Tuesday, July 25, 2006

Kuantan Lagi!!

Ada apa dengan Kuantan hinggakan aku ngan Pinie nal ke sana lagi ujung minggu ni?? hehehehe.. kawan ABB/ABC kena pi outstation kat sana.. memula tu ABB/ABC pun termasuk jugak tapi last minutes dia tak jadik la pulak. Tensen mamat tu.. siap suruh aku pi la teman dia sekali sekala kat West Wing sebab semua kat cubicle dia pi outstation. Tinggai la dia srang-sorang. Bukannya apa, hari tu pi ke Kuantan kureng best sebab kedai seafood kat Dataran Kambing tu tak bukak. Pelamin angan ku musnah betuii.. Seperti biasa kalau ke sana, aktiviti yang kitorang akan buat adalah makan..makan..dan makan!! Tempat yang mesti pi.. seafood kat Tg Lumpur, Hai Peng Kopitian dan makan Sata ngan Otak-otak kat Kemaman.

Sebut pasal Kemaman ni, semalam kitorang kat opis gempar kejap sebab one of the Head of Department, boss ABB/ABC and the gang, accident kat Kemaman dengan lori tanki dalam perjalanan nak menziarahi arwah emak Dato' Wan (ye ker??) Anyway, kereta Wald yang dinaiki oleh 5 orang termasuk dia accident dan salah sorang meninggal dunia di tempa kejadian.

Sebut pasal dia teringat lak dia kenakan aku baru-baru ni, last week rasanya. Dia call aku tapi aku tak perasan suara dia.. pas tu dia siap tanya aku dah makan ke belum, makan apa? bila aku cakap aku makan nasi ayam dia siap tanya lagi tak jemu ker asik makan nasi? pas tu siap suggest kat aku makan meehon ker mee ker, tanya lagi aku punya favourite food ni mender?? Aku ni punya la tanya siapa dia.. last-last aku rasa dia dah tak tahan nak gelak sebab berjaya kenakan aku, dia pun cakap la dia tu siapa.. terkujat la sekejap aku.. adeh.. dapat HOD yg sedikit bongok.. anyway, dia memang friendly pun dengan semua orang. Semalam pun sebelum bertolak ke Kemaman pun siap dok babai-babai ngan staff dia lagi.


Semenjak dua menjak ni asik dengar citer pasal kematian jer.. Semalam adinda Sultan Pahang mati kena tikam ngan anak sendiri, pas tu En Abdullah tu lak meninggal semalam, hari ni Hani Mohsin lak meninggal kat LCCT.

Apa pun kita sedekahkan la Al-Fatihah untuk mereka.

1 comment:

  1. Anonymous10:51 pm

    ABB/ABC tunggu aje di Grand Cont Kuantan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...