Disclaimer :
Tuesday, January 30, 2007
Cess..
Disclaimer :
Monday, January 29, 2007
New Camera!
The D40 has been designed with handling and performance advantages that do away with the frustrations often associated with compact digital cameras, making it ideal for anyone who wants to capture spectacular digital pictures without complications. Thanks to Nikon’s leading digital and optical technologies, the D40 makes it amazingly simple to capture beautiful pictures in almost any situation. The D40’s body is light and compact, making it easy to carry anywhere, and its design incorporates fewer potentially confusing controls and other distractions, allowing anyone to take breathtaking pictures while eliminating the need to "learn" photography.
Kalau nak tengok specs dia korang masuk ler sini http://www.nikon.com.my/
Thursday, January 25, 2007
Pagi ni kitorang buat rombongan Che Kiah pegi klinik. Hampeh betul la.. Mulanya aku ngan Nora jer, alih-alih Nazli lak nak ikut. Bila turun kat bawah jer si Nazli tengah dok bersembang dengan si Shariman. Mamat tu pun nak gi klinik jugak, so, kitorang berempat ler pegi ke klinik tuh. Aku sakit apa?? Aku ni kalau ada perubahan cuaca jer mula la sakit kepala. Penyakit biasa aja...
Ni dah boleh rileks sikit dah sebab dah boleh relaks dengan leganyerrr..
Wednesday, January 24, 2007
Aku dan Kenangan - Part 1.
Ini yang susah kalau sesama HOD buat head banging ni.. aku lak yang terkena tempias.. tensen!!
Aku tengah tengok Gokusen.. teringat lak zaman-zaman sekolah dulu. Form 4 - 5. Kelas aku tu aliran a/c dan jugak Art, so biasanya kalau ada bebudak art ni bebudak dia 'special' skeet.. in terms nakal tu ada la sikit tapi kitorang bukanla budak jahat.. Aku pun musykil apsal laa cikgu kat skolah aku tu siap gelar kelas kitorang "Kelas Kuda Kayu Kuda Kepang = 5K" Apsal ek?? aku ada gak rasa macam nak tanya.. Maybe sebab cikgu kelas kot.
Kitorang memang anti dengan cikgu tu pun. Skolah aku tu skolah pompuan semua, cikgu lelaki ada la dalam 5 orang termasuk sorang ustaz.. kira 3 melayu 2 chinese. Asalnya ada sorang lagi .. Cikgu Tomato ajar Geografi, akupun tak ingat nama dia tapi sebab muka dia merah jer so, kitorang panggil dia cikgu tomato. So, bila dia blah ada la sorang cikgu melayu ni ganti.. hampeh betul, perasan hensem.. yang malangnyer jadik cikgu kelas kitorang lak tu. Kitorang panggil dia cikgu memerang. Siap tampal gambar memerang kat buletin board kat kelas lagi.. Dia masuk jer tengok gambar tu lepas tu tengok kitorang semacam jer.. hahahaha.. kalaula dia tau.. Adeh, standard la, umur time-time gitu kan rebellious sikit, dia lak macam ala-ala gatal lak tu, hapa lagi bebudak yg agak hardcore ni mula la asik nak melawan cakap jer.. tapi aku baik.. tak der melawan tapi ikut cakap pun tak jugak.. wakakakaka..
Teringat ada one time tu sesapa yang fail test kena duduk kat luar.. uihh.. best giler.. blok kitorang tu sekeliling penuh pokok pas tu dekat jer dengan lab, apa lagi dengan perasaan gumbiranya kitorang ramai-ramai kuar, lepak bawah pokok (depan kelas ni), siap makan-makan lagi (baju skolah dulu ada poket), sembang-sembang pas tu siap dok melepak kat tingkap lab lagi.. nyembang ngan bebudak yg tengah tunggu cikgu kat dalam lab.. wakakakaka.. hancus.. duduk kejap jer dah kena panggil masuk.. bengang mamat tu. Itu citer form 4 la..
Aku dulu kalau bosan ngan cikgu jer pegi tido kat sick bay.. kuakuakua.. Anyway, maybe sebab kitorang rasa cikgu kitorang ni kurang memberi perhatian kat kitorang kot, so, banyak benda kitorang kena buat sendiri. Nasib baik la class monitor kitorang memang kelassss... bebudak kitorang memang
Tapi yang tak tahan adalah bila cikgu sendiri cakap yang kelas kitorang ni ler yang bakal menjatuhkan nama baik skolah.. Sedeyy ooo!! Tau la skolah aku tu antara skolah yang paling top kat Kedah pun tapi tak patutla cakap macam tu.. kalau sekolah buat karnival ker mender ker, lukis mural ker, kitorang ler yang jadik balaci.. tapi memang tensen la bila cakap macam tu
Time ambik result, sorang jer dapat pangkat 2, berbanding denga kelas lain.. yang lain semua dapat pangkat 1. Alhamdulillah.. tapi yang tensenyer boleh cikgu kelas aku tu cakap dengan member aku yang dapat pangkat 2.. "Awakla ni yang merosakkan grade kelas". How could you.. as a teacher, said all those things to your student. Bengang giler kitorang time tu..
Itu citer zaman dulu la.. tu tak masuk lagi citer duduk kat hostel lagi tu.. curik masuk dalam kitchen, curik kuar dari hostel, dengan hantu jepunnyer.. best ooo...
Tuesday, January 23, 2007
Letih Mok CIk Hari ni!!
Time kami bertolak dari umah akak tu pun dah kul 3 lebih, pegi Putrajaya (tak dak tempat lain kaaaa??? :P) pas tu pi lepak kat Istana Hinggap (umah Nora), sembang-sembang, lepak-lepak sambil tido2 seround. Pukul 8 lebih mak Nora sampai.. so, sembang-sembang ngan mak dier, lepak-lepak lagi, tengok TV tapi kalai ni makan-makan lak... mak dia bawak buah rambutan lepas tu kuarkan lagi jajan-jajan ngan kuih raya (kuih raya puasa tau... hahahaha..) pedulik hapa, semua kitorang balun. Lebih kurang pukul 10, kitorang kuar makan kat kedai yang service cepat gilos.. memang cepat pun.. rasa dia pun not bad.. Sampai umah dah pun pukul 12 lebih tengah malam. Lotih mak cik..
Semalam pun aku bz gak, aku ada 3 paper nak masuk meeting, 1 dah kasik semalam, ada lagi 2.. last-last HOD aku datang pagi tadi mintak info pasal dia nak buat paper tu.. Yeahoooo!!! Selamat aku. Tadi pun aku dah had out training budget dekat dia. So, skang ni cuma tinggal 1 follow up la pulak. Besok aku dah boleh hantor.. maka, dengan ini boleh la aku pergi bercuti dengan hati yang gumbira. Kejap lagi nak gi KLCC, nak gi Kinokuniya, nak check buku David Eddings yang baru dah kuar ka belum dalam paperback... Cess.. tak jadik nak gi KLCC la pulak. Nora baru jer call cancel sebab nanti tak der orang nak ambik dia nanti. Hampess!! Aku baru saja bercita-cita nak gi survey camera.
Aku nak balik!!!! Skang ni, balik jer aku ngadap notebook tengok katun/anime. Tengah tengok Tactics tak habih-habih lagi. AKu baru jer cadang nak ngumpul Bleach, alih-alih ada lak tunjuk kat TV, cakap Jepang lak tu. Itu yang best tuk. AKu kureng suka tengok Trinity blood, maybe sebab aku rasa diorang tu tak hensem kot.. muahahahah..
Wednesday, January 17, 2007
Aku, Hanil dan Apeng v2007
Bila aku kira.. tahun ni adalah tahun ke - 9 aku meraikan birthday dengan Hanil.. dari tahun 1999 sampaila ke 2007 ni tapi aku rasa macam satu kekurangan lak tahun ni maybe sebab aku rasa Apeng tak akan berada bersama-sama aku dan Hanil taun ni. Kalau kitorang ajak.. nak ker dia keluar makan dengan kitorang.. ok ker bini dia tu..
Aku call Hanil tadi, mula la teringat peristiwa-peristiwa bongok menyambut hari jadi.. dari sambut birthday kat sampai la kat tepi laut, tepi sungai, makan-makan, pegi genting.. bagi aku memang banyak kenangan dengan Apeng dan Hanil dan of course jugak Wawa. Yer la.. dari first time Hanil mengenalkan diri sebagai Anil Kapoor kat Kelas di tingkat tiga UiTM, Kelantan pada tahun 1998 (time aku mula masuk UiTM) dengan si Apeng yang tak habih-habih dok tersengih di sebelah dia sampai la dah habih study, aku datang ke KL, Apeng dan hanil dok jadik bodyguard aku kat sini, sampaila si Hanil bertunang dan berkawin dengan Wawa. Daripada bertiga sampai berempat dengan Wawa, memang banyak la kenangan aku dengan diorang ni.. tapi aku sedih.. sedih sebab Apeng berkahwin dengan perempuan tu.. for us Apeng deserve somebody better than her tapi dah dia suka, nak wat camner.. terpaksa redha jer ler.. Tak der la aku nak bandingkan sangat dengan si Wawa tu tapi at least try to understand that we are Apeng's friends long before she knew him.. kalau jeles dengan aku tu ok la jugak tapi takkan dengan Hanil pun jeles jugak. Aku tau Apeng memang rasa serba salah antara wife dier dan jugak dengan kawan-kawan dier..
Aku jugak call si Apeng.. sembang-sembang ngan dier.. pas tu aku cakap la nanti lepas balik dari KK, aku nak ajak dia kuar makan-makan.. tak der la aku mengharap hadiah dari dia tapi cukup ler kalau dia datang bersama-sama wife dia meraikan hari jadi aku dengan Hanil.
Tuesday, January 16, 2007
Layout Baru/New Skin!
Sunday, January 14, 2007
Sayonara Zeti!!
Letih oo.. Malam semalam, lepas maghrib jer, aku, KakMa and Pinie bertolak ke rumah Nora. First time aku bawak keta yang besor dari keta kelisa aku tu dan auto lak tu. Takut jugak, maklumla keta orang. Kak Ma tak tau jalan lagipun dia pun sama takut jer ngan aku. Dia tak biasa bawak kat KL ni. Sampai jer umah Nora, sumua ahli kuarga dia tak der, tinggal dia sorang jer. Bertolak ke KLIA dan sampai dalam kul 9 lebih. Lepak kat McDonald sambil makan fries, ice cream.. minum-minum. Dekat pukul 11 jugak la minah tu call. Lepas ambik si Zeti, kitorang pegi Bandar Baru Bangi (BBB), makan sate. Sampai kat umah Nora dah kul 1 pagi. Pinie biasa la cepat jer dia terbungkang. Jeles aku. Aku lak tak leh tido layan la tengok citer mender ntah Kak Ma, Robert Redford berlakon. Citer tu abis dalam kul 2.40 pagi. Aku seperti biasa la, maybe sebab terlampau penat tak leh tidor. Tido pun ala-ala tidor ayam jer. tidor tak sampai 2 jam dah bangun nak ke KLIA.
Sampai kat KLIA dalam pukul 6 lebih sikit jer. Dengan kadar mengantuk kitorang tunggu dia masuk dalam balai berlepas lebih kurang dalam pukul 6.40 pagi pas tu terus jer kitorang pegi breakfast kat Restoran Yus kat BBB. Lepak.. minum-minum, citer-citer ngan si Nora kejap pas tu balik umah dier. Ingatkan bleh tidor, ada la dalam 1/2 jam. Hampess.. Apa lagi layan katun la. Pukul 2.30 lebih kitorang kuar pegi Alamanda (Alamanda laik!! tak der tempat lain kerrr??) Last-last pukul 6 lebih jugak le kitorang balik ke rumah Kak Ma sebab keta aku parking kat umah dier. Aku sampai umah dalam pukul 7.40 petang gitu. Penat siottt!!
Kesimpulan dier, bawak keta beso best tapi best lagi bawak keta manual dan aku keletihan tahp dewa peringkat ke 18 ( yer ler 2 1/2 jam jer aku tido). Aku mau titon dulu. Kejap lagi kalau terjaga aku bangun ler tengok Bleach... Adios Amigos!