Anyway, as soon as she got the key, make some renovation, we will move in.. I said we because I will be moving in with her. I'll get my own room.. Kewll!!
Oklah, will got back to this later.. well if not after my holiday. I'm going back to my hometown this Friday!! Yeehaa!! Abahh.. tunggu!! Anakmu nak balik nih. Sedihnyer sebab ini adalah taun ke 12 aku beraya tanpa mak tersayang. Skang ni menumpang kasih kat mak tiri. mak.. balik ni jgn lupa buat sayur keladi yer.. abah jgn lupa ikan pari bakar cicah air asam.. hehehehe. Bestnyerrr!!

Monday, November 08, 2004

Hai.. Aku rasa semenjak dua menjak ni memang aku ni asyik bernasib malang jer. Saturday, got up late..this is the third Saturday in a row we had to work..this is due to the Hari Raya which falls on Sunday. Anyway, I wanted to drive coz I wanted to bring back all those kuih raya.. I put my key in the ignition and nothing happened!!. Mummy.. I cannot start the engine.. Arghhh!!! Since it’s already quite late so I took the LRT, at the office called Apeng and told him my problem and he said he will come to my house and bring the jumper along cos I said that the problem migh be the batteries.
Ala skang ni kan musim hujan dengan guruh kilatnyer boleh menyebabkan alarm tu berbunyi tak berenti. Since I park inside the covered car park..tak berapa perasan kalau alarm berbunyi pun. So, on Sunday, si Apeng tu datang ngan Hanil bawak jumper, pas tu baru aku terperasan something, penutup tayar belakang kelisaku hilang satu pas tu pintu plak kemik siap ada bekas tapak kaki lak tu.. Mangkuk hayun tul.. Nasib baik bulan puasa so sabar je lah. Eee kalau la aku dapat siapa yg pedajal aku nih, aku suruh jer bouncer2 aku tu kerjakan dia. Yang lagi tensen tu sebab dia curik satu jer penutup tayar tu, kalau nak curik tu curik ler empat2. Hampes kelapa tul. Malam ni baru nak pegi ketuk, nasib baik ler bopren si Ayu (member Mimi) tuh mekanik, bleh la ku ngan muka tak mal mintak tolong.. Yer la dah la Jumaat ni aku dah nak balik kampung mana la sempat nak pegi baiki keta.
Dah la mak cik dah tensen nih, nanti sambung balik, petang ni nak pegi makan kat Teppanyaki kat Mid Valley untuk menghilangkan rasa gundah gulana.. huuhuuhuuu

Tuesday, November 02, 2004

Hampes 10X hampes!! 2 kali weblog aku tak bleh post smlm, dah la aku tak save, tulih pulak berjela2 panjang. Bengang betuii aku di + pula bengang sbb call Planet Hollywood tapi dah fully book untuk perfomance by Anuar and Dayang on the 12.12.2004. Tensen tul. Ni yg macam malas jer rasa nak pegi sebab dah fully booked kalau nak berdiri tu maleh ler mak cik.

Aku skang ni tgh keboringan tahap ke 10 dah. Cemana nak menghilangkan boring ni?? Lupa lak, hari ahad baru ni aku pegi bebuka puasa kat KLCC ngan bebudak X-DIA Arau. Memula tu si Sue booked kat Shroom, dah siap double confirm dah nih, alih2 hari tu pegi jer kata tak der meja. Apa lagi kelam kabut jer diorang kat situ carik tempat untuk kitorang. Alih2 dia bukak satu meja special kat Santini yg sebelah dengan San Francisco Steak House, rasanyaler, siap ada special waiter lagi untuk kitorang. Dah tu kasi coupon for every 4 person, free 1 person.

Yg pegi hari tu Sue ngan husband dan anak, pas tu Dewa ngan awek (Linda), Ismar and wife, Naguib (budak DBS) ngan wife jugak, pas tu sue bawak 4 orang kawan dia n huband, Zahari nagn wife, pas tu aku and Kamal. Kira okla. tak der la menarik sangat.

Lepas tu aku ke rumah Nik. Mak cik tu tengah bz buat kuih raya, apa lagi aku ke sana jer main ngan anak2 angkat aku ler. Gemuknya si Baby tu..geram aku dibuatnyer. Mak cik tu ajak aku ke rumah dier hari Sabtu ni. Katanya ada orang nak merisik dier tapi aku tau reason dia ajak aku, ni mesti nak kenenkan aku ngan pak cik dier. Pak cik dier tu tak der la tua dalam early thirtiesla.. hampes tul. Mula2 tu ingat nak pegi jugak tapi kena pikir banyak kali sket la. Takut!! hehehehe.

Alamak lepas ni nak pegi blind date plak.. don't ask how we got to contact each other, malasnyer!! Bosannyeee!! Tak sabar nak balik kg minggu depan pi rumah Zeti pi jumpa Dot.. lama dah tak jumpa Dot.. Rindu laaaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...