Tuesday, November 30, 2004
Wednesday, November 24, 2004
Macam mana ngan raya korang..?? Chewah siap tanya lagi, ada ker orang baca blog aku nih?? Anyway aku punya cuti dipenuhi dengan aktiviti yg memenatkan + sedikit tensen. Kita mulakan dengan hari Deepavali, aku pegi berbuka ngan Hanil, Wawa, Apeng dan jugak adik aku Mimi kat Dewan Felda. OK gak makanan dier.
Besoknyer, hari Jumaat, member aku kejutkan aku kul 5.45 pagi, cadangnyer nak bertolak balik ke Kedah kul 6.30 pagi so lepas berkemas sumua around 6.40 am aku pun call la si Ija nih, kakak dier yg angkat cakap dah nak kuar so aku pun dengan semangat berkobar2 nak balik kg nih kuar le pegi Tol Jalan Duta sebab dah memang janji jumpak ke situ, tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak. Pas tu datang ler mamat NST 2 orang interview aku pas tu siap amik gambar lagi tak tau ler masuk NST ker tak sebab aku bukannya baca sangat pun NST tuh.. Anyway, around 7.20 am, aku call lagi mak cik tu, ghope-ghopenyer baru kuar dari rumah, nasib baik umah kat Sentul so tak der ler jaih sangat, so, around 7.30 am pun kitorang bertolak ler dari tol Jalan Duta. Aku kasi ler dia jalan dulu, mak aii!! Slow giler, bayangkan kat highway bawak 70 kmj. Macam nak pengsan aku ngan adik aku punya ler tensen. Bayangkan kuar dari 7.30 pagi kul 9 lebih pun blom sampai Tapah lagi.. Last-last aku pun berenti kat satu R & R (tak ingat ler kat mana) jumpa dier (nasib baik kakak dier ke toilet), siap tanya lagi member aku ni bawak keta ker keta lembu?? Alih2 tu penyebab dier ialah kakak dier. Member aku ni baru dapat keta, kakak dia plak jenis penakut skett bila member aku bawak nak sampai 100kmj dia dah kecut pas tu nak duduk belakang lori jer. Aku dah tak larat dah nak ikut dia so aku pun dengan gumbiranya balik ler dulu, kul 1 lebih aku dah masuk Jalan Langgar bila aku call Ija cakap baru sampai kat Tol Juru, Penang. Penat aku dibuatnyer.
Wednesday, November 10, 2004
Monday, November 08, 2004
Tuesday, November 02, 2004
Aku skang ni tgh keboringan tahap ke 10 dah. Cemana nak menghilangkan boring ni?? Lupa lak, hari ahad baru ni aku pegi bebuka puasa kat KLCC ngan bebudak X-DIA Arau. Memula tu si Sue booked kat Shroom, dah siap double confirm dah nih, alih2 hari tu pegi jer kata tak der meja. Apa lagi kelam kabut jer diorang kat situ carik tempat untuk kitorang. Alih2 dia bukak satu meja special kat Santini yg sebelah dengan San Francisco Steak House, rasanyaler, siap ada special waiter lagi untuk kitorang. Dah tu kasi coupon for every 4 person, free 1 person.
Yg pegi hari tu Sue ngan husband dan anak, pas tu Dewa ngan awek (Linda), Ismar and wife, Naguib (budak DBS) ngan wife jugak, pas tu sue bawak 4 orang kawan dia n huband, Zahari nagn wife, pas tu aku and Kamal. Kira okla. tak der la menarik sangat.
Lepas tu aku ke rumah Nik. Mak cik tu tengah bz buat kuih raya, apa lagi aku ke sana jer main ngan anak2 angkat aku ler. Gemuknya si Baby tu..geram aku dibuatnyer. Mak cik tu ajak aku ke rumah dier hari Sabtu ni. Katanya ada orang nak merisik dier tapi aku tau reason dia ajak aku, ni mesti nak kenenkan aku ngan pak cik dier. Pak cik dier tu tak der la tua dalam early thirtiesla.. hampes tul. Mula2 tu ingat nak pegi jugak tapi kena pikir banyak kali sket la. Takut!! hehehehe.
Alamak lepas ni nak pegi blind date plak.. don't ask how we got to contact each other, malasnyer!! Bosannyeee!! Tak sabar nak balik kg minggu depan pi rumah Zeti pi jumpa Dot.. lama dah tak jumpa Dot.. Rindu laaaa.