Friday, March 25, 2011

Gambar Muggy and Minam




sedapnyer bau towel bushyuk ku ini..


MiNam si kaki gemuk. aku panggil dia Peha Ayam.. ekekeke


Kocik jer time ambik.. skang dah jadik Peha Ayam


Encem Boy


Si Kain Buruk

Best tul arr citer ni.. Layanzzz..

Mu-chan@g


Muka seposen lepas kena marah panjat grill tingkap sampai ke railing nu haa..

ni ler muka Taiko besor yg panjat tingkap

letih main





Gambar diorang tengah ukur ketinggian bumbung tingkap jiran depan umah..

Favourite past time diorang iaitu 'bergumpal'
TQ Ckucin sebab ambik gabar anak-anak aku dengan begitu cunss skali.. tetiba diorang terglamer kejap kat FB.. ekekekeke..

Muggy and MiNam!




(pic curtesy of Ckucin)

Lupa lak nak cerita pasal anak-anak aku.. ehh.. bila masa aku kawin?? tak der maknenyerrr.. ni anak tak payah kawin pun boleh jer.. :p. Nama nya Muggy a.k.a Kang Mu Gyul dan jugak MiNam a.k.a Go Mi Nam.. wakakaka..

Muggy ni jantan dan aku suka panggil di Mu-chan@g sebab kekadang aku tgk muka dia macam musang. Tirus gitu. Masa mula ambik, kaler dia kelabu seluruh badan, skang bila dah besar ni dah jadi kaler kelabu belang putih lak.. Character dier Manja gitu tak macam MiNam yang walaupun manja jugak tapi dia taiko besor kat dalam rumah tu.

Minam lak betina yg kaler macam kain buruk (kata Ckucin).. hehehe.. Ekor dah bersimpul, walaupun kembang kekadang tgk macam bunga lak. Maklumla betina.. macam bunga la kan tapi tahap keganasan dia boleh tahan la.. Muggy da trend setter, kalau panjat grill tingkap tu separuh jer. Si MiNam lak memula tu tengok, leaps tu kalu, dia la yang akan panjat trus sampai ke atas dan Muggy pun blajor ler naik sampai atas.

Favourite past time diorang ada lah 'bergumpal' (ayat aku la).. sampai tercabut-cabut bulu diorang bila bergumpal.. tak tahan tu bila aku lalu sebelah diorang time tu, si MiNam tu nak bergumpal lak dengan kaki aku.. ades.. anakku.. belajar-belajar ler main tak kurkan kuku ko yg tajam tuh..

Masa diorang kat rumah kat Pandan Indah tu, kalau senyap jer, aku dah risau.. karang jatuh dari tingkat 3 tu.. oh TIDAKKKK!!! First time tengok diorang kat atas langsir punya railing tu, macam nak terkuar jantung aku.. Oh My Kitties.. nakal Ya Rabbi!! Muggy dengar sura aku dah lari bekejaran turun sbb tau aku marah. Si MiNam lak bersenang lenang kat atas tu.. buat bodoh jer bila aku bebel. dan MiNam telah menghadiahkan aku dengan garisan-garisan halus yang pedih jer rasa bila aku bawak dia turun. Come to think of it, MiNam jer suka main kasar ni..

Tapi budak 2 ekor ni ler pengarang jantung aku... huhuhu.. I miss my Kitties..

Friday, March 04, 2011

Rombongan Che Kiah ke Guangzhou (22-26 July 2011)



I'm organising a tour, (macam tak kena jer bunyik dier).. rombongan Che Kiah la untuk pergi bershopping ke Guangzhou.. Ada yang charge RM2000 untuk 3H2M jer tu pun makan 1 kali jer.. dan ada yang charge sampai RM3500 untuk 5H4M.. ni bukan package nak memborong tapi nak pi shopping jer..

Pakej 5H 4M ke Guangzhaou

22 – 26 July 2011 (Seminggu sblom puasa)

RM2,000.00 per person (limited seats) termasuk
1) Returned Flight Ticket
2) Visa Single Entry
3) Penginapan – 4 malam (berdekatan subway, wholesale pakaian dalam wanita, shawal dan jugak restoran makanan halal)
4) Transportation
5) Translator
6) Meals – 4 breakfast and 4 dinners

Itenerary

Day 1 – Estimated arrival dan check in paling lambat dalam pkl 11 pagi.
Plaza Pakaian, Malam ke Shang Jia Lu (tpt shopping jugak)
Day 2 – Plaza Beg Tangan, Jam dan Kasut
Day 3 – Haizhun Square (Fabric, alas meja etc)
Day 4 – Plaza Pakaian Kanak-kanak.
Day 5 – Hari Bebas. (flight dalam pukul 8 mlm)


1) Shipping to Malaysia is available @ RM380.00 per cubic meter. Boleh share, so tak perlu risau pasal excess baggage.

2) Optional - Guangzhou Tower, Masjid Abu Waqas etc.

Kenapa harga agak mahal dari Travel Agent yang biasa?
Memang dengan travel agent (TA) lebih murah tetapi TA adalah tertakluk kepada polisi perlancongan yang menyenaraikan tempat2 wajib untuk dilawati, macam taman2, temple2 dan tempat2 heritage yg lain. Tempat2 shopping pun adalah yg disenaraikan oleh kerajaan. Siap agent akan dapat komisyen jika pelancong membeli di tempat tersebut.

Saya bukan travel agent. Tujuan saya nak pegi ke Guangzhou adalah untuk bershopping. Jadi saya mencari mereka yang ingin berkongsi kos untuk pegi bershopping. Tak der keja lain selain dari shopping jer.

Shopping di Guangzhou ni memeng best sesangat. Bayangkan 1 plaza yg bertingkat2 tu penuh dengan fabrics, 1 lagi penuh dengan baju budak 1 lagi penuh dengan beg dan murah2 pulak tu. Contoh, hari tu dok berkenan 1 beg kecik yg ada 2 zip kaler merah, kulit. Kat Mid Valley harga RM60, kat SOGO RM59.90 tapi ada emboss logo, kat Guangzhaou??!! Tak sampai pun RM17 hengget. Kena rajin bargain.. pakai calculator jerrr..

Price RM2,000 per pax.

Non Refundable Deposit of RM1,300 (for flight tickets and visa) by 31.03.2011
The balance of RM700 by 30.04.2011.

For queries and payment, do contact @ firdawani_77@yahoo.com.

JOM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...