Tuesday, July 04, 2006

Kemaman!!


Aku tau citer ke Kemaman ni dah basi tapi aku nak citer jugak. (24 - 25 June 2006)

Pukul 8.30 pagi, Aneza and the gang datang ambik aku ngan Pinie kat umah dan kitorang pun bertolak ker Melawati untuk breakfast nasik lemak dengan ayam kampung. Jumpa Oja and the gang kat sana. Diorang datang berempat so semua skali dah jadik 9 orang. Honestly.. aku tak dak la berkenan sangat kalau pi berjalan ramai-ramai ni nanti jadik banyak songeh tapi jangan salah faham.. aku bukan tak suka diorang cuma tak suka sebab terlampau ramai.

Lebih kurang dekat pukul 11 jugak la kitorang bertolak ke Kuantan. Aku kagum ngan Syuhada.. hehehe.. terer benor dia menyanyi semua lagu.. tak kira la lagu lama ker, lagu baru ker.. semua dia pandai.. Lebih kurang pukul 2.30 kitorang sampai kat Kuala Kemaman.. Makan Kepala Hotak.. takder la.. makan otak-otak, Sata dan Kepok Gete (keropok lekor laa..).. lepas makan terus bertolak ke Awana Kijal. Lepak seround kat bilik. Lupa lak.. dia apartment 3 bilik.. so kira spacious la jugak ada ruang tamu dengan sofa set, Astro, kitchen dengan cooking facilities, peti sejuk, microwave oven, mesin basuh.. kira lengkapla.


Aku ngan Pinie membungkang, Anne Suhada ngan Aida gi ke Pantai, yg lain-lain lak melepak tengok ASTRO. Petang tu baru diorang pegi ke pantai skali ngan aku la.. tapi aku balik dengan Anne and the gang. Aku bukannya suka mandi laut pun.

Malam lak kitorang pegi ke Kuantan. Ingat nak makan seafood kat Dataran Kambing (bukan nama sebenar.. cuma dekat ngan kedai tu dulu ada sekawan kambing suka melepak.) Apa daa si Syuhada tu.. dia ingat tempat tu memang orang panggil Dataran Kambing!! hahahaha.. sabar jer laa.. tapi kedai tu tutup la pulak. Dah la hujan, sesat, tutup lak kedai tu. Tensen tul.. ditambah pulak dengan tak banyak variety seafood nyer.. aku tensen!! Dekat nak balik.. ada aktiviti mengorat dan mengayat la pulak.. aku and the rest of tha gang balik dulu.. biarla mereka dengan aktiviti mengorat mereka.. aku tanak campur.

Pagi Ahad.. pepagi buta, Syuhada dah tercongok atas katil aku, dia kejutkan aku nak pegi mandi laut.. nasib baik aku tak kena heart attack.. cemana la dia boleh masuk bilik..? aku rasa macam aku dah kunci pintu bilik semalam, cemana lak dia boleh menceroboh masuk mengganggu tidurku yg tak brapa nyenyak tu.. ghope-ghopenyer kunci bilik tu buat hiasan jer..cess!! Pegi la aku mandi laut, lepak kat jacuzzi, lepak dalam kolam renang. Lepas tu balik umah tengok Fruit Basket. Lepas jer siap everything..

Kitorang bertolak ke Pekan Kemaman untuk brunch kat Hai Peng Kopitiam. mula-mula tu cuak jugak sebabnampak ramai pelancung depan kopitiam tu.. rupa-rupa diorang tengah tunggu bas. Lepak sambil minum-minum dan makan-makan.. lepas tu mula la jalan-jalan tengok kedai-kedai kecik kat situ and end up buying a pair of short which cost me only RM4.90 and 2 sleveless shirts RM3.90 each.. hahahaha.. ok jugak apa.. Lepas tu kitorang bertolak balik ke KL.. sampai umah lebih kurang dalam pukul 5.00.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...