Tuesday, October 11, 2011

Europe Trip - 04 - 23.10.2009 - Rome

Setelah berkurun lama aku peram, ni baru ler aku nak crita sikit (sikit saja tau) pasal trip aku pegi Europe nuuu in 2009. Tapi rasanya malas nak menulis so maybe tempek gambar jer lebih kot. So gambar pertama yang aku nak letak adalah gambar jeng jeng jeng..


Ni gambar kitorang, 3 Dara Pungutan. Siap ada party pack lagi tuh. Flight dari LCCT ke Standsted Airport lebih kurang dalam pukul 5.30 petang. Siap dah wrap beg sampai jadi macam ayam turkey dah. Kitorang pakai backpack jenama Vertikal yg zip keliling. Aku tak suka kalau yang jenis cerut kat atas tu sebabnya kalau barang kat bahagian bawah susah nak ambik. Siap nak kena keluarkan barang yang kat atas lagi. Tapi backpack ni sonang jer.. baringkan jer pas tu bukak zip terus je bleh ambik. Pas tu dia siap ada beg kecik lagi, so tersangatlah convenient bagi aku.

13 jam perjalanan non stop ke Stansted Airport London, kami tak ambik pun entertainment set tu. tak kose. aku tido kejap pas tu dengar MP3 jer. Kematu b****t dok atas kapal terbang lama-lama. Sampai jer kat London dah tengah malam. Q untuk imigresen panjang nak mampos. Aku dah siap-siap sediakan tiket Ryan Air ke Rome plus tiket balik ke Malaysia. Walaupun tak banyak songeh tapi still dia mintak nak tengok tiket tuh. Alhamdulillah semua selamat.

Flight ke Rome pukul 6.30 pagi. Apa lagi yang boleh dibuat kalau dah tengah malam?? Tido ler. Kerusi masing-masing dah kena chop so, terpaksala tido atas lantai. Tapi tak per jangan risau, berlambak orang tido kat epot. hehe.. Ada yang tido ler, baca buku ler.. aku?? pasang earphone, pejam ler mata. Sib baik tak sejuk sangat.

Rasanya dalam pukul 4am lebih kot kitorang pegi check in bag. Tiba-tiba jer diorang panggil balik kitorang. cuak sekejap. One of my partner punya bag kena tahan. Suspect ada bawak barang yang merbahaya. Apa kebendanya?? Ghope-ghopenyer portable electric cooker tu. masa scan nampak, dia ingat kitorang bawak yang gas punya. Gila hape, ingat bodoh sangat ker kitorang nak bawak yang gas punya. Sekali lagi nasib baik kitorang pakai beg yang zip keliling tu, senang nak bukak, senang nak kemas balik barang.

Apa lagi dah masuk bording area, dah menunggu plak satu hal. Sekali lagi Q panjang gila nak naik Ryan Air nih. Kalau kita dok merungut seat AA sempit, seat Ryan Air tu lagi la sempit. Confuse aku cemana mat saleh boleh duduk. Aku yang kaki pendek ni pun rasa macam sempi benor. Tapi kat dalam flight boleh pakai handphone, so bisinglah orang dok nyembang dalam tepon. Aku macam biasa tak der kejer lain selain tidoo. Perjalanan dari London ke Rome mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.


...to be continued.. ^^

4 comments:

  1. salam

    hai fid! aku baru nak korek cerita europe ko..harap2 tak terlepas pape yg patut. nak amik spirit smbil planning ke sana. masa ko pegi tu brp byk duit dlm poket kena ada (exclusive tiket flight & eurail pass)? brp lama trip ni?

    btw yg pakai hp tu bila dah take-off pun dorg pakai lagi ke? sedikit confuse..tq

    ReplyDelete
  2. time tu pegi almost 3 wekks. aku punya dah burst bajet.. lebih dari RM10k. Flight dalam RM2100, Eurail pass dalam RM2400, pas tu tpt tido ler mahal sbb ambik bilik semua private ensuite. kalau ko mesti ok jer.. hehe

    lepas take off, nanti lampu untuk h/p menyala, baru boleh buat call. bila nak mendarat Hp kena switch off.

    ReplyDelete
  3. >10k? gulp! lumayan jgk tu...mebi sb bilik la kot...dorm brp slalu? ada EUR5? sana hhostel dia ada kitchen ke? klu ada bleh aku masak...

    yg eurailpass tu ko beli utk brp minggu? eurailpass ni kan cthnya beli utk 14ddays...dia kira 14days tu start dari 1st usage atau 14x guna? camne dia function sbnrnya? tq

    oh ok, psl hp tu aku kagum skjap...tot x bleh wat call 30ft above ground..peh!

    ReplyDelete
  4. ada jer yg murah tapi kekadang location dia yg memang kat luar pekan sikit.. Ada yg ada kitchen ada yg tak der. Banyak hostel kat sana cuma tempat-tempat macam Rome/Swiss tu ler yg maheii bebenor..

    Eurail pass tu beli 8 days for 2 months. Memang konpius ajer kalau bab Eurail ni. Kekdahnyer cenggini..

    eg. Hari ni hari Jumaat aku naik pegi Naples. So sepanjang hari aku boleh jer naik train pegi Naples balik Rome pas tu kalau nak pegi dari Rome ker Venice lepas tu pun boleh. kira dalam 1 hari tu naik ler berapa train ko nak..

    Hari kedua di kira selepas hari jumaat tu. Lets' say aku pegi venice hari Jumaat pas tu dari Venice aku nak pegi Munich hari Selasa. Hari Selasa tu di kira hari yang ke 2. Dia bukan consecutive day tau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...