Monday, May 09, 2005

1st trip to Korea - April 2005

Day 1 (23.04.2005)


Finally it's Saturday!!! Macam tak percaya lak yang hari ni aku and the gang akan ke KOREA. Of all the places in the world, I would've never thought that I would go to KOREA first. Tak per kali ni aku ikut PINIE, lain kali dia lak kena ikut aku.


Anyway, hari ni kena berkumpul kat KLIA pukul 10.30pm. That's what NORA told me. Hahahaha.. NORA bengang tul ngan si CHAN tu. Ye la hari ni nak pegi pun tak leh nak confirm and call kitorang lagi. Buatnya tak jadi kes naya la pulak. NORA call aku yesterday, after she called CHAN.. si CHAN tu asyik dok "sayang, jgn la marah sayang.." ye la dah kena bamboo ngan NORA seround. Pas tu yang aku tak tahan tu siap promote diri dia hensem macam ahli kumpulan F4 plak tu.. hampess!!!


CHAN called me around 6.00pm and asked us to meet in KLIA around 10.00pm. kitorang (AKU, PINIE n NORMA) kuar dari umah around 8.00pm. Ambik teksi ke KLIA. We arrived at KLIA around 9.00pm. Pas tu pi la makan KFC. Rasanya seblom aku pi Sarawak pun aku makan kat KFC jugak. Tapi tak pa, kat sana bukannya boleh makan KFC pun. AKu bawak la jugak MAGGIE MEE ngan TUNA. Hamboi3X, mentang-mentang la beg aku besaq, benda makan sumua sumbat lam beg aku noo..


Around 10.00pm NORA called to informed that she had arrived. CHAN also arrived around that time. Called MUNNI and she and the gang were also already in KLIA and having dinner at SURIA CAFÉ. NORMA cakap kat situ tak sedap pun.. dah la mahal (biasakla KLIA kan).


Jumpa la si CHAN tu.. tak hensem pun.. hehehe, rendah jer, speaky. Our flight was at 1.00am. Makk aii lambat lagi ghopenyer. Oh .. CHAN tu tak ikut, so all of us pegi sendiri. Our tour guide will be waiting at the INCHEON Airport. Our tour consist of 13 pepople, including 3 chinese gals. Cemana lak leh sesat derang bertiga ngan kitorang nih. MUNNI introduce her gang to us and frankly, I'm very bad with names (sorry guys, aku memang tak ingat nama korang time tu) especially, HAZLINDA n HAZLINA, which one is which. Hehehehe...


Our flight is an international fligh, so after we checked in our bagages, we went to gate C3.. (err.. ye ker?? Lupa la) anyway.. amik aerotrain ke International departure. Disebabkan time tu baru kenal, masing-masing pun malu-malu lembu lagi, jadik la beberapa clique. AKU, NORMA n PINIE, NORA n ITA, pas tu MUNNI n the gang.. ZAI, HAZLINA, HAZLINDA n ZALFA.


Masa nak boarding tu ada la mamat cina sebelah aku ni. Bleh tahan la hensem. Aku bukannya tengok dia tapi aku tengok dia pakai jaket PEPSI, cam cantik jer.. mamat tu tegur aku, Tanya nak ke mana? yang bestnyer dia ingat kitorang ni students, study kat seoul. Kuakuakua.. Geng, perasan muda lagi la kita nih. Mamat tu keja ngan Jabatan Kesihatan n nak ke PULAU CHEJU.


Pukul 1.00am.. kapal terbang pun berlepas. Head set aku tak leh guna.. siot tul..!! Aku n the gang duduk kat tgh.. NORA and SIS kat tepi tingkap, MUNNI and the gang kat belakang, minah cina (BUNGA) kat sebelah kitorang. Kat depan kitorang ada la mamat cina sorang ni.. kejap-kejap pusing blakang tengok kitorang. Last skali dia tanya nak ke mana? Ni lagi sorang.. dia ingat kita semua ni students. Apa daa!! Tapi best la, orang ingat kita ni muda rumaja lagi. Ghopenyer mamat tu pegi KOREA on business trip. Dia cakap kat sana semuanya mahal.. biasa la kan dekat ngan Jepun, taraf hidup diorang pun dah tinggi. Aku rasa dia nak ngorat minah BUNGA tu la.. tak sejuk ker BUNGA tu pakai skirt pendek. Hehehe.


Anyway, tak leh lena la.. bukan sebab excited cuma tak selesa. Lebih kurang cam nai Air Asia saja, kecik n sempit. Jeles tengok mamat cina depan aku tu lena sesungguh hati... maklumla row tu dia sorang saja. Hampess!! The flight to INCHEON AIRPORT took about 6 hours and the time difference is 1 HOUR earlier than KL.


DAY 2 (24.04.2005)

Arrived at INCHEON INT AIRPORT around 8.00am (KOREAN TIME). We were greeted by our Tour Guide (MR. MIKE) and everybody were very very disappointed. Sbb dah berumor ghopenyer tour guide tu.. cam lebih kurang abah aku lak. Heheheh. Ingatkan bleh dapat tour guide yg muda dan hensem.. cam pelakon-pelakon korea tu.. Huhuhu.. pelamin angan ku musnah ghopenyer hari tu. Kuakuakua. Hampess!!! (my favourite word kalau tulis blog)

MR. MIKE ushered us out of the building and the weather was sunny betul cakap NAD, angin cam angin aircond jer. Tak der ler sejuk sangat. Rasa cam perak lak (maklumla first time gi oversea – Sabah, Sarawak, Labuan ngan Thailand tak kira yer). Time ni musim bunga (SPRING org kampong aku kata) tapi dah pertengahan la.. dah nak ke SUMMER dah pun. Sementara tunggu bas kitorang sampai sempat lagi bergambor kat luar airport tu.

MR. MIKE informed us that our first destination would be to MOUNT SORAK which is 5 hours journey from INCHEON. 5 Hours!!! Dah la baru naik kapei terbang 6 jam ni nak naik bas lak 5 jam.. mau kematu bontok mak cik cenggini. Di kiri kanan jaln.. banyak pokok cherry blossom ( ye ker??) tapi yg pastinya tak der pokok tu kat Mesia ni.. hehehehe (nampaknya tahap keperakan terserlah teramat sangat). Memang cantik scenery dier.

After 1 hour journey.. we can see a big rivers with tall skyscrapers at the other side. MR. MIKE informed us that the river is HAN RIVER and the city that we saw is SEOUL. Punya la besar SEOUL tu. Population dia lebih kurang dalm 11 juta orang dan ada lebih dari 20 jambatan yg menghubungkan SEOUL utara dan selatan.. ( ye ker??) rasanya dah setengah jam bas kitorang berjalan.. masih lagi kelihatan kota metropolitan SEOUL nih. Punya la besau..

But I noticed that the houses were made of brown bricks dan habis melitupi bukit.. (See picture please). The houses were built very close together cam setinggan lak. Kat mana diorang parking kereta?? I wonder..?? rasanya kalau terbakor ler mau abis satu bukit tu gone with the wind.. hehehe.

Berenti jap untuk menyahut seruan alam.. beli ler dia punya mineral water. Tak perasan la pulak yg aku beli tu ada perisa peach.. tak sedap!! KRW1200 X RM3.75 = RM4.50 (KRW1000 = RM3.75) Lagi satu cuak sikit sebab kekadang flavoured mineral water ni dia taruk sikit alcohol. Pegi la pulak beli mineral water biasa. KRW600 dalam RM2.25. ala yg botoi kecik tu.. mahei bebenor. Oh ya.. ramainyer mamat-mamat korea ni berkonvoi ngan motor besar.. ada la nampak cam naik Harley Davidson, Honda CBR.. fuh!!

Stop to have lunch. VEGETARIAN FOOD then proceed to MOUNT SORAK. Cantik tempat dia. Naik kereta kabel ke puncak gunung. Ada la one of the gang cakap kereta kabel kat GUNUNG MAT CINCANG kat LANGKAWI lagi ngeri.. aku tak penah naik pun. Hensem mamat yg jaga keta kabel nih.. hehehehe.. Sampai kat atas.. hiking skeet sampai la kat punck dia.. oh ya.. before that.. masa naik keta kabel tu nampak patches of white streak kat lereng gunung tu. Ghopenye itu adalah unmelted ice.. walaupun cuaca dah panas tapi masih ada lagi ais yang belum cair.

Kononnyer kat atas MOUNT SORAK ni ada la 2 org pahlawan yg membina fortress untuk menghalang serangan musuh.. tu ha kat atas tu.. see pic) kat atas tu jugak kitorang jumpa a group of tourist dari Malaysia gak.. tapi semua Chinese la. Dia punya tour guide pun Korean tapi boleh cakap mandarin.

Next stop was a BUDDIST TEMPLE at the base of MT SORAK. The place was very quite and serene, cantik dan bersih. Ada la sorang tu cakap macam kat kampong dier plak… hehehehe.. Zai.. kampung ko cenggitu ker?? Ada la nampak kepingan-kepingan batu yg ada tulisan.. ingatkan batu nesan ke ape ker.. rupa-rupanya kalau sesapa buat donation diorang akan tulis ler nama korang atas batu tu.. siap tanya lagi nak buat donation ker.. erkk!!

Time kitorang nak pegi ke bas kat parking lot kat situ.. ada la a group of Korean Tourist punya la musykil tengok kitorang pakai tudung.. siap tanya lagi dari mana pas tu ajak kitorang bergambar skali.. yg klakarnya kitorang plak yg jadi attraction. Dah tu bila ada mak cik-mak cik korea tu nak join siap kena halau lagi.. hehehe gatal ler pak cik-pak cik tuh.. nak bergambar ngan pompuan kitorang ajer.

Kitorang bertolak ke tempat penginapan untuk malam tu di NAKSAN BEACH. Kitorang stay kat FREYA NAKSAN RESORTEL. Mak aii.. luasnyer bilik dier. Ada dapur dan 1 bilik. Tak der perabot pun. Diorang just kasi bantal, selimut ngan futon jer.. abih aku, Kak Ma ngan Pinie angkut segala benda alah ke depan tv.. tidor ler kitorang bertiga kat luar.

Best-best jugak Korean Songs ni yer.. Videoclip pun style cerita jer.. (SG Wannabe!!!)

Malam tu kitorang makan seafood kat tepi pantai..sejuknyer tepi pantai nih. Style makan macam tengahari tadi jugak tapi ada satu ikan (ikan sadin ler) sedap siott!! Anyway ada sapa ntah bawak sambal ikan bilis.. bestnyerr!! Lepas makan jer kitorang kuar jalan-jalan sambil tunggu PARK CHEEK MIKE makan (lama tul makan pak cik nih!!). ada la mamat-mamat korea baru balik dari main besball minum kat kedai. Kak Ma ngan Pinie dah jalan laju jer pegi kedai runcit, tinggal aku jalan sesorang lalu sebelah kedai tu. Pas tu mamat tu siap panggil pas tu tanya dari mana semua. Aku pun stop ler sekejap pas tu mula ler dia tanya macam2. nasib baik si Zai n the gang datang to the rescue. Kuakuakua.

Anyway, kitorang lepak la kat tepi pantai tu.. nampak la mamat-mamat askar meronda kat pantai tu.. mula la berangan kalau la Song Seung Hun oppa yang meronda kat situ.. fuh bestnyerrrr!! Hehehehe!! Akan ku peluk cium dierrr… muahahahaha. Balik ke hotel lepak jap pas tu beli phone card call abah kat kampong. Pas tu naik atas tengok tv and tido.. zzzzzzzzzzzz

Day 3 (25/04/2005)

Sejuk jugak pagi nih.. bestnyer tido smlm. Kul 5 pagi pun dah cerah dah.. tensen tul!! Mak aii!! sejuknya lantai balkoni kat luar nih... amik gambor seround.. nampakla swimming pool yg tak berair pas tu siap ada macam tapak fun fair ngan Ferris Wheeler lagi.. rasanya bukak time summer jer kot. Turun ler kitorang pegi breakfast. Lambat la amoi-amoi bertiga tuh.

Our first stop was the PORT.. Ada apa dengan PORT?? Ada apa lagi ada kapal, ada nelayan.. pas tu ada la macam market dia.

Our second stop was a bit more interesting.. it was the place where the filmed the series – AUTUMN IN MY HEART aka AUTUMS’S TALE ala yg dilakonkan oleh SSH oppa tu ler. Aku ni tau tajuk jer, tapi tak penah pun tengok citernyer. I hate soppy stories. We had our lunch and proceed to NAMI ISLAND. The place where the filmed WINTER SONATA.

We arrived at the jetty around 3 pm.. (betul ker?? Help me guys!!) and we took a boat/ferry to NAMI ISLAND. Actually the island is not a natural island. It was formed when the dam was built.. (I have no idea the name of the dam). Like yesterday, we did attract a bit of attention. NAMI ISLAND was the place where a General was sentenced to death and buried here on the island. Sempat ler bergambor ngan penjaga makam tuh. The island was very beautiful and full of tourist. We met the tour from Malaysia that we met yesterday. Ada la sorang minah korea nih ajak kitorang ngambik gambor ngan dier macam semalam tu.. siapa tourist sebenarnyer nih??

Suka la si Pinie tu.. tercapai la hajat dia nak ke tempat penggambaran WINTER SONATA. Cantik tul tempat tu.. ada jugak chalet, ada orang berbasikal, ada yg naik bot mengelilingi pulau nih.. if you’re going to korea, this is one of the places that you just gotta visit. Kat padang tuh siap ada mak cik-mak cik pak cik-pak cik tengah main permainan tradisional korea.. aku pun tak tau apa yg diorang main. Pukul 5 petang berkumpul kat jetty.. jumpa NORA ngan ITA.. hampess tul diorang beli souvenir – gambar ler, postcard lagi.. aku pun apa lagi patah balik ler ngan pinie n kak ma ke kedai tu.. dah la jauh.. untuk membeli souevenir. Jumpak la the rest of the gang kat dalam tuh.. rupa-rupanya diorang pun patah balik jugak pegi membeli souvenir kat situ. Hehehehe.

We had our dinner kat Youth Centre – Chinese food sekali ngan tour yang kitorang jumpa kat NAMI ISLAND tu.. lupa lak, mamat tour guide tu perasan lak jadi Bae Yung Jun.. hampesss!! Pas tu kitorang bertolak ke tempat penginapan kitorang POONGLIM RESORT. Tempat kitorang tu dekat ngan military base. Dengar ler diorang dok berjoging sambil nyanyi ler.. errr.. ntah-ntah si SONG SEUNG HUN oppa base kat situ.. hehehehe.

Day 4 (26/04/2005)

Bangun jer pepagi.. pegi breakfast. As always.. bebudak 3 ekor tu memang lembab tahap cipan ler.. kena la pulak tunggu derang lagi. Bertolak ler kitorang ker EVERLAND. Ala-ala team park gitu EVERLAND nih.

EVERLAND ni dah dekat la jugak ngan SEOUL so perjalanan tu kira jauh la jugak ada la dalam 2-3 jam gitu. Seperti biasak Uncle Driver ni walau ramai cemana skali pun Bas ker Kete ke.. dia ngan terrernya berjaya parking dekat dengan Entrance dan jugak toilet. Hidup Uncle Driver!!! Yeehaa!!

Manusia.. Masya Allah punya la ramai kat entrance tu.. tapi yg bestnyer ramai bebudak tadika buat field trip. Group ni pakai baju semua kaler biru, pas tu group lain kaler kuning, hijau, merah.. macam-macam la.. pas tu kan cute-cute jer diorang ni.. beratur pas tu pegang tangan jalan ramai-ramai.. jenuh la cikgu diorang kepung bebudak nih. Tapi munkin sebab budak-budak tadika kan diorang dengar kata..

Uncle Mike pegi beli ticket pas tu kitorang pun masuk ler ke dalam.. cantik tempat dier rasa cam Disneyworld lak (walaupun aku tak penah masuk.. kuakuakua.. ala cam slalu tgk kat TV tu). Naik keta kabel turun ke bawah sinun.. pas tu beratur ler nak masuk SAFARI WORLD.. punya la lama beratur sebab dah ramai gila orang kat situ.. bebudak pun ramai.. SAFARI WORLD ni memang merupakan main attraction kat EVERLAND ni.. kat sini kita boleh tengok secara dekat HARIMAU, SINGA dan jugak BERUANG. Ada la sorang budak ni cuteee sangat. ZAI asyik nak ambik gambar dier jer tapi pandai lak budak tu nyorok. KAWAI!!!!. Pas tu ada la mak cik ni apa ntah la yg dia cakap si zai pun angguk jer.. err.. paham ker??

Ada la sejam kitorang beratur.. mak aii.. tensen kawan dibuatnyer.. beratur lak ngan bebudak yg kecik-kecik comei tu.. sampai jer turn kitorang.. naik bas dier bawak masuk ker kawasan menatang-menatang tu.. nampakla harimau, singa ngan beruang dok melepak tepi jalan.. pandai lak menatang tu tak melepak kat tengah jalan.. dah biasak dah kot.. depa dah tau dah kalau lepak kat tengah jalan tu sure kena langgor ngan bas.. tapi kejap sangat la kat dalam tu beratur punya la lama sampai kebulur masing-masing. Nasib baik la si Munie bawak muruku campur pas tua aku plak ada chocolate bar.. bleh la lapik perut. Pas jer kuar kitorang pegi lak main kat.. ish aku tak sure la nama dia tapi kitorang naik benda bulat macam tayar satu menatang alah tu bleh muat 8 orang, 2 orang satu side, pas tu slide ler dalam air tu.. aku ngan Zai, si Munie ngan Zalfa depan aku. Cian si Munie tu, basah sebelah badan kena splah ayor.. hahahaha… pas tu derang semua pegi makan (Mr. Mike and the Chinese Gals).. disebabkan kat tempat tu tak der makanan halal or vegie kitorang minum je la.. hampes tul..

Janji jumpa ngan Mr. Mike around 2 pm, sempat la kitorang tengok parade. We were trapped at the centre of the arena. Nak tak nak kena tunggu sampai at the end of the parade. Ada tarian, kereta berhias, mascotts, princes and princesses, watak katun, ikan.. hehehe very cute, very colourful and interesting. Selepas tu kitorang gi tengok sealion show.. ala macam dalam citer MY LOVE PATTZI lakonan Jang Na Ra ngan Kim Rae Won tu la.. Best la show dier..

After we all ngabihkan duit beli souvenir kat EVERLAND nih.. we all nik keta kabel balik ke atas.. tapi tak sempat jalan2 kat atas sebab kena bertolak ke SEOUL.. tapi kat atas tu cantik la.. ada bunga tulip pas tu ada cam castle, siap ada carriege cinderella lagi.. tensen tul la minah bunga 3 ekor tu asyik lambat jer.. Zai lak tak der kije lain asyik ngambik gambor ngan mamat Korea jer tapi kanak-kanak ribena la.

Bertolak ler kitorang ke SEOUL.. Have dinner kat LOTTE MART pas tu proceed masuk ke LOTTE WORLD. Ala lebih kurang macam kat Genting jer.. naik ler macam tram tapi nun jauh di atas sana keliling LOTTE WORLD yg kat dalam LOTTE MART maupun di luar LOTTE MART.. yg kat luar lagi best sebab ada macam Disney punya castle tuh.. pas tu rasanya ada macam mini konsert kat luar tu tapi seperti biasa tak sempat pegi laa.. tensen tul. Kat indoor tu ada la carousel.. ala kuda pusing tu yg dalam citer STAIRWAYS TO HEAVEN plus tempat abang dia lukis mural kat dinding dalam citer tuh. Pas tu kitorang naik ala-ala TOP GUN gitu.. ada gak yang tak naik sebab takut tapi best la.. pas tu naik konon-kononnyer HOT AIR BALLON.. makk tinggi nak mampus.. aku dah la gayat.. siootttt!!! Pas tu sempata la tengok parade kat situ.. parade lagi.. pompuan bunga tu nak tengok laser show.. tapi Uncle Mike cakap tak payah bukannya best pun.


Bertolak ler kitorang ke hotel dalam pukul 9 lebih.. lepas jer mandi kitorang kuar ambik angin.. ada STARBUCK.. baru je nak masuk dia cakap diorang dah nak close.. hampeh 3X hampeh…

Day 5 (27/04/2005)

Paginyer after breakfast kitorang bertolak ker NATIONAL FOLKS MUSEUM of KOREA. Kat sini banyak info tentang culture dan cara hidup orang KOREA pada zaman dahulu. Lepas melawat museum kitorang bertolak ker GYEONGBOKGUNG PALACE. Ala dekat jer.. sebelah museum itu jer. Original palace dah musnah dalam kebakaran tapi diorang construct palace tu sebijik macam zaman dulu punya.. Luas palace dia pas tu kitorang tengok perarakan untuk tukar pengawal yang jaga kat pintu gerbang. Mak aii!!! Tingi-tingi betul la mamat pengawal nih.. aku rasa begitu kerdil sekali.. ohh tidakkk!! Pendeknyer aku.


Lepas Geongbokgung Place kitorang pegi ke arah BLUE HOUSE. Blue House ni rumah president.. tak der apa yang menarik pun. Lepas Blue House kitorang pegi ker GINSENG FACTORY. Yang bestnyer kitorang minum la air ginseng tu.. kejap jer aku dah terkentut.. heheheh.. pas tu asyik rasa nak kencing jer.. betapa bagusnyer ginseng nih.. tapi tak semua orang boleh ambik ginseng ni.. sebab dia ada jenis-jenis dier.. ada yang orang tua tak leh minum.. cenggitulah.


Pas tu kitorang lunch.. tempat dier dekat jer. Lepas lunch, kitorang bertolak ke Amethys factory. Di sini la batu permata Amethys (which is my birthstone) gred A dikeluarkan. Selepas Amethys factory, kami bertolak ke FIFA World Cup Stadium, tempat perlawanan bola sepak piala dunia diadakan. Selepas melepak kejap kat situ , kami bertolak ke DongDaeMun Market. Tapi sebenarnyer tak der la betul-betul ke Dong Dae Mun market pun. Sebab aku cakap cenggitu adalah kitorang pegi ke shopping kompleks yang berhadapan dengan Dong Dae Mun Baseball Stadium. Kalau yang betul-betul market dia tu ala-ala Petaling Street gitu tapi Uncle Mike kata kalau pegi situ dia takut kitorang sesat sebabnya dia punya market punya la besar, stretch about 2 kilometres pas tu siap ada junctions lagi. Uncle Mike kata kalau sesat susah sesangat nak carik. Lama jugak kitorang kat situ ada la dalam 3 jam lebih. Penat siott. Carik souvenir kat member-member lagi, kat family lagi.

Malam tu kami dinner kat Itaewon dan akhir skali bertolak ke Incheon. Kat dalam bas tu tetiba jer riuh rendah dengan citer pasal Zai dengan ejaan seaweed dier la + plak dok perli minah-minah bunga tiga ekor yang tak paham bahasa tuh. Orang dah cakap dah kalau nak beli seaweed tu beli jer kat Incheon besok, nak jugak bising-bising sebab tak dapat beli seaweed. Hai dah la bahasa korea tak paham, english pun tak paham, cakap BM pun tak paham.. ishh tak paham aku. pas tu macam-macam lagi la.


Tapi kan.. tetiba seja jadik senyap.. ghope-ghopenyer derang dah tido pas tu bila bangun cam sedey la pulak aku sebab besoknyer dah nak balik. Sampai jer kat Incheon.. Hai.. lawak betui la pak cik driver ni. Kat depan hotel tu ada keta parking, so tak leh la dia berenti depan hotel, korang tau apa dia buat, memula ingatkan dia nak park kat lorong sebelah hotel tu tapi rupa-rupanya dia naik atas pavement tu n berenti betul-betul depan pintu lobby. Turun dari bas jer jalan 2 tapak dah pintu hotel. Apa lagi riuh-rendah la masing-masing, punyala gelak.. dia bleh buat muka toya saja. Uncle Mike pun siap gelak-gelak lagi. Respect tul la kat pak cik driver nih.

Day 6 (28/04/2005)

Huuuu.. ari ni dah last day, rasa cam sekejap jer kat Korea.. after breakfast, kitorang pegi naik macam ferry cenggitu la.. banyaknya seagull.. tak penah aku jumpak seagull bebanyak macam kat sini.. (macam la slalu pegi pantai).. anyway, turun jer dari ferry, kami meneruskan perjalanan ker Incheon Airport.. opss sblm ke airport kami singgah di duty free dan shopping ler sesikit lagi.



Fllight dalam lebih kurang pukul 11 pagi so after we said our goodbye to Uncle Mike and also Uncle Driver, kami pun check in.. mak aii.. siap kena buang kasut lagi.. pas tu terjumpak la pilot MAS.. ala kapalterbang kitorang ler tu.. dengan pramugara dia lagi.



We browsed around the shops inside and come across this one shop selling CDs and they got this one corner adorned with all those posters of the famous korean siries for us to take pics. Ada satu pic mamat mana ntah ngan minah yg berlakon dalam citer Autum in My Heart ngan Oppa aku tu ler. Cantik dia skang, nampak cam kurus sikit. Poster tu untuk citer Full house.



Anyway.. bila kami naik jer, tempat kami punya la kebelakang.. hampir last, dekat ngan cabin crew. Hampess. Bila tengok menu saja.. alamak ada daging laa.. bestnyer.. ingatkan dapat ler.. alih-alih bila sampai turn kitorang jer, daging dah habis.. terpaksa la makna seafood.. tak best tull.. mula la masing-masing buat merajuk.. hehehe dapat la token skeet dari cabin crew.. hehehe.. buruk tul perangai. Mamat pramugara tu mati-mati ingat kitorang student.. apa lagi masing-masing perasan muda la.. hahahaha. Best siott!! Sampai la bila dah sampai kat KLIA baru la pecah rahsia yang kitorang ni dah tua bangka sebenarnya.. muahahahaha. Sampai saj kat KLIA, lepak-lepak dulu kat Delifrance. Masing-masing macam berat hati jer nak blah. Walaupun masa tu singkat tapi yang besntnye, masing-masing satu kepala, so enjoy sesangat trip nih.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...