Wednesday, November 28, 2007

Thalassemia


Thalassemia (British spelling, "thalassaemia") is an inherited autosomal recessive blood disease. In thalassemia, the genetic defect results in reduced rate of synthesis of one of the globin chains that make up hemoglobin. Reduced synthesis of one of the globin chains causes the formation of abnormal hemoglobin molecules, and this in turn causes the anemia which is the characteristic presenting symptom of the thalassemias. [source from Wikipedia]

Why did I suddenly brought up this genetic disorder? Last week I went for a blood test for some problem that I had and today when I collected the result it was suggestive that I have Thalassemia which causes anemia. I don't really know if any of my family members got it but since this a genetic disorder, there must be somebody in the family have it. But I didn't check if I'm a carrier or not. Anyway, it's not the end of the world. But of course whoever my husband to be need to go for a blood test.

The doctor said you're not a chronic Thalassemia, you're as normal as any other people but if you're a chronic Thalassemia, you may need to have frequent blood transfusion. She ask me not to worry too much and that if I feel tired I need to take folic acid (macam pompuan pregnant plak) instead of iron. Probably that explains why I always feel tired.

Weekend + Selesema

Weekend baru ni memang best! Aku balik kg dengan Kak Ma, Nora dan Ita. Drive ler. Bertolak dari KL (Sg Buloh sebenarnyer) dah pukul 8.30 malam. Biasala berenti sembahyang dengan dinner. Apa daaa.. kitorang makan n nyembang macam bukan nak balik Kedah. Sampai kat umah kat kg pun dah pukul 1.30pagi. Aku dengan selesema tak leh lena plak. Pukul 3 pagi lebih adik aku sampai dengan Om. Bangun ler bukak pintu. Lepas tu baru ler boleh tido itupun bangun awal la pulak. Pegi Kuala Nerang carik Abah. Macam biskut jer bapak aku tu.. mula-mula tu yembang ngan member dia kat luaq umah pas tu tiba-tiba jer dah hilang. Dah menjadik kebiasaan yang aku akan bawak Abah pegi pasar. Sementara menunggu geng-geng bersiap, kitorang makan ler breakfast. Adeh, terkejut mak aku bila Nora ngan Ita kata ituler first time diorang makan cucuq jagung... hehehehe..

Lepas makan tengahari, pegi ambik Jaja pas tu biasakla Jaja drive pi Padang Besar. Shopping ajer bebudak tu.. aku pun shopping gak.. hehehe.. pas tu pegi makan kat Kuala Perlis. Tapi makan memang tak best sebab tak tau kedai mana yang best. Kalau dulu memang dah tau dah port mana yang best tapi semenjak dia kumpulkan semua gerai makan kat 1 tempat, dah tak tau dah mana satu gerai yang best. Jaja blanja makan. Thank you Jaja!!!! Malam tu kitorang tido kat umah Jaja.


Hari Ahad, Jaja standardler kejer. Kitorang dah siap-siap, aku bawak diorang pegi Pekan Rabu. Standard ler nak beli ikan pekasam ler aper ler.. lepas tu pegi umah Pinie, kenduri abang dia kawin. Pengantin memang.. adeh cemana nak cakap ekk.. dua-dua jenis selamba badak saja. Sempat lagi angkat tangan buat isyarat peace time aku nak ambik gambaq.. hehehehe.. katun betuii laa.. Jaja sampai lambat sikit sebab dia pi makan kenduri adik bos dia kawin (adik ipaq kot.. tak ingatla. Lepas makan balik umah Jaja bersiap-siap nak balik (diorang ler) aku nak pegi Penang dengan Jaja.

Jaja dah tensen dah sebab bos tak kasi cuti hari Isnin. Kitorang stay kat Paradise Sandy Bay Beach Resort. Best bilik dia, mengadap laut. Tapi sesat la jugak bila mencari. Drive sampai ujung jalan terpaksa la patah balik. Macam mana tak nampak, signboard kecik sangat. Malam pegi makan kat Batu Maung.. ermm.. ye ke?? Besoknyer lepas check out pegi ler Queensbay Mall. Shopping macam orang kaya.. hehehe.. aku ngan Jaja masing-masing beli 1 pasang kasut Elle.. Jaja kata kasut tu mahai.. tapi kasut yang kitorang pakai time tu lagi mahai dari kasut Elle tu.. hehehe.. Makan kat TGI Friday dan lepas tu Jaja hantaq aku pi airport. Letih memang la letih tambahan pulak aku ni selesema, tapi best sesangat.

Monday, November 19, 2007

Dunia Baru dan aku yang Poyo!!

Bila tengok 'Dunia Baru' ni tetiba saja aku teringat.. Zaman dolu-dolu.. ala zaman study dulu. Aku ni ada la jugak perangai macam Opi tu.. yang tak sukakan perubahan. Tapi tu la.. betapa banyaknya perubahan dalam hidup.. dan of course ler tak semua yang aku suka. Aku resent perubahan yang menyebabkan ada jurang antara aku dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku tapi dalam pada masa yang sama aku pun tumpang gembira dengan kehidupan diorang yang pada mata aku cukup lengkap dan sempurna. Aku rasa aku ni hidup dengan dilingkungi kawan-kawan.. maksud aku, my life revolves around my friends but sadly it's not so with them. Maybe sebab tu aku ni kekadang cepat terasa dengan kawan-kawan walaupun tak dak la aku tunjukkan yang aku ni terasa hati. Kalau dengan kengkawan ni aku sanggup pi ambik dan hantaq balik umah, takpun pi ambik kat airport/stesen bas, ambik cuti untuk entertain, ajak pi mana pun aku okay.. ikut.. tapi kadang-kadang tu terasa la jugak bila aku ajak depa lak tak mau ikut. Tak der ler aku mengharapkan balasan atas apa yg aku dah buat tapi kadang-kadang tu ada la jugak terasa aku ni tak dihargai.

Apa daa.. poyoo la pulak di malam hari ni. Tapi apa pun 'Dunia Baru' ni memang ada la macam zaman study dulu.

Thursday, November 01, 2007

November 2007


Sekejapnyer masa berlalu. Dah masuk bulan November. Bulan depan lak December pas tu masuk ler ke tahun baru 2008. Dah bertambah setahun umoq aku. Walaupun dah tua bangka tapi aku still rasa macam aku masih lagi dok kat Arau ataupun Kelantan time study dulu. Baru-baru ni pun ada nyembang ngan Pok Cik kat YIM. Betapa cepatnyer masa berlalu. Aku masih lagi teringat time kitorang berdating dulu hehehehe.. berdating sambil mencari komik. Hahaha.. teringat jugak time kitorang skolah rendah dulu.. korang jangan tak tau, aku dengan Pok Cik tu sama skolah, satu kelas lagi. Banyak kenangan oo aku dengan Pok Cik. Tapi bagi aku the best time ever was when I was in Arau.

Aku rindu dengan geng-geng aku kat Arau. Tapi standard ler bila dah keje ni masing-masing sibuk dengan hal masing-masing dan keluarga masing-masing dan aku plak sebenarnya dah letih asik menjadi orang yang cuba untuk mengekalkan persahabatan dan hubungan. Asik-asik aku yang call, initiated every meeting. Letih la aku. Nak jugak aku merasa di hargai. But I guess, I can’t expect them to be like me. Ala.. poyo la pulak di hari Khamis ni.

Dah nak masuk 2008 ni, nampaknya kena la aku review aku punya “To Do List” and “Things To Buy List” Ada yang dah buat dan ada lagi yang masih dalam perancangan dan jugak ada yang memang tak terbuat langsung. Kena korek balik la aku punya list tu kat mana.

I’m sooo looking forward to this weekend. Jaja is coming tonite, tapi besok aku keja. Ala pandai-pandai la dia cari entertainment untuk besok. Hari Sabtu nak kena susun mana open hause nak pegi dulu tapi kena pegi umah Si Shah tu dalam pukul 2 la pulak sebab kitorang nak kuar dengan dia dan si Arm. Hari Ahad ni pun tak sure apa plan, tapi apa pun aku mesti bawak kamera aku yang bagak tu..

Cakap pasal kamera ni, ada orang berminat nak beli kamera aku tapi bila sebut harga jer macam tanak beli.. hehehehe.. tapi rasanya tak jual kot, lense dia pun dah turun harga walaupun tak semurah lense biasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...