Tuesday, February 28, 2006

Well.. this is KL!!??

erkk.. On my way balik umah, suddenly this one particular add really caught my attention.. Kat oversea ker aku ni?? hehehe.. sebenarnya kalau tinggal lelaki pompuan ni tak der la aku heran sangat sebab dulu kat area umah aku ada gak mamat/minah melayu yang tinggal bersama tapi kira memang umah berkunci rapat la..


kalau kat area Pantai Hillpark tu lagi laa.. penah gak aku pegi sana ikut member aku pegi umah member dia dan terkejut badak bila aku dapat tau yang derang tinggal bersama lelaki ngan pompuan, sebilik ngan bopren lak tu, itu tak kira lagi yang tinggal ngan bopren yang bukan melayu, minum.. sumua tu aku lalui time aku memula sampai KL la dan sampai skang ni aku macam malas jer kalau member aku ajak pegi umah member dia.. mana la tau kang tetiba jer JAWI ker apa ker buat raid.. naya aku kena skali..



Tapi mamat ni memang brani la tampal iklan cenggini.. hampess betulla.. erkk.. gay kot.. Apa pun.. kat KL ni memang macam-macam jenis orang la yang ada.. member-member aku pun ada gak yang kaki clubbing dan minum tapi alhamdulillah ler derang ni memang bukan jenis menghasut untuk aku ikut sama.. siap nasihat aku lagi ada la.. apa daa.. tapi aku respect diorang as a person tak menyakitkan hati, tak menghasut.. dan memang tak campur personal life masing-masing.

Monday, February 27, 2006

ermmm!!!

Aku tak tau ler apsal.. kalau hujung minggu jer mesti malas nak update blog. Yang herannya bukan aku tak surf internet tapi bila sampai jer kat blog aku musti malas nak update.. bila dah kena sound ngan member baru ler terhegeh-hegeh nak update.


Apa aku nak tulis ekk?? ermm.. aku skang ni tgh nak buat bisness.. hahahaha tak deler multi million dollar business cuma ciput-ciput jer. Jual brooch.. Alhamdulillah walaupun tak der la banyak untung tapi bleh la 2 kali rolling modal. weii.. 100% from Korea tau.. cemana dapat?? mustila beli dari sana. Ada la contact kat sana. Ada orang nak join tak?? mana la tau kot nak berkongsi ngan aku kan.. bleh la kita kaya bersama-sama.. hahahaha.. hampess.. Apa lagi ekk? Lain kali lagi la aku update.. mak cik maleh la


Korean Brooch


Wednesday, February 22, 2006

Bukak Tudung @ Letak Jawatan!!


Tengok Buletin TV3 ni.. tetiba jer ada kakak ni nama Habsah buat aduan kat Biro Aduan UMNO ker something like that.. dia buat aduan yang ada satu hotel di Jalan Ampang yang memberi pilihan kepada para pekerja wanita yang bertudung samada bukak tudung time bekerja atau meletak jawatan. Kata pihak pengurusan.. ini disebabkan pemakaian tudung ni melanggar dress code hotel tersebut. Tapi kata kakak Habsah tu tak der la pulak dalam code etika keja hotel tu.



Hotel mana ekk?? Jalan Ampang tu ada Hotel Maya, Mandarin Oriental, Corus Hotel, Holiday Villa, Crowne Princess (err.. ye ker?) ntah ler.. adabanyak lagi la hotel-hotel kat situ.



Hampeh betul. Ala kak Habsah ni.. lain kali saman jer hotel tu.. Bangsa lain pakai skirt sampai nak nampak punggung tak der la nak tegur.. Ini yang susah kalau bangsa asing yang datang Malaysia ni tak paham dan menghormati undang-undang dan agama rasmi. We'll see what will happened.

Sunday, February 19, 2006

Friday, February 17, 2006

Wednesday, February 15, 2006

HAPPY BIRHDAY 2 ANUAR ZAIN!!



Happy Birthday to Anuar Zain!!


10 + 1 Things Why I Remain Single.


Happy Valentine's Day untuk semua kengkawan... Orang tersayang?? mana ada.. mak abah dan family ada la.

Ada member aku tanya soalan yang dah maleh aku nak menjawab..tanya plak time-time Valentine's Day nih.. pasai apa sampai skang aku tak der teman...? ni aku punya jawapan..

10 + 1 Things Why I don't Have a Partner

Bukan tak teringin nak berteman tapi...
  1. Aku ada jugak kena ngorat tapi ngan laki orang
  2. Ada jugak yang cakap mak aii..konon-kononnyer manja ler tu mengalahkan aku.. manja mengada-ngada gitu.., dengar pun dah geli geleman, nasib baik tak cair taik telinga aku.. lelaki ker pondan ni?
  3. Ada yang suka mendesak.. dah cakap hari ni tak leh jumpa.. tak yah lah nak paksa-paksa, nak datang amik kat opis la kat lrt la, Buhsan!! Dah la aku ni pantang kalau cakap 2 - 3 kali tapi tak paham-paham.. cakap bahasa urdu kang..
  4. Aku bukan kanak-kanak ribena yang suka melayan kalau ko tu tepon pukul 2-3 pagi.. halo!! ingat aku tak keja ker besok?? dah ler aku ni susah nak tido. Dan aku juga bukan kanak-kanak ribena yang suka kalau ko call 16 kali dalam 1 hari.. ko tak der keja lain ker??
  5. Ada lak jenis yang perasan bagus.. ni yang tak tahan ni. Cakap berdegar-degar macam aku heran. Just be yourself la..
  6. Aku bukan Karam Singh Walia nak jadik reporter untuk mereport segala pergerakan..Jeles lak tu kalau aku kuar ngan member.. ko apa hal?? bukan lagi jadik laki aku pun.
  7. Aku belum jumpa orang yg betul-betul boleh terima aku seadanya.
  8. Ada jugak yang tak leh terima kengkawan aku.. well.. my life does not revolve around a single person and definitely not this kind of person.
  9. Nak ajer mencari yang suka berjalan sama macam aku tapi takut jumpa yang typical malay.. seblm kawin ok, lepas kawin asyik nak duduk kat umah jer jadik domestic cat/potato couch - nak mintak dibelai, dimanja pas tu gumuk dan melekat/melepek atas sofa.
  10. Orang yang memenuhi kriteria semua dah jadik laki orang... wakakakaka... tak dapek den nak nolong haa..
Abih camno?? jawab sikit...

Opss lupa lak.. lagi satu takut kalau dapat jenis nak hidup dengan hasil pompuan atau kaki pukul. Mintak simpang ler

kalau orang tanya memilih ker?? of course la memilih.. kalau tak memilih.. aku dah sambar mamat-mamat mana kat tepi jalan tu ha.

Tapi sebenarnye aku ni malas nak kenal ngan orang.. Walaupun aku ni 'ramah tamah' dari segi pandangan zahir korang, aku ni sebenarnyer pemalu.. (wakakaka.. kang ada yang muntah darah geli dengar statement aku ni).. aku cuma keluar ngan kawan-kawan rapat sahaja.. kengkawan kat opis, bebudak zaman study dulu (ada la dalam 5-6 orang). Sampai member aku pun cakap.. ko ni tak der orang lain ker ko nak kuar..?? asik-asik ngan kengkawan tu jer... Sebabnyer aku dah kenal perangai diorang tu cemana dan diorang pun dah kenal perangai aku macam mana.. macam mana aku punya hangin lintang, puting beliung sumua dah tau.. tambahan pulak dengan kelaseran aku.. standard la.. ko laser ngan aku sorry ler kalau ko ingat aku nak mendiamkan diri.. what you give you get back la kannn.. chewah scorpion la pulak..

Ala..lecehla nak kenal orang ni.. Proses yang tak berapa best.. dah ler aku ni jenis kalau first time ko dah buat slack sikit, maleh dah le mak cik nak layan.. kang dia ingat aku berlagak lak tanak layan.. pas tu merajuk.. kem salam la kalau aku nak pujuk. Aku pompuan ker atau ko yang pompuan.

Lelaki plak mesti la nak pompuan yang ayu, lemah lembut.. aku ni kan terlebih ayu dan terlebih lemah lembut.. cemana..?? takkan nak suruh aku jadik hipokrit lak.. depan orang berlagak ayu, blakang kalu ngalahkan pontianak harum sundal malam lak ( ada la member-member aku yang macam ni).. soo not me.. what you see is what you get. I am what I am.. Aku ni jujur dan ikhlas, tipu sikit-sikit jer.. tipu sunat ^-^.

So, kesimpulannya.. tak der orang nak ngorat aku dengan perangai aku yang asik nak ikut kapla batu aku ni.. so rock bebeh.. Bak kata ABB (you know who you are).. Rock Never Dies.

To all the singles out there... Live your life to the fullest!! Tak payah nak sedih-sedih atau nak memenuhi expectation orang lain. You live and rule your own life.

Sunday, February 12, 2006

Weekend

Terasa kemalasan yang teramat sangat weekend ni. Fuh best giler bila bleh berkubang kat dalam bilik nih. Nasib baik dapur ngan bilik air kat luar kalau tak for sure aku tak kuar langsung dari bilik.

Buat ke 2 kali aku tengok citer Howl's Moving Castle. Cerita oleh Hayao Miyazaki terbitan Ghibli Studios (Grave of Fireflies, Spirited Away) berdasarkan sebuah novel tulisan Diana Mynne Jones ini dicalonkan untuk Anugerah Oscar yg ke 78 pada bulan March ini untuk kategori Best Animated Feature Film. Miyazaki pernah memenangi anugerah Oscar dalam kategori yang sama pada tahun 2004 untuk filem Spirited Away.

Aku penah nampak trailer kat cinema dulu nampak macam menarik. So bila Basz kasik link untuk download citer ni tak tau la pulak rupanya citer yang memang aku nak tengok. Here's a bit about Howl's Moving Castle

Howl's Moving Castle

Patriotic feelings are running high. The Royal arms are heading towards the battlefront. Soldiers showered with flowers march through cheering crowds. From time to time, the moving castle of the Wizard Howl has been spotted in the barren Wasteland. Howl is rumoured to devour the hearts of beautiful young women.

In town, 18-year-old Sophie is walking, keeping apart from the crowd. Born and raised in the town lying at the edge of the Wasteland, she works at the hat shop of her deceased father. One day in town Sophie encounters the mysterious and dashing young Howl, who is trying to escape an unwanted pursuer. Suddenly the Witch of the Waste appears and, seeing Howl and Sophie together, appears uninvited to Sophie’s home later that evening and casts a spell on young Sophie, which turns her into a 90-year old woman overnight. Unable to stay in her town unless her curse is discovered, Sophie packs up and heads toward the desolate Wasteland, where she eventually slips into Howl’s Moving Castle...

Hiding her true identity, Sophie becomes Howl’s live-in cleaning lady, shaking his home and unusual house-mates up with a feisty young attitude that defies her aged looks. As the true power of Howl’s wizardry is revealed, and his relationship with Sophie deepens, our young grey heroine finds herself fighting to protect them both from a dangerous war of sorcery that threatens their world.

Nanti aku paste gambor dier.

Thursday, February 09, 2006

Ada Apa Dengan Hari Ini??!!

Pegi jumpa doctor hari ni.. panasnyer.. dah ler aku minum air tahap cipan punya banyak.. which is of course a good thing lah.. since it's been scorching hot these last few days.. but in my case, I drank a lot of water to fill my bladder so that the doctor can perform the scan on me..


Apa?? ingat orang pregnant saja ker boleh buat scan?? sampai jer kat klinik.. aku rasa macam dah tak tahan untuk menyeru panggilan alam. Duduk pun serba tak kena.. Aku rasa for sure orang kat klinik tu ingat aku memang sakit tahap cipan sampai tak senang duduk.. tapi yang sebenarnyer aku tak tahan nak shi shi.. hehehehe.. dah tak tahan sangat terpaksala aku ke ke bilik kecik blakang klinik tapi tak der la buang habis..



Masuk jumpa doktor and the doctor told me that she wanted to do the scan but my bladder must be filled with water la.. so she checked and of course it was full and she performed the scan.. Tak der apa pun.. everything seemed fine. Tak der growth or anything... semua saluran ok tak der yg tersekat or anything.. and the wall also no sign of thickening.. which explained why nothing happened.



Ooo.. today I wore baju kurung and everybody look at me oddly. Hehehe.. my fault.. It's been ages since I last wore baju kurung or kebaya..



My ex called me this afternoon.. I was just thinking about him a few days ago.. thinking of calling him but forgot about it.. uikss.. don't jump into conclusion yer.. we're friends first before going steady and now still friends. It took a while to adjust my thinking that he's not the one.. you see.. I wrote there to adjust my thinking and not to forget about him.. for nothing will make me forget about him. He's my first love.. we had fun together, we fight with each other, we share the same interests and of course my friends are his friends and his friends are mine too. He will alway be a friend, a friend that will always occupy a small special place inside my heart. Anyway, he's married now with 2 kids and keep pestering me on when I'm going to settle down.. cess.. I did asked him though if he ever regretted marrying at a young age. He said that there were times when he felt that way but having 2 boys makes it all worth it. I think I'll paste his picture. There bound to be one left in my posession somewhere.

Sunday, February 05, 2006

AJL 20 (Evolusi Berterusan) - Results

Persembahan Terbaik
Mawi - Aduh Zaleha

Vokal Terbaik
Hazami - Kata

Irama Malaysia dan Etnik Kreatif
Mawi - Aduh Zaleha

Pop Rock
Hazami - Kata

Balada
Jaclyn Victor - Gemilang

Juara Lagu 20
Jaclyn Victor - Gemilang

Akhirnya terjawab ler persoalan siapa yang memenangi Anugerah Juara Lagu - 20. Tapi memang berbaloi la Jaclyn Victor dan Hazami memenagi kategori masing-masing bcoz for me vokal dan lagu yang paling menonjol adalah dari mereka berdua.

Overall, AJL 20 is way better than the last AJL dari segi showcase and all.


Sutun 2



For those who had watched Sutun would surely anticipate this coming sequel. It was aired I think twice by RTM last year. About Adik, a very lemah lembut boy who could pronounce Sotong as sutun. About his life and how people treated and acted around him just because of what he is. I remember him wearing a pink baby T and carrying a pink umbrella.


Aghh!!! It's already Sunday!!

It's Sunday already.. it'll be difficult to get up early tomorrow morning. Work..work..work!! I can see that I will be very busy starting from next week since I'll be the only one left in my section. I'm waiting for Mr. Walter to assign one handsome guy to help me.. hahahaha.. as if there is any in my department.

huhmm..

I'm watching the Red Carpet Anugerah Juara Lagu 20 - mak aii!! sexy bebenor Fasha Sandha dengan baju Pink.. backless gitu.. nampaknya artis kita ni dah macam mat salleh.. huhmm..

Tired!!

Last night I slept at 4 am. It's already 2 am and here I am still in front of my laptop. Browsing the net, downloading animes and blogging while listening to chinese songs. Somehow nowdays, I don't really like chatting on the net anymore.. too many perverts are on the loose in the net.

Just got back from outing with Hanil, Wawa, Apeng and my sis Mimi.. (tak der ker orang lain nak kuar ngan aku??!! hehehehe). We had dinner at Chops n Steaks at Kg Baru and as usual accompanied by series of giglings, laughing, bantering and occasional cynical and snide remarks. As usual also our target would be Apeng. Enough about that.. sakit hati lak bila pikir pasal Apeng and tut tut..

Went to Putrajaya in the middle of the night (dah tak der mender nak buat dah ler tu!!) and got back around 1 am. Nora called (the other Nora) and wanted to meet me but since I'm with the gang so most probably I'll meet her and Nomi tomorrow to collect my presents.. hahahaha.. Oh God I'm so tired..


Saturday, February 04, 2006

Huhmm!!

Went to One Utama yesterday.. bought the Guess watch and then I wanted to go to Shah Alam tapi asyik sesat jer so decided to go to Sunway Pyramid and then to Times Square. Balik jer dah kul 7 lebih. Around 10 pm went to Bangsar for dinner. Arrive at home about 11.30 pm. As I was chatting with Basz while watching Howl's Moving Castle (which is a great anime movie!!), Munnie called and went out with her and lepak at Naili's until the place closed at 2 am. Went back home and continue to watch HMC and slept around 4 am.


Called Apeng this morning and we're going out tonight, as usual, me, Hanil, Wawa and Apeng. I asked Apeng has he patched up with his fiance. So dissapointing.. there's a good chance that there will be wedding this coming June.. Hampess!!

Lupa lak...


Nora kasik jugak.. Teddy Bear and Famous Amos cookies and candies!!

Friday, February 03, 2006

Happy Birthday!!


Hadiah Birthday aku taun ni. Thanx to Hanil, Wawa, Apeng, Nora and Mimi.



Gambaq budak birthday yang bulat.



Kotak Hadiah.

Happy Birthday!!



Happy Birthday to Me!!!


and Hanil's.


Thursday, February 02, 2006

A few pics!!


Handphone Apeng yang dah tak nampak nombor keypad.



Tebrau City, Johor Bahru. Jaya Jusco paling besar.



Nama saya Nembu.




UiTM Machang, Kelantan


Wednesday, February 01, 2006

Kelantan!!

Okla .. meh aku cita what happened in Kelantan.. chewah bunyik cam cita What Happened in Bali or Memories of Bali lak.

27/01/2006

Hanil, Wawa n Apeng sampai kat umah dah pukul 11 lebih.. malam yer.. memandangkan Hanil n Wawa belum dinner lagi so kitorang makan kat belakang umah aku nih.. pas tu kitorang bertolak ke karak dan singgah kat Genting Sempah. Hanil la nak makan McD la pulak. Bila masing2 dah melepas hajat kat Stesen Minyak kat situ, nampak macam McD tutuptapi nasib baik la yg drive in tu bukak. kalau tak maunya kempunan si Hanil tu. Kami bertolak dari Genting Sempah tu dah dekat pukul 2 pagi.

28/01/2006

Boleh tahan banyak la keta on the way to Kelantan tu. Hanil seperti biasa la awai2 lagi dah lena sebelah driver. Tinggal la aku n Wawa dok melayan Apeng. Tapi ada gak masa aku terlelap. Sampai kat Kuala Krai dalam pukul 6 lebih. Sembahyang Subuh kat Masjid Kuala Krai. Lepas tu ronda pekan Machang sekejap dan terus ke Kota Bharu. Breakfast kat Pantai Timor Department Store pas terus check in kat Juita Inn. Apeng.. dapat jer amsuk bilik terus tido. Aku, Hanil and Wawa terus pegi Pasar Besar Siti Khadijah. Dah besar dah pasar tu. Anyway, penat aku tengok laki bini tu bershopping. Mak aii!!! memang kaki shopping betuii. Hanil beli sampin untuk raya taun ni. Dedua orang tu pakai Pink taun ni. Hanil belikan Wawa Songeket bunga tabur dalam RM320 pas tu beli tudung untuk kakak, mak n mak mertua. Aku beli 2 helai tudung saja. Satu untuk Nora dan satu untuk Mimi.

Tengahari, balik hotel, kejut Apeng pastu pi ke Pengkalan Kubur. Beli tea set untuk Emi dan Wawa and Hanil shopping lahi la..haii...!! Aku beli sehelai suar linen putih siap ada lining lagi baru RM20 hengget ngan kemeja kaler coklat RM25. Memang murah la.

Petang lak pi umah Mc Nie tapi Suhaili (husband dia member kitorang gak) tak der kat umah. Pi KL ngan M Jack. Anak Mc Nie tu geram betuii aku ngan dia. Dah la comeii mulut pandai betul.. nama dia Shikah.

Malamnyer, kitorang skali ngan Mc Nie dan adik-adik dier n of course anak dia pi ke KB Mall. Rahim cakap nak datang jumpa tapi dia accident la pulak kat Ketereh so tak jadik la jumpa. Pas makan, balik ke Juita Inn. Ingatkan aku tak leh lena. Aku ni kan kalau first night tak leh lena. Tapi aku lena sesungguh hati. Penat siott. Tido tak cukup pas tu berjalan kemain lak tu.

29/01/2006

Pagi, Rahim called nak jumpa. Apeng, Hanil and Wawa skali lagi pi ke Pasar Besar Siti Khadijah. Apa lagi la yg derang beli aku pun tak tau. Tapi Apeng beli kain pasang ngan tudung untuk Lin. Nak Pujuk ler tu. Bergossip skeet... apparently Lin dah kasi kata dua kat Apeng. Pegi Kelantan or putus. Sambung balik.. akunjumpa la bini Rahim and anak dia. Anak dia cute.. tak takut ngan orang. Dah 9 bulan pun panggil Damia. Bini Rahim seemed different. Dulu nampak macam lawa lagi. Maybe sebab tak make up kot.

Pukul 12 jer Apeng dah call aku. Time tu aku baru sudah breakfast (breakfast!!?? kul 12 tengahari??). Mamat tu suka benor pressure aku. Hampess!! Kelam kabut ler aku balik ke bilik salin baju sebab derang daj tunggu kat kereta. Pi ke Hotel Al-Ansar sebab Emi stay kat situ. Masa kitorang sampai tu Emi tengah di make up kan oleh Mak Andam or should I said Pak Andam. Tapi dia make up memang cun la. Natural jer tak der la berbelak-belak or selepung macam pakai tepung gomak. Jumpak la ngan mak emi and adik dia Boy. Pukul 1 lebih kitorang bertolak ke rumah Zaidi. Tapi kan kenduri kat Kelantan tak semeriah macam kenduri kat tempat lain. Sebabnya derang datang sikit-sikit even sampai ke malam, tak der peak hour. Kalau kenduri kat tempat lain kul 12 - 3 tu memang ramai la orang tu yang best tu. Ni kat Kelantan macam tak der orang jer. Pukul 3 lebih kitorang dah blah. Tak tunggu lak Farah ngan Mc Nie and Haryati. Baru jer keluar pintu terserempak ngan Kak Dilla, kakak Farah ngan husband dier. She's pregnant. Macam mana la bila dia terserempak ngan Farah nanti. Huhmm..!!

Sampai bilik salin baju pas tu kitorang pegi ker Pantai Cahaya Bulan. Di sebabkan hakisan, semua kedai dah dialihkan. So macam kureng best la berbanding dengan dulu. Ramai gila orang, parking jauh la sikit. Makan colek kat sana and of course ler makan seafood. On the way balik singgah kat gerai-gerai jual batik. Boleh tahan expensive. Tapi disebabkan aku tak minat so tak der effect ler.

Lepas jer kuar dari kedai batik terus jer kitorang pegi ker Tanah Merah. Nak makan Nasi Lemak. Memang best pun nasik lemak dier. Lagi sedap dari kat Kg Baru dan definitely lagi sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa. Lepas tu terus balik bilik. Tido lena lagi. Yahoo!!


30/01/2006

Alamak dah tak leh lena la. Bangun, mandi, kemas barang, siap-siap terus jer turun bawah tunggu bebudak tuh. Lama gak tunggu. Turun jer Hanil n Wawa terus jer masuk coffee shop breakfast. Pas tu Apeng turun breakfast sesama. Lepas breakfast, pegi pasar MPKB, Apeng nak cari jersey tapi tak der so patah balik ke Pasar Besar Siti Khadijah, derang nak beli keropok lak. Baru jer nak masuk aku baru perasan yang aku tak pegang kamera. Aduh!! Kat mana lak aku tinggal nih??

Bila backtrack balik, aku tertinggal kat coffee shop. Apeng nak temankan aku, tapi aku cakap tak yah la. Sebab tak best la kalau aku spoilkan mood derang. Time dok bergelak ngan Apeng tu aku dah agak dah something bad's going to happened. Instinct aku masih kuat lagi. Nasib baik la hilang digital camera jer dari kitorang ditimpa apa-apa kemalangan. Alhamdulillah. Sebab aku memang ada fikir yang bukan-bukan jer bila travel malam tu. Tak pelah dah sampai sini jer jodoh aku n digital camera ku.. huhuhu..

Check out lebih kurang pukul 12 tengahari. Pas tu pegi umah Mc Nie sebab masa pegi first time tu tak sempat jumpak bapak Mc Nie. Kali ni pun sama gak. Pukul 1 lebih bertolak ke UiTM Machang. Dah makin best tempat tu. Maklumla time kitorang dulu baru first phase yang siap. Ni library pun dah besar pas tu ada lagi bangunan kat belakang nun ha.. kat area Uitm tu pun dah membangun siap ada motel kecik lagi. Semayang kejap kat Surau UiTM pas tu ingat nak makan kat kedai mak cik tom yam tapi kedai tak bukak sebab dia demam la pulak. Pelamin anganku musnah laa.. Anyway, Abe Ha.. anak mak cik senyum hat muka macam Apeng tapi versi gumuk sikit ada kat situ. Dia cakap yang mak cik senyum tu dah 2 taun meninggal. Apeng sedih jer.. Pegi Pasir Putih makan KFC.

Kali ni balik tak ikut Gua Musang tapi ikut Kuala Terengganu, singgah kat Losong belik keropok losong, aku beli Satar pas tu makantepi pantai. Suka hati kitorang jer park tepi umah orang pas tu makan sambil tengok laut. Pas tu sambung lagi perjalanan singgah kat Masjid mana ntah semayang pas tu singgah kat Cherating makan malam. Rasanya time tu dah pukul 11 lebih. Nasib baik sedap dan murah makanan dia walaupun service dia lambat sikit. Terus jer perjalanan masuk Highway kat Kuantan. Cian Apeng, dia la jadik supir. Tuan punya keta asyik tido jer. Nasib baik la Wawa asyik dok pot-pet sepanjang jalan. Aku lak pot-pet la jugak walaupun mood dah kureng tapi tanak la spoilkan mood derang. Aku tau Wawa perasan sebab aku perasan dia dok perati aku bila aku senyap. Saja jer aku buat tak tau.. hehehehe.

Sampai mana ntah, Maran R & R kot baru la tukar driver sebab Apeng memang dah penat gila. Ye la dari awal sampai la skang ni dia jer yang bawak keta tu. Masuk jer sebelah aku Apeng terus terbungkang. Si Hanil tu bawak memang mengerikan. Macam nak tercampak dari keta jer bila dia bawak kat jalan yang berbelit-belit tu. Sampai kat umah aku pun dah lebih kurang pukul 3 pagi.


Sorry la geng tak der gambor. Kena tunggu Hanil kasi kat aku dulu ler. huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...