Monday, April 02, 2007

Kuantan Lagi!!

Weekend baru ni haku, Pinie ngan Jaja pegi Kuantan. Sebut jer Kuantan, aku dah excited.. hehehe.. bukan sebab ada pak we handsome kat sana tapi sebab teringat ket Ketam ngan Udang Masak Pedas kat Tg. Lumpur. Memang voogie the vass!!! Best gilosss!!. We all stayed kat Mega View Hotel. Hotel tu tak der la se gah MS Garden Hotel, Swiss Garden Resort tapi hotel dia not bad. Dapat bilik kat corner sebab bilik tu luas coz we asked for xtra bed dan view bilik tu ngadap laut. RM130 per night inclusive of 1 xtra bed and breakfast for 3.

Sampai kat Kuantan around 9pm on Friday.. pick up Pinie kat opis.. standard la aku cuti hari Jumaat tu bawak Jaja pi Ikea makan meatball. Uhmm.. Yummy!! Slurpppp!! Anyway... oleh sebab Jaja suka kata aku bawak slow so sampai kat highway.. dia la bawak... yehaaa!!! best oo dok sebelah. Mak cik tu dok rasa macam dia bawak keta sport kecik bila bawak Kambing aku tu.. Yang bestnyer aku pun tak tau hotel tu kat mana.. bila aku tanya dia cakap tepi sungai pas tu jalan nak ke Tg Lumpur. Ok la.. aku tau la jugak.. memang nampak Hotel tu tapi tak tau nak ke situ macam mana sebab memang ada lorong masuk tapi macam ada van panjang blocking jalan tu.. so call ler lagi.. receptionist tu cakap memang lorong tu pun.. so terpaksa la kitorang tawaf area Masjid tu kali ke 3 sebab tak bleh reverse sebab jalan kat situ one way.

Check in.. lepak-lepak kejap pas tu pegi la carik nasik lemak yang si Anne ngan Zilan cakap best.. Nasik Lemak Simple depan HTAA tepi sungai dekat jeti untuk Kuantan River Cruise. Anyway, nasik lemak tu sedap la, tapi, customer service memang out gilos. Layanan lebih kurang jer.. menu.. kalau tak der tak yah ler tulis pas tu buat muka confuse lak.. hampess.. tempat air tu bukannya jauh beribu batu blakang cashier tu jer pun.. itupun susah nak tolong order. Kalau self service tulih ler biaq terang. Hampehh!! Lepas jer makan.. lepak kejap. Huhmm.. ramai orang kat situ.. lupa lak, tempat tu ala-ala waterfront laa.. sambung balik.. kat situ ramai orang memancing.. ghope-ghopenyer ada pertandingan memancing. Lepas jer pusing-pusing kat situ, kitorang pegi lak ke Teluk Chempedak.. err.. betul ker ejaan aku ni. Apa pun.. biasak la tempat melepak, berdating .. siap ada pakai baju kurung berkilat-kilat lagi dok berdating atas pasir tepi pantai. Apa de hal.. dah la tengah-tengah malam buta tapi tak der la yg bukak laptop tepi pantai macam time aku pegi sana ngan Pinie, Nora, Noorizam n Wak Asri.

Besoknyer, lepas breakfast, pegi umah Nad kat Sg. Karang near Pantai Balok. Sukanya rumah dia.. dari luar nampak kecik tapi bila masuk dalam.. just nice. 1 1/2 tingkat, 2 bilik kat bawah + 2 bilik kat atas. Aku suka laaa.. Anyway, Maisara ngan Safiah dah besar tapi si Danish tu semangat jer.. geram aku.. Mula-mula tu segan la jugak sebab family abang ipar ngan family adik ipar dia ada kat sana. Tapi disebabkan aku dah biasa ngan husband si Nad yang memang suka kenakan aku so tak der la kekok sangat. Terjebak la pulak kitorang makan tengah hari kat umah Nad. Kakak ipar dia masak, hampeh tul abang ipar Nad, siap kenakan kan kitorang kata kitorang makan banyak habih seperiuk, pas tu tanak jemput kitorang pegi umah sebab takut kitorang makan banyak.. heheheh.. mana ada tapi aku tau dia bergurau jer.

Dalam pukul 3 kitorang bertolak ke Kemaman. Makan kat Hai Peng sempat la masuk kedai beli suar pendek ngan T-shirt pas tu pegi lak ke Kuala Kemaman makan otak-otak jer sebab sata dah abiss... huhuhuhu.. tensen siott!! Balik hotel, mandi-mandi lepas tu kuar balik pegi Tg Lumpur. Target mesti ler kedai ujung skali, order udang ngan ketam masak pedas, sotong bakar ngan kerang bakar = RM95. Nasib baik skang aku dah terrer pilih ketam, so dapat la ketam yg isi memang penuh la. Udang dia pun besau-beasau, sotong ambik sekor jer sebab besar la. Kerang dia pun macam best jer sebab dia bakar dengan kuah something la kira ada perisa la.. Best!! Orang memang dah ramai la. Abang tu pun cakap lambat sikit so melepak la kat situ dari pukul 9 malam sampai la pukul 11 lebih. Rancang tu ingat nak naik Kuatan River Cruise lepas makan, bleh la pegi tengok kelip-kelip kalau ada rezeki tapi dah lambat dah so cancel ler. Balik hotel lepak sambil tengok TV.

Semalam, lepas breakfast jer terus check-out dan balik KL. Sampai umah dah pukul 3 petang. Adus .. letih siott.. Malas kejer lak tuh... Gambor nanti ler.. Jaja.. kalau rajin hang saja la upload.. heheheh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...