Wednesday, November 24, 2004

Akhirnya.. Today I’m back in the office, betapa malasnyer nak bangun pagi tadi, maklumla cuti hampir 2 minggu asyik bangun lambat jer, pagi tadi siap mimpi kat Kenshin Himura lagii.. Haaa..siapa dia mamat nih, kalau sesapa tengok citer Samurai X tau ler siapa Kenshin Himura @ Battosai nih.. Cemana la siap boleh masuk mimpi aku ni.. Musykil tul.

Macam mana ngan raya korang..?? Chewah siap tanya lagi, ada ker orang baca blog aku nih?? Anyway aku punya cuti dipenuhi dengan aktiviti yg memenatkan + sedikit tensen. Kita mulakan dengan hari Deepavali, aku pegi berbuka ngan Hanil, Wawa, Apeng dan jugak adik aku Mimi kat Dewan Felda. OK gak makanan dier.

Besoknyer, hari Jumaat, member aku kejutkan aku kul 5.45 pagi, cadangnyer nak bertolak balik ke Kedah kul 6.30 pagi so lepas berkemas sumua around 6.40 am aku pun call la si Ija nih, kakak dier yg angkat cakap dah nak kuar so aku pun dengan semangat berkobar2 nak balik kg nih kuar le pegi Tol Jalan Duta sebab dah memang janji jumpak ke situ, tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak. Pas tu datang ler mamat NST 2 orang interview aku pas tu siap amik gambar lagi tak tau ler masuk NST ker tak sebab aku bukannya baca sangat pun NST tuh.. Anyway, around 7.20 am, aku call lagi mak cik tu, ghope-ghopenyer baru kuar dari rumah, nasib baik umah kat Sentul so tak der ler jaih sangat, so, around 7.30 am pun kitorang bertolak ler dari tol Jalan Duta. Aku kasi ler dia jalan dulu, mak aii!! Slow giler, bayangkan kat highway bawak 70 kmj. Macam nak pengsan aku ngan adik aku punya ler tensen. Bayangkan kuar dari 7.30 pagi kul 9 lebih pun blom sampai Tapah lagi.. Last-last aku pun berenti kat satu R & R (tak ingat ler kat mana) jumpa dier (nasib baik kakak dier ke toilet), siap tanya lagi member aku ni bawak keta ker keta lembu?? Alih2 tu penyebab dier ialah kakak dier. Member aku ni baru dapat keta, kakak dia plak jenis penakut skett bila member aku bawak nak sampai 100kmj dia dah kecut pas tu nak duduk belakang lori jer. Aku dah tak larat dah nak ikut dia so aku pun dengan gumbiranya balik ler dulu, kul 1 lebih aku dah masuk Jalan Langgar bila aku call Ija cakap baru sampai kat Tol Juru, Penang. Penat aku dibuatnyer.

3 comments:

  1. Anonymous5:17 am

    Enjoyed a lot! » » »

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:26 pm

    This is very interesting site... » »

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:21 am

    Best regards from NY! »

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...