Wednesday, August 01, 2007

Aku, Mamat dan Kenangan P1

Hari ni terkejut sekejap bila aku terima satu panggilan tepon dari sorang mamat ni yang aku rasa aku tak jumpa sejak dari aku tingkatan 2 lagi. Lama tu. Terkejut bukan sebab apa tapi pasai ada kisah antara aku ngan mamat ni yang kadang-kadang aku rasa macam tak logik saja pada akal fikiran aku skang ni. Zaman skolah dulu aku ni kira nerd la.. tapi memang nerd pun.. I love reading.. rasanya satu library skolah aku dah baca.. hehehehe.. anyway, mamat ni satu skolah rendah sama ngan aku tapi aku perasan mamat ni time aku Standard 5.. sebabnyer.. dia ni suka ikut aku.. dok kat library nampak muka dia kat blakang, time jaga kelas bila cikgu meeting pun dia ada kat blakang kelas.. bila masuk persatuan pun dia ada jugak tapi aku la best tak payah buat keja, semua dia buat. Wakakakaka.. Kira dia ni peminat aku la... musykil saja aku. Apa pasai la mamat ni suka kat aku time tu. Tapi ada skali tu, aku ingat lagi time tu kitorang buat gotong royong masak bubur Assyura (betui ka ejaan ni??), mamat ni ada kat luar pagar sekolah, pandang jer kitorang.. ye la, time tu aku standard 6 dia dah form 1, mana bleh masuk kawasan skolah suka-suka hati saja. Yang paling suka nyakat aku.. tu si G tu. Hampeh betuii..

Bila form 1, aku masuk SAS, ada la jugak mamat ni call bila aku balik time cuti. Tapi masa form 2 family dia pindah ke Johor dan dia plak stay kat umah mak sedara dia kat mana ntah. Time tu musykil jugak macam mana la dia tau time aku balik cuti. Ghope-ghopenyer, ada sorang budak junior berjiran dengan dier.. so tau la story pasal dia dari junior tu.. dan yg best lagi abang junior aku ni satu skolah ngan pak cik kat Langkawi. Ala si Ed tu.. Tak tau la setakat mana kebenaran crita dari junior aku ni tapi dari crita tu macam mak sedara mamat tak suka dia menumpang dan dia plak tak mau pindah ke johor sebab jauh dari aku.. Adeh.. hampess!! Kan aku dah cakap macam tak logik saja kan?? So, aku rasa tak best la macam tu, so, aku pun cakap ler aku tak suka kat dia. So, dia pun pindah ler ke Johor. Aku pun rasanya tak penah jumpa dah mamat tu tapi rasanya ada la dia penah call.

Aku tak ingat la ghopa dia macam mana.. tapi yang aku ingat mamat ni memang kulit cerah la.. kalau nak dibandingkan ngan aku yang gelap la jugak.. hehehehe.. well.. pak cik pun putih melepak jugak.. hahahaha... Member aku dulu cakap putih macam kertas A4. Tak der la pulak aku dengar crita pasal dia ni sampai la aku stay kat KL dan jumpak G about 5 - 6 years ago. Baru la ada sikit bukak crita pasai mamat ni.. hehehe.. bukannya apa, si G tu cakap dia menyampah kat aku. Terkejut la jugak apahal plak menyampah kat aku. Bukan menyampah apanya, tiap kali mamat tu balik kg saja, G la yg menjadi peneman dia untuk lalu depan umah aku. Kata G, mamat tu kata tak nampak orang, nampak bumbung umkah pun jadik la.. wakakakakaka.. Macam nak pengsan aku dengaq. Dan G jugak la yg bagi no phone aku kat mamat tu petang tadi bila terserempak kat kenduri dan G bukak crita yang aku penah tanya pasal dia. Adeh!! Apsal la aku gatal mulut pi tanya time tu. Hampeh betuii!!

Warning untuk pak cik. Jangan gelak noo. Crita zaman kita skolah dulu. Aku ngan pak cik kan satu skolah/kelas dulu. Dia pun kenai mamat nih. Time dia call tadi pun tak der la cakap lama sebab aku terkejut dan tak sangka yang mamat tu akan call aku. I was a bit harsh to him the last time we spoke on the phone. Lepas saja dia call terus aku call pak cik sebab bila dia cakap nama dia, aku teringat kat pak cik, sebab nama panggilan sama. Ingatkan pak cik nak buat lawak seround sebab suara lain kan.. bila saja dia sebut pasai G aku terus dah tau sapa. Ntah la.. macam takut jugak.. Kang dia buat perangai macam zaman kanak-kanak ribena dulu mau kacau hidup aku. Jangan dok buat lawak call tengah-tengah malam cukup la. Alamak, aku nak tido.. dah pukul 12 tgh mlm dah.... Pak cik!!! Tipu!!! Kata nak call.. hampeh!!


P/S : Title ni Aku, Mamat dan Kenangan... Mau ka kalau kami buat karangan Aku, Pak Cik dan Kenangan.. wakakakaka.. mau kena fire ngan pak cik lepaih ni... hahahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...