Friday, June 23, 2006

Awana Kijal!!

Set.. tomorrow morning kitorang akan bertolak ke Awana Kijal. Anne will pick us up (me and Pinie) around 8.30 am pas tu kitorang akan pegi breakfast Nasi Lemak Ayam Kampung kat Melawati. Oja and the geng will meet us there. Kitorang pegi 7 orang dan 2 bijik kereta. Bestnya!! Kali ni aku tak yah drive.. Yeahooo!! Tapi kalau setakat nak drive tu aku okay saja tapi aku tak penah la bawak keta yang lagi besaq dari Kambing ku. By the way, Kambing tu nama keta kelisa aku la.. Suka hati aku la nak panggil keta aku tu Kambing!! Dah memang aku suka kambing tapi kambing biri-biri la.

So, kitorang akan bertolak dari Melawati lepas breakfast, singgah di Kemaman untuk makan Kepala Hotak.. err.. Otak-otak la dan jugak Sata. Tu kira lunch kitorang la. Lepas tu bertolak ke Awana Kijal, check-in, rehat-rehat kejap. Malam lak, pegi Kuantan makan seafood kat Tanjung Lumpur. Besok, tengahari, check-out, pegi brunch kat Hai Peng Kopitiam kat Kemaman, pas tu bertolak balik ke KL.

Sekali lagi aku, Pinie and Anne buat keja bongok, pegi Pantai Timur 2 hari 1 malam untuk aktiviti makan-makan. In a way, this is like a bachelor party/trip for Anne since she is getting married in September.. err.. betul ke date aku ni?? Tak kisah la tapi yang pastinya this is her last trip with us as a bachelor. Lepas ni dia ngan hubby dier ler.
Oh lupa lak.. semalam aku gi PS Boutique dan terbeli ler beg ni. Tak tau la sapa punya seluaq jeans dia kebas buat beg aku ni tapi aku suka.

Nora lak.. skang ni outstation kat Butterworth, Penang. Kesian dia sebab si Mazlin ngan Ayu balik umah, tinggai la dia sorang-sorang kat sana.

Next week lak, aku ngan Mimi nak pi Langkawi. Aku dah booking hotel kat City Bayview Hotel, Kuah. Abah and the rest of the gang will arrive on Friday. Abah nak stay kat Pantai Chenang, so aku booking la kat AB Motel. Nora pun sepatutnyer ke Langkawi skali ngan aku tapi dia cuma akan ke sana hari Sabtu tapi family dia yang lain akan ke Langkawi sama flight ngan aku la. Tapi aku tak sure la mak cik tu nak booking kat mana. Hampeh!! Aku ngan Mimi lak, hari Sabtu akan balik ke KL sebab hari Ahad tu aku ank ke kenduri kawin member skolah aku, Zafira. Iyolah.. mak cik tu buat kenduri kat Kedah hari Khamis. Cemana la aku nak pegi.

P/S: Hari ni aku bawak Munie lak gi makan kat Oldtown Kopitiam, Central Market.

3 comments:

  1. wah berjalan sakan nampak...
    dah pergi langkawi ke belum...
    tempeklah sekeping ke 10 keping gambar.. nak tenguk...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...