Thursday, July 01, 2004

Hmmm!!!!

Bos aku dah balik dari Australia..!! Tak der souvenir pun..!! Eleh kedekut tul mamat tu. Hehhehe. Hmm.. Dah nampak dah bos baru aku tu. Umur baru 39/40 tapi tak der la hensem, bujang lak tu. Hai gaji sebulan mau RM20k ++ ni mamat tuh. Tapi boleh ker dia pegang tanggungjawab nih. Dulu time kat Celcom bleh la auditor cuma +- 20orang jer, tapi, kat sini semua skali Audit Division termasuk yang kat Singapore, Indonesia ngan Philippines ni dalam 283 orang. Cepat botak ler jawabnyer, macam bos aku dulu jugak. Hehehehe.. Tapi kali ni bos melayu so munkin bleh la tolong orang dia sikit kan.

*Currently listening to Ask For More by F4)

Aku ni kan versatile skeett(betul ker ejaan aku ni.. Ah, belasah jer) semua lagu aku layan, lagu cina ker, jepun ker, korea ker semua asku blasah kalau aku rasa sedap, walaupun aku kekadang tu sepatah haram pun aku tak paham. Tapi tak per kan music tu kan universal. Dengar pun dah tau sedih ker, gembira ker tapi kekadang tu tak bleh nak define gak macam heavy metal tu.

Last Sunday, member aku terjumpak Abg Nuar @ Anuar Zain kat KLCC. Biasakla rumah kedua dia kan. Member aku jumpak kat ISETAN - ladies department. Memula tu tertanya-tanya jugak apa yang dibuatnyer kat situ tapi semalam baca paper Harian Metro ada gambar dia dengan Ning dan Misha sempena birthday Ning yang ke 30 so aku agak munkin dia ke sana beli birthday present untuk Ning kot.

Ala semalam EURO 2004, quarter final, Portugal menang la pulak, hahahaha..kalah la pasukan adik aku tu, apa pun, kita tunggu la sapa masuk final. Alamak, malam ni nak ke Shah Alam la pulak. Malas tul la aku, mesti balik lambat. Nasib baik besok balik kul 5 petang pas tu Sabtu ngan Ahad cuti la pulak. Bestnyerr, bleh la aku tengok katun. Hmm, nak pegi jumpa emi tak hari Sabtu ni?? OK gak, bleh la aku tengok umah dier. Pas tu hari Ahad pegi umah Nomi lak, bleh la aku main ngan kucing2 dier tu.

1 comment:

  1. Anonymous6:54 am

    I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...