Friday, June 23, 2006

Awana Kijal!!

Set.. tomorrow morning kitorang akan bertolak ke Awana Kijal. Anne will pick us up (me and Pinie) around 8.30 am pas tu kitorang akan pegi breakfast Nasi Lemak Ayam Kampung kat Melawati. Oja and the geng will meet us there. Kitorang pegi 7 orang dan 2 bijik kereta. Bestnya!! Kali ni aku tak yah drive.. Yeahooo!! Tapi kalau setakat nak drive tu aku okay saja tapi aku tak penah la bawak keta yang lagi besaq dari Kambing ku. By the way, Kambing tu nama keta kelisa aku la.. Suka hati aku la nak panggil keta aku tu Kambing!! Dah memang aku suka kambing tapi kambing biri-biri la.

So, kitorang akan bertolak dari Melawati lepas breakfast, singgah di Kemaman untuk makan Kepala Hotak.. err.. Otak-otak la dan jugak Sata. Tu kira lunch kitorang la. Lepas tu bertolak ke Awana Kijal, check-in, rehat-rehat kejap. Malam lak, pegi Kuantan makan seafood kat Tanjung Lumpur. Besok, tengahari, check-out, pegi brunch kat Hai Peng Kopitiam kat Kemaman, pas tu bertolak balik ke KL.

Sekali lagi aku, Pinie and Anne buat keja bongok, pegi Pantai Timur 2 hari 1 malam untuk aktiviti makan-makan. In a way, this is like a bachelor party/trip for Anne since she is getting married in September.. err.. betul ke date aku ni?? Tak kisah la tapi yang pastinya this is her last trip with us as a bachelor. Lepas ni dia ngan hubby dier ler.
Oh lupa lak.. semalam aku gi PS Boutique dan terbeli ler beg ni. Tak tau la sapa punya seluaq jeans dia kebas buat beg aku ni tapi aku suka.

Nora lak.. skang ni outstation kat Butterworth, Penang. Kesian dia sebab si Mazlin ngan Ayu balik umah, tinggai la dia sorang-sorang kat sana.

Next week lak, aku ngan Mimi nak pi Langkawi. Aku dah booking hotel kat City Bayview Hotel, Kuah. Abah and the rest of the gang will arrive on Friday. Abah nak stay kat Pantai Chenang, so aku booking la kat AB Motel. Nora pun sepatutnyer ke Langkawi skali ngan aku tapi dia cuma akan ke sana hari Sabtu tapi family dia yang lain akan ke Langkawi sama flight ngan aku la. Tapi aku tak sure la mak cik tu nak booking kat mana. Hampeh!! Aku ngan Mimi lak, hari Sabtu akan balik ke KL sebab hari Ahad tu aku ank ke kenduri kawin member skolah aku, Zafira. Iyolah.. mak cik tu buat kenduri kat Kedah hari Khamis. Cemana la aku nak pegi.

P/S: Hari ni aku bawak Munie lak gi makan kat Oldtown Kopitiam, Central Market.

Monday, June 19, 2006

Ermm!!

Me, Pinie and few others received the promotion letter today personally from our CAE. Ala.. gaji tak naik banyak pun. Tapi alhamdulillah lah sebab aku dah ler sengkek nak gi Langkawi lak ni minggu depan, sepuluh orang tau. Satu family nak pi sana. Aku booking chalet kat AB Motel, Pantai Chenang. Hujung minggu ni lak Insya Allah nak ke Awana Kijal sebab Anne dapat booking apartment kat Awana Kijal. Bleh la kitorang buat keje gila macam dulu. Tak sabarnya nak makan Sata, Otak-otak, Seafood kat tanjung Lumpur dan jugak makan kat Hai Peng Kopitiam.

Sebut pasai kopitiam ni, hari ni lagi skali aku pi makan kat Oldtown Kopitiam. Aku rasa pening skang ni maybe sebab terlebih caffein kot. Besok lak tak leh pi yoga sebab aku skang ni berada di bawah panji bendera jepun. Tensen!!

Saja gatai-gatai buat itenerary tour Europe.. hahahaha.. nampak sangat macam tak dak keja. The route would be..

London - Rome - Venice - Neuschwanstein - Munich - Prague - Paris - London.

Kononnyer ler.. ntah bila bleh pegi pun tak tau..

Sunday, June 18, 2006

Dare to Blog June 2006!!

Tak sangka lak blog aku tercalon untuk Cari Dare to Blog June 2006. I'm honoured tapi at the same time macam klakar la pulak. Ye la blog aku ni kan sempoi jer.. kalau nak dibandingkan dengan blog orang lain yang canggih manggih tu.. mak aii.. macam langit ngan bumi.. malu seh!! Tapi ada tema lak.. FIFA World Cup 2006. Cess.. aku dah la kurang minat bola tapi meh aku kadi gambor peminat fanatik pasukan Korea Selatan ketika perlawanan Korea Selatan menentang Togo yang ditayangkan live kat Little Korea, Ampang.



Ini bukan kat Korea yerr.. tapi kat Ampang.


Ini lah dia antara penyokong Korea Selatan..
Red go Together!!


Saturday, June 17, 2006

Sedeyy!!

Going out with Apeng, Hanil and Wawa tonite. They're already on the way.. Last ler kitorang kuar berempat.. Apeng nak kasi kad kawin kot malam ni.. I'm gonna miss all this..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...