Thursday, November 01, 2007

November 2007


Sekejapnyer masa berlalu. Dah masuk bulan November. Bulan depan lak December pas tu masuk ler ke tahun baru 2008. Dah bertambah setahun umoq aku. Walaupun dah tua bangka tapi aku still rasa macam aku masih lagi dok kat Arau ataupun Kelantan time study dulu. Baru-baru ni pun ada nyembang ngan Pok Cik kat YIM. Betapa cepatnyer masa berlalu. Aku masih lagi teringat time kitorang berdating dulu hehehehe.. berdating sambil mencari komik. Hahaha.. teringat jugak time kitorang skolah rendah dulu.. korang jangan tak tau, aku dengan Pok Cik tu sama skolah, satu kelas lagi. Banyak kenangan oo aku dengan Pok Cik. Tapi bagi aku the best time ever was when I was in Arau.

Aku rindu dengan geng-geng aku kat Arau. Tapi standard ler bila dah keje ni masing-masing sibuk dengan hal masing-masing dan keluarga masing-masing dan aku plak sebenarnya dah letih asik menjadi orang yang cuba untuk mengekalkan persahabatan dan hubungan. Asik-asik aku yang call, initiated every meeting. Letih la aku. Nak jugak aku merasa di hargai. But I guess, I can’t expect them to be like me. Ala.. poyo la pulak di hari Khamis ni.

Dah nak masuk 2008 ni, nampaknya kena la aku review aku punya “To Do List” and “Things To Buy List” Ada yang dah buat dan ada lagi yang masih dalam perancangan dan jugak ada yang memang tak terbuat langsung. Kena korek balik la aku punya list tu kat mana.

I’m sooo looking forward to this weekend. Jaja is coming tonite, tapi besok aku keja. Ala pandai-pandai la dia cari entertainment untuk besok. Hari Sabtu nak kena susun mana open hause nak pegi dulu tapi kena pegi umah Si Shah tu dalam pukul 2 la pulak sebab kitorang nak kuar dengan dia dan si Arm. Hari Ahad ni pun tak sure apa plan, tapi apa pun aku mesti bawak kamera aku yang bagak tu..

Cakap pasal kamera ni, ada orang berminat nak beli kamera aku tapi bila sebut harga jer macam tanak beli.. hehehehe.. tapi rasanya tak jual kot, lense dia pun dah turun harga walaupun tak semurah lense biasa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...