Monday, November 21, 2011

mim alif lam sin..

Semenjak PC aku ni kena format, malas jer aku rasa nak menghapdet blog ni.. (pff.. alasan jer kann..??!!) sesambil tu tengah pikir pasal trip Korea untuk January 2012. Maybe dalam 5 orang jer kot. Mode : slow. Sebabnyer bawak warga emas tambahan lak winter so kena la tukar tune. Sebenarnya aku dah agak kebosanan asikpi Korea.. ekeke.. tapi dah orang bayar flight ticket, jalan saja la labu. Hopefully, aku tak jumpa la scene macam ni lagi kat tangga subway. Kesian..


Friday, November 18, 2011

Korea 6th Trip - Kisah dalam Flight AA

Petang tadi dok sembang-sembang ngan BFF pasal entry 26 fakta tu.. tetiba terkeluar satu cerita pasal satu kejadian alam flight AA dari Incheon balik KL. Ni bukan kisah kitorang tapi satu perbualan antara sorang mamat Melayu ngan sorang minah Korea. Tak der niat pun kitorang nak curi dengar perbualan diorang tapi kalau  dah duduk pun selang satu row blakang kitorang dengan volume yang boleh tahan kuat.. nak wat camno, memang ko boleh dengar ler. Mamat ni bagi aku ruap dia ala-ala macam Jamie Fox, kurus kering, gelap ngan cap kat kepala ala-ala pak itam. Memang tak hensem la. Tapi kitorang tau dia ni melayu, English pun ala-ala Manglish, tak sah nak menipu jadi pak itam.

Pada pendapat aku ngan BFF aku nih, kisahnya mamat ni tengah dok ngayat minah Korea ni. Biasala, minah Korea kan putis gebus gitus. (Aku cerita ala-ala karangan la sbb aku tak pandai nak buat conversation n sfx ala-ala Fatt.. hehe). Mamat ni pun cerita la pasal kerja. Dia cakap dia keja ngan Samsung on project basis pas tu duduk kat Gangnam. (Gangnam ni tempat orang kayer-kayer jer pegi/duduk). Company dia based kat Florida dan dia datang Korea ngan collegue dia yang pelbagai kaum lah kirenyer. Impressed betul minah tu bila dengar mamat ni based kat Florida. Mamat ni cakap dia selalu kena kejer kat luar negara. Tak sure la pulak aku samada fakta atau auta semata-mata. 

Dia cerita la pulak pasal dia selalu pegi clubbing. Impressed lagi minah ni bila mamat tu sebut nama-nama club yang glamer kat Gangnam tu. Anyway, biasal nama pun nak mengayat kan, mula la mamat ni cakap besor. Ni yang start tak best ni. Untuk menunjukkan betapa sengalnyer mamat melayu sekor nih, dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kat minah Korea nih, dengan kadar volume yang 1/3 kapal terbang boleh dengar sore dia dan jugak dengan bangga dan riaknya dia bercerita pasal dia dan kawan-kawan dia selalu pi clubbing, mabuk-mabuk sampai tak sedar diorang spent punya la banyak duit kat club tu. Ko nak cakap ko banyak duit ker?? Lepas tu dengan bangganyer bercerita lagi pasal diorang mabuk-mabuk and soo damn wasted kat tepi jalan, boleh macam tu?? Dia cerita pasal diorang pegi tengok baseball game pas tu ambik gambar ngan cheerleaders yang sexy-sexy tu. Siap tunjuk gambar kat HP. Minah tu komen la yang dia suka ambik gambar dengan awek sexy dan dia pun gelak bangga. Uwekkss.. muka dah la tak hensem langsung, goli tekak den.

Aku ngan BFF pandang satu sama lain sambil senyum sumbing.. haper daa.. orang macam ni pun ada. Pas tu keluar pasal cerita dia kat Sarawak. Dia ada bela anjing. One day family dia datang, terpaksala dia hantar anjing kat rumah kawan dia. Lepas family dia balik baru dia pegi ambik balik anjing dia tuh. Hanjing tul. Memang la tak salah ko bela anjing janji ko kena samak. larat ker ko nak samak satu rumah bila bergesel dengan air liur anjing tu?? oh lupa lak.. mamat ni orang Negeri Sembilan. 

Lepas tu dia sambung lagi pasal cerita mabuk-mabuk dier tu. Ini part yang best. Minah Korea tu dia macam baru tersedar pas tu dia tanya mamat tu. "Are you a Muslim?" Mamat ni pun dengan bangganyer jawab "Yes, I'm a Muslim". Pas tu amekawww.. kaw-kaw kena ngna minah tu. bertubi-tubi minah tu tanya. Bukan ker orang Islam tak boleh minum? tak boleh mabuk-mabuk? Mamat tu sembahyang tak? ada pergi sembahyang Jumaat tak? Ha amekaw.. tergagap-gagap la jugak nak menjawab. Korang tau apa jawapan dier? Dia dah lama duduk luar negara sebab tu dia amalkan yang totally opposite dengan ajaran Islam. Boleh lak dia jawab macam tuh. Weii.. berlambak la orang Islam yang duduk luar negara, ok jer pun. Apa kena mengena perangai ko ngan duduk luar negara? Macam la kat luar negara tak der orang Islam. Untuk justified diri dier, dia cakap walaupun dia buat semua tu satu jer dia tak buat iaitu makan kobau pendek. Ntah hape-hape daa..  

Lepas tu terus dia blah dok kat tempat lain. Malu seh, kena tegur ngan orang yang bukan Islam macam tu. Aku rasa minah tu dah lama dok Malaysia, so dia tau pasal sembahyang Jumaat semua tuh. Tak der ler, aku tau ramai gak orang Melayu yang macam tu bila duduk oversea, tapi tak payah la ko cakap sampai 1/3 kapalterbang dengar tentang kesengalan ko tu . Dah sah-sah la flight balik KL, mestila ada orang Melayu nak lak kitorang yang pakai tudung dok selang satu baris depan dia. Hormat la sikit. Kalau nak menunjuk-nunjuk pun tengok la keliling. Kan orang dah tau yang ko tu bodoh.

Aku terserempak ngan dia time nak pegi toilet dalam flight. Nak gelak pun ada. Dalam hati terpikir, dari ceruk mana la mamat ni datrng? Aku yang kalau balik kampung nak kena seberang sungai pun tak der nak buat perangai macma tu, apatah lagi nak war-warkan perangai buruk aku. Malu aku kat minah Korea tuh. Kita ni kalau muka tak cantik atau tak hensem tapi perangai elok tak per.Tapi kalau dah muka tu tak cantik atau tak hensem pas tu perangai lak sama buruk,  tak tau ler acik nak kater aper.. lu pikir la sendiri.

Aftermath - 26 Fakta Tentang Kaki Jalan Bernama..

Nampaknya semua dah submit entry untuk tag 26 Fakta Tentang kaki Jalan Bernama.. hasil karya Cikgu Fatt. Aku rasa orang lain pun macam aku jugak, puas ler memerah otak menjawab 26 soalan-soalan tu. Aku ni dah la bab-bab menjawab soalan karangan ni fail sikit, sebab aku rasa tak cukup power nak jadi tukang karut.

Seronok baca entry orang lain especially kenangan-kenangan yang manis, buruk dan yang tak dapat dilupakan. Aku time buat entry tu sebenarnyer tak bleh nak recall peristiwa2 tu.. (nampak sangat dah tuerr.. ;p). Tapi rasanya, aku suka malam terakhir di Makawidey, ada somewhere kat dalam blog aku ni. Pas tu peristiwa kena pangkah ala-ala Otromen oleh mak cik Korea dan banyak lagi ler sebenarnyer. 

Anyway, kalau ada sesapa teringin nak baca entry 29 blogger yang lain yang jawab 26 soalan ni sila lah click kat  "26 Fakta Tentang Kaki Jalan Bernama.. " . 

Saturday, November 12, 2011

26 fakta tentang seorang kaki jalan bernama.....

First time kena tag untuk menjawab soalan-soalan yang dikatakan bak soalan SPM siap ada part I-Part IV lagi. Berdebor-debor lak rase nak menjawab. Apapun.. Inilah dia jawapan 26 fakta tentang seorang kaki jalan bernama...

Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Nama aku Fid.. nama sebenar susah orang nak sebut especially kalau orang bukan melayu. Kenapa divasweet?? sbb aku pernah ternampak ada org pakai nick divacun tp sbb aku tak cun takkan lah aku nak pakai nick dia, hence divasweet dan nick ni aku dah pakai since 2004. Bak kata member aku kalau anak ni dah darjah satu dah pun..

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Sejak zaman budak-budak lagi. Time cuti skolah arwah mak suka melawat pak cik kat N9, so dari Kedah ke N9 pas tu balik ikut Kelantan. Time raya melawat sedara kat Yala, Pattani. Pas tu zaman ITM, cuti skolah jer pegi berakit kat Sg Pahang, balik ikut Kelantan, pegi Taman Negara etc. Tapi kalau betul-betul terjebak dalam dunia travel ni, April 2004, 1st trip pegi Korea

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Traveller or Tourist? I’m both a traveller and a tourist. Simply because.. chewahh, speaking london jap. Ada time-time dier aku malas sangat nak godek-godek tentang satu-satu tempat tu so, aku opt untuk ambik tour. Tapi aku tengok jugak la jenis tour tu. Aku suka walking tour yang aku ambik kat Munich, sambil berjalan, guide akan cerita tentang sejarah tempat-tempat yang kita lawati. Best! Kalau korang pegi Europe pegi ler check out free walking tour. nama jer free, tapi ko still kena kasi tips kat guide.

Tapi rasanya aku lebih kepada traveller, aku suka buat research, so, selalunya aku yang akan plan mana nak pegi, naik apa, tido mana, makanan etc, Sampai jer kat epot, tugas diserahkan kepada BFF aku yang jugak aku panggil Miss GPS. Kat Venice pun salah jalan sekali jer ooo..

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Backpacking + memandai sendiri. Chop.. chop.. Memandai sendiri tu macam mana ek??

5. Siapakah travel partner anda?
BFFs.. Aku ada 4 orang yang selalu jadi travel partner aku. Aku ni jenis nak ikut kepala aku jer so travel partner aku ni kebanyakannyer jenis yang agak ‘submissive’ hehehe kecuali sorang jer.. sebab tu aku simply tak leh travel ngan sesapa takut karang aku tinggal diorang. Kira diorang ni dah paham dah ler perangai aku cemana.

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Pertama kali menjejakkan tapak kaki ku ke luar negara selain Thai adalah April 2004 ke Korea. Thai tak masuk buku sebab balik kg.

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Semua negeri di Malaysia, Korea Selatan, Bangkok, Singapore, Jakarta, Bandung, Manado (Indon), Hong Kong, Macau, Guangzhou, London, Paris, Interlaken (Swiss), Salzburg (Austria), Munchen@Munich(Germany), Fussen (Germany), Venice, Flerence, Pisa, Rome, Pompeii

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Korea ler.. dah 6 kali dah nih, January 2012 dah jadik kali ke-7.

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa



Aku tak der ler suka Paris sangat tapi aku nak melawat Muse de Louvre ni sebab hari tu tak habis cover. Aku rasa dalam satu hari pun tak habis pusing. Muzium ni merupakan bekas Istana dan mempunyai koleksi pelbagai tamadun dari Roman sampai ke Egyptian.

Chop.. lagi satu tempat.. Makawidey di Daerah Bitung, Manado, Indonesia. Hampir aku duduk dan kerja di sana.. hehe..


10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
Greece, Spain dan Portugal

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Huhmm.. nak kata kelakar tu tak der ler sangat tapi masa last day kat Bangkok, hampir kitorang miss kitorang punya flight. Sebabnyer aku baca pukul 20.30 sebagai pukul 10.30. Yang hampehnyer member-member aku pun sama jer, alih-alih bila sampai airport (epot lama), check-in diorang inform flight delay ke pukul 9.30. Aku pandang member aku, member aku pandang aku.. err.. flight kitorang pukul berapa sebenarnyer?? Bila check balik.. ces pukul 8.30 rupanya. Kitorang kat bilik hotel siap tengok movie sampai habis baru kuar. Sib baik jalan clear, flight lak delay kalau tak bermalam ler kitorang lagi kat Bangkok. Balik jer KL, malam besoknyer rampasan kuasa secara aman kat Bangkok.

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Di Airport Macau.. time tu aku ½ on business + ½ cuti, dengan beg troli besor hasil rampasan perang kat Guangzhou, letak atas conveyor belt untuk scan, bila dah abis terkial-kial aku nak angkat beg seberat 34kg tuh yg lebih dari ½ berat badan aku. Ada la sorang minah airport kastam kot, dok bebel kat aku suruh cepat dengan suara nyaring. Yang aku ni punya la seksa nak angkat beg tu. “Hurry.. hurry, you are wasting our time” time tu aku mula la menyinga.. Aku jerit ler kat minah tu, aku rasa satu epot tu dengar suara aku. Dah la ko berdiri jer tepi tu tak buat apa, beg aku dah berat, bukan ko nak tolong pun, macam ni ker sikap yang di tunjuk pada foreigner. Betul-betul buat malu gomen Macau jer. Itu dia punya translation la. Walaupun aku tengah marah sib baik aku tak maki dier jer.. kira berhemah gak la aku ni.

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Of course ler. Aku suka mee cakalang.

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya


Mee cakalang ni aku makan kat Bitung, Indonesia. Mee cakalang macam mee sup dan sup dier pakai kepala ikan pas tu letak isi ikan salai.. Perghh sedap tuh. Ada lagi satu bukan ler makanan istimewa pun tapi ada satu ikan tu, bakar cenggitu pun sedap. Nama ikan tu Ikan Kakaktua a.k.a Parrot Fish. Ikan ni sebenarnyer kalau mat saleh tak kasi makan sebab ikan coral yang cantik. Kaler hijau, isi dia licin dan tulang dia pun hijau transparent gitew. ekeke. 

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Backpack. Aku pakai troli 2 kali jer. 1st time masa pegi Korea pas tu masa pegi korea kali ke-6 baru ni. Tu pun sebab aku bawak balik 56 keping CD Super Junior.. wakakaka.. Tapi aku prefer pakai backpack, senang nak naik turun tangga. Tapi kalau travel time winter rasanya bawak beg troli kot sbb baju tebal.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan.


Aku ada a few bags, 1 dah arwah dah.

ang Vertikal kecik tu datang skali ngan beg besor. Vertikal Oriental 60l. aku pakai time pegi Europe jer. Aku cuma boleh tunjuk beg tu dah di wrap dan jadi macam ayam turki jer, sebab aku dah simpan. Tunggu ada rezeki trip pegi Greece, Spain ngan Portugal jer kot. Tapi beg Vertikal kecik tu jadi partner aku ke merata tempat. Aku suka beg ni sebab zip keliling instead of yg tali jerut tu. Bukan apa senang nak ambik barang. Baringkan beg, bukak zip, barang yang kat bawah pun senang ambik. kalau beg yang jerut tu nak kena punggah semua. Leceh..

Beg pouch hijau tu yang dah masuk generasi ke-2, yang generasi pertama dah koyak rabak but still kaler hijau. Aku suka sebab nipis. Duit, passport, tiket semua kat dlam tu. bila kat oversea, aku sorak dalam baju, duit kecik jer dalam poket. 

Yang Nike Max Air tu memang favourite aku bila travel. Nampak macam tak besar tapi rasanya dalam 30l gak kot. Banyak compartment. Sampai mimpi-mimpi aku kat beg ni. Punya la aku suka. Dah pegi Indon, merata dalam MalaysiaKoreaChina.

Beg Deuter kaler oren tu bleh buat beg pouch atau sling beg. besor ler jugak. Yang ni selalu aku bawak time aku pegi pulau jer.

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Camera, MP3, ubat-ubatan

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Notebook, jewellery, driving license (hahaha).. apa kejadah nak bawak driving license pegi oversea..

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Ambik gambar.. aku sebenarnyer malas nak menulis. Kalau menulis pun separuh jalan jer.. separuh lagi..err..

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Malu-malu kucing.. wakakaka.. aku tak der gambar sengal. Lagipun geng-geng aku bukan pro ambik gambar so gambar aku biasa-biasa jer.

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Poskad. Aku suka kumpul poskad tapi dah tak tau letak kat mana.. uwaaa!! Dah berapa kali pindah rumah, semua dah tak tau kat mana.

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Untuk keluarga sudah semestinyer ler aku beli.. kalau kengkawan tu BFF jer.. Eifel Tower kecik pun still lagi ada kat aku sbb terlebih beli. Rasa macam BFF ramai tapi bila dikira-kira balik tak ramai rupanya..

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Shortglass/shotglass.. memula aku start dengan Hard Rock Café (HRC) punya shotglass tapi memandangkan ada tempat yang tak der HRC so aku beli ler shortglass yang melambangkan negara tersebut. Aku ada shotglass gambar kebaya.. korang ada??

Skang shotglass tu semua berbalut kertas dan dalam kotak sbb pindah rumah.

Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
Seoul – A blend of Cosmopolitant and old age history. Tinggi dengan semangat kenegaraan dan bangga dengan sejarah negara mereka. Tapi orang dia penuh dengan contradiction. On one side, menghormati orang yg lebih tua, pembersih, suka menolong, ikut peraturan on the other side, kasar, pemarah, sembang sikit kat depan kedai dah siap kena halau, kuat minum. Walaupun Seoul macam gah tapi ramai jugak rakyat dia yang tido kat subway.

Indonesia – Kotor, berhabuk, orang yg sangat ramah dan suka menolong, amat  menghormati tetamu tapi pada masa yang sama, kuat menipu, .. Kena selalu berhati-hati bila deal dengan orang sana walaupun orang tu rapat dengan kita. Tapi aku suka Bitung. Tempat yang cantik dan aku rasa totally relaxed bila kat sana. Walaupun 90% penduduk dia Kristian tapi amat menghormati penduduk Islam. Munkin sebab diorang ni 1 bangsa walaupun berlainan agama.

Hong Kong - Bangunan cantik dan moden. Sebelum pegi mati-mati aku ingat sophisticated gilos la orang Hong Kong ni tapi hakikatnyer ramai jugak yang berperangai macam Mainland China. Orang kat KL ni lagi ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Tapi macam klakar lak sbb baru aku perasan bila berjalan di mana banyak butik-butik terkemuka macam LV, DKNY, Calvin Klien, tapi bila ko masuk jer lorong pegi ke jalan besar on the other side, red light district rupanya. 

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Saya berangan untuk mendapatkan Round the World flight ticket tak pun tiket untuk at least 3 continents (ada tau aku dah godek or refer sini http://www.roundtheworldticket.com/ ). This is the ultimate goal. Untuk spent beberapa bulan travelling. Hopefully, boleh buat by the time aku nak masuk 4 series. (aku dah tua daa)

Soalan Bonus :

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)


Satu yang leceh pasal pegi Europe ni sebab point of entry immigration tak der check passport, hence, tak der ler cop negara yang ko pergi. Ini adalah cop perjalanan terakhir aku di Europe. Dari Paris Nord nak naik Eurostar ker London. Inilah dier indication yang aku penah sampai Europe.

Thursday, November 03, 2011

Europe Trip - Pompeii (Part 2)

Apsal aku suka Pompeii? Entahler, maybe sebab aku suka baca cerita-cerita mitos greek dulu kot. Pas tu ada lak cerita-cerita pasal kaum yang dilaknat. Tapi bila kat sana, memang patut pun la kena laknat pun. Anyway, aku tanak cerita panjang, sebab aku menghapdate sambil mengemas nak balik kg untuk Raya Haji, so aku letak ler gambor..


Pompeii ni pada zaman kegemilangannya merupakan satu bandar yg makmur dan terancang. Jalan-jalannya lurus, berturap dengan sistem saliran  yang bagus. Kawasan-kawasan di Pompeii dibina mengikut fungsi masing-masing, contohnya; ada kawasan untuk perniagaan, perumahan, pentadbiran dan rekreasi. Bila becakap bab perniagaan ni kan termasuklah rumah-rumah harammmmm gitu. Aku tengah dok pikir, nak letak tak gambar. Ada gambar yanf SX18 ni. huhmm..


Cuaca time ni punya la paneh tapi ada angin. Muka aku siap sunburn lagi. Tapi tu la diorang punya town planning memang bagus lah.. untuk tamadun yang dah menjangkau 2 millenia, semuanya nampak teratur tapi kalau tengok KL ni perghh.. carca marba gitew. Kalau nak dibandingkan dengan orang sekarang, orang dulu skolah tak der degree pun dalam town planning tapi mampu buat macam tu. Oklah KL ni besar, Pompeii  tu kecik so tak leh buat comparisan.. pfff. Tengok orang yg rancang LRT pun dah cukup sakit hati..


Note : do you know that if you stand at one point in the amphitheatre, your speech can be heard by the whole audience? Aku tak try pun..

Anyway, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Aku nak balik kampung hari ni. Cau Cin Cau!~! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...