Dekat Pulau Beras Basah tu ada la satu geng Yakuza.. yessa.. itu dia geng-geng yang berbulu dan berekoq panjang. Nak kata jinak of course le tak jinak tapi memang geng Yakuza ni tak takut dengan orang. Sesiapa yang bawak beg plastik sila lah berhati-hati. Itu yang menjadi sasaran. Beg plastik = makanan. pas tu siap korek tong sampah, ambik botol minuman dan apa lagi... yamsengggg!!
Lepas Pulau Beras Basah, bot bawak pi tengok burung helang pulak.. bleh tahan banyak burung helang. Lebih kurang 10 minit lepas tuh kami bertolak ke Pulau Dayang Bunting. Memang pulau tu nampak macam orang perempuan yang sedang mengandung pun. Turun jer dari bot kena trekking sikit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting tu time pegi tersangatlah ok sebab naik tangga agak mendatar lepas tu turun tangga pulak.. tengok jer tangga tu dah boleh agak time balik mesti semput punyalah.. boleh tahan tinggi. orang dah agak ramai kat tasik tu. buat pengetahuan semua,sorang pun tak mandi okay.. main-main air jer..
Setiap tempat kami diberi masa 1 jam untuk lepak-lepak atau untuk mandi-mandi. Ramalanku Benar Belaka, time balik kena panjat tangga.. adess.. bleh tahan sempat, Bae dah berpoloh-poloh panjat tangga.. aku pun semput gak ditambah lagi dengan beg berat aku tuh. Maklumla tak sempat nak check-in. Maka tamat la episode Island Hopping di Langkawi. Masa untuk balik ke jetty dan ambik kereta sewa.. Lupa pulak, harga untuk Island Hopping tu cuma RM30 seorang. Harga kereta sewa Saga BML pulak RM70 untuk 1 hari. Ok la kan??!
Driver untuk di Langkawi adalah Encik Ijam.. hehe, dia la yang drive dan bawak kitorang pegi Pantai Cenang. Penginapan yang kami pilih. Lagurra Baron Resort. RM130 satu malam untuk 1 familiy room. Siap ada air panas, towel, TV, dan yang penting 2 katil double tu.. hehe.. murah kan. Ingat nak duduk kat AB Motel tapi dah chipnya Hadiff so kasi dia pilih jer ler.
Di sebabkan check in pukul 3, dan waktu tu baru pukul 1 lebih so kitorang pi makan dulu. Makan kat kedai Siam. Makanan dia so and so saja. Impressed sekejap kitorang tengok Bae makan. Ada ka makan cili padi macam tu saja. Tahan peda betul. Korean memang la makan peda tapi mana la diorang ada cili padi. Lepas makan, kitorang pegi check-in dan berkumpul semula kat bawah pukul 4 untuk destinasi seterusnya. (yo yo oo ja berkumpul kat bawah, bilik sebelah-sebelah jer pun).. :p
Next destination : Cable Car Ride - Gunung Mat Chinchang..
Erkkkk, nak pinjam khidmat encik Ijam sebagai pak supir saya ketika di Langkawi, boleh tak ?
ReplyDeleteHehehe, gurau2 je ( :
ahaks.. nanti kita cakap ngan dia.. kekeke..
ReplyDelete