Makan-makan sebelum bertolak ke LCCT Terminal dengan opis mate
Nak pegi Langkawi pun hati tak senang bila teringatkan aku ni banyak keja kat opis tapi dah beli tiket beb.. abah pun dah confirm nak pegi takkan la aku lak tak pi kanna.. so aku pun dengan semangatnya pagi hari Khamis 29 June 2006, aku pi opis.. settle kan sikit mana2 kejer yang boleh pas tu hantar kat X-Boss aku (cess semalam baru dia tengok.. kalau tau tak moh aku hantor awal2) pas tu lunch pegi lepak kat Kopitiam ngan bebudak opis. Lebih kurang pukul 1 aku pi KL Sentral tunggu Mimi (my sis) kat sana. Naik la bas ke LCCT Terminal.. cess bas tu jalan kul 2.30ptg rupanya. Sampai jer kat LCCT terminal. Kelam kabut check in. Kaunter Air Asia tu dah tutup dah pun tapi disebabkan ada lagi orang yg tengah check-in so aku menyelit la jugak. Masuk jer kat waiting area tu, jumpa family Nora.. lerrr... delay rupenyer flight ke Langkawi. Hampess kelapa betul. Mimi dah kebulur tahap cipan dah. Apa lagi.. makan roti lorr..
Dah la flight delay.. lepas jer boarding, ingatkan nak terus berlepas.. rupa-rupanya dia bawak kitorang bersiar-siar kat airport dengan flight pas tu kena tunggu sampai runaway tu clear dulu.. ada rupanya traffic jam kat airport ni.. aku ingatkan kat KL jer jam.. Yang klakarnyer bila nak berlepas tu laju gila mamat tu tekan accelerator.. (ada ker??) rasa macam naik space shuttle lak laju (bila masa lak aku penah naik space shuttle nih??). Mamat ni memang kurang pandai bawak kapai terbang la.. pening aku kat dalam flight tu pas tu landing pun bumpy gila.. ada la jugak yang menjerit.. tapi ada skali tu aku dapat pilot yang memang best giler aa.. landing pun smooth jer.. mesti banyak pengalaman tuh. Anyway bila sampai kat Kuah dah lebih kurang pukul 6 petang.
Anyway aku ngan Mimi check in kat CityBayview ok gak bilik dia.. spacious. ada 2 katil super single.. semalam RM150 inclusive breakfast for 2. Mimi still lagi kebulur so kitorang pegi makan kat gerai depan hotel pas tu gi la jalan-jalan kat Pekan Kuah (old town) tengok-tengok pinggan mangkuk (macam aku nak beli), chocolates (memang murah compare dengan kat KL). Tak der wat aktiviti mender pun.. lepak jer kat bilik.
Pagi Jumaat (30.06.2006), lepas breakfast, aku ngan Mimi balik bilik pas tu check out, pi tunggu the rest of the gang kat Jeti. Abah and the rest of the gang sampai lambat jugak sebab bot jalan lambat. Pukul 12 lebih laa.. kitorang sewa van (abang aku drive) RM70 satu hari. Makan kat Padang Matsirat lepas tu pi check-in kat AB Motel.. jumpa la Idah, coursemate aku kat UiTM merangkap anak tokey AB Motel. RM180 semalam untuk 2 connecting rooms. Anak-anak sedara ngan adik aku seronok gila sebab bilik kitorang betui2 tepi pantai. Bayangkan pukul 2 petang diorang dah berendam mandi laut! Hitam berkilat sekor-sekor bila balik bilik untuk mandi. Biasa la dah nama pun pantai.. ada la dugung-dugung jantan dengan dugung betinanyee.. macam geli pun ada jugak. Kalau ada yang hensem ngan cun ok la.. maunya yang datang tu siap perut jalan ke depan pas tu pakai swimming trunk jer maunya tak macam dugung terdampar kat pantai.
Anak-anak sedara aku melepek kat bilik lepas puas mandi laut.
Pemandangan dari chalet AB Motel.
Pukul 4 kitorang pegi Under Water World!! Tak jauh pun dari AB Motel tu. Jalan kaki pun ok. Suka la anak-anak sedara aku tu tengok ikan jerung ler and all sort of fish.. tapi aku rasa kalau dia cuci skeet tank tu mesti lagi ok laa..
Adik-asik ngan anak sedara kat Underwater World
Me, my dad and stepmom.
Lepas tu kitorang pegi ke pekan Kuah. Standard la.. aku beli coklat yang Anne pesan.. melamapu betul pompuan tu pesan sampai 3 kotak, pas tu aku beli perfume, Love in Paris by Nina Ricci untuk Pinie (aku pun suka perfume ni) dan Oui by Lancome untuk aku. Mak aku nyopping kain batik la apa lagi. Kitorang dinner kat Pantai Chenang. AKu hangin betuii la.. kedai seafood tepi pantai tapi ikan tak banyak jenis, sotong pun tak der.. tensen betuii. Suka tengok Abah makan nasik bertambah-tambah.. hehehehe.
Malam tu aku ngan Mimi pegi jalan-jalan tengok kedai kat Pantai Chenang, happening gak.. lip lap lip lap lampu kat situ.. meriah.. lepas tu kitorang lepak jer... sebab ada sedara datang lepak myembang ngan Abah ngan Mak.. adik aku lak ikut abang pegi tengok bola. Anak sedara aku yang kecik dan ganas, Amira, kejap-kejap masuk bilik dia pas tu masuk bilik kitorang lak.. tak leh tido maybe sebab excited kot.. sronot kot sekali-sekala keluar beramai-ramai.
Besoknyer.. Hari Sabtu.. pagi-pagi lagi aku dah dengar anak-anak sedara dengan adik aku kecoh-kecoh nak mandi laut. Aku?? apa lagi membungkang la.. first time aku bleh tidoq dengan lena. Bestnyerr!!! Dekat pukul 10 baru kitorang breakfast lepas tu pegi ke Makam Mahsuri. Niat tu nak pegi naik kereta kabel kat Gunung Mat Cincang tapi tak jadik sebab diorang nak singgah umah sepupu aku kat Perlis. Abah aku kata, kalau setakat Langkawi tu bila-bila pun boleh ke sana. Cess.. Apa pun aku suka rumah Datuk Pekerma Wijaya. Abang ipar Mahsuri merangkap penghulu time tu. Rumah kayu 2 tingkat. Best sesangat. Mesti mahal kalau nak buat umah kayu cenggitu. Apa pun.. ada banyak versi cerita macam mana Mahsuri difitnah yang menyebabkan beliau dihukum bunuh. Tapi betul ker darah dia kuar kaler putih?? Kalau sel darah putih lebih dari sel darah merah tu sakit leukimia.. hehehe.. munkin jugak betul. Kuasa Tuhan tak terbatas dan menjangkau pemikiran kita dan munkin jugak dia cuma simbolik yang menerangkan akan kesucian Mahsuri. Wallahualam. Apa pun, Mahsuri telah menyumpah yang Langkawi takkan makmur selama 7 keturunan. Skarang ni, keturunan ke 7 Mahsuri telah pun ditemui di Phuket iaitu Aishah. Langkawi pun makin makmur.. err.. ye ker?? Ntahler.. aku pun tak tau.
Pukul 2.30 petang, abah dan family yang lain naik bot ke Kuala Perlis, aku ngan Mimi lak naik bot ke Kuala Kedah. ombak tinggi siot.. pening aku dibuatnya.. well.. aku ngan Mimi pening-penig.. hehehehe mabuk laut.. Tensen seh.. pukul 4.oo baru sampai kat Kuala Kedah, Jaja dah tunggu, so pegi umah Jajaj, lepak-lepak jap pas tu Mimi tido, aku ngan Jaja kuar ke Alor Setar kejap. Malam.. Jaja hantar ke Stesen Bas. Naik bas balik KL pukul 12.00 tgh malam.