Saturday, November 12, 2011

26 fakta tentang seorang kaki jalan bernama.....

First time kena tag untuk menjawab soalan-soalan yang dikatakan bak soalan SPM siap ada part I-Part IV lagi. Berdebor-debor lak rase nak menjawab. Apapun.. Inilah dia jawapan 26 fakta tentang seorang kaki jalan bernama...

Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Nama aku Fid.. nama sebenar susah orang nak sebut especially kalau orang bukan melayu. Kenapa divasweet?? sbb aku pernah ternampak ada org pakai nick divacun tp sbb aku tak cun takkan lah aku nak pakai nick dia, hence divasweet dan nick ni aku dah pakai since 2004. Bak kata member aku kalau anak ni dah darjah satu dah pun..

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Sejak zaman budak-budak lagi. Time cuti skolah arwah mak suka melawat pak cik kat N9, so dari Kedah ke N9 pas tu balik ikut Kelantan. Time raya melawat sedara kat Yala, Pattani. Pas tu zaman ITM, cuti skolah jer pegi berakit kat Sg Pahang, balik ikut Kelantan, pegi Taman Negara etc. Tapi kalau betul-betul terjebak dalam dunia travel ni, April 2004, 1st trip pegi Korea

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Traveller or Tourist? I’m both a traveller and a tourist. Simply because.. chewahh, speaking london jap. Ada time-time dier aku malas sangat nak godek-godek tentang satu-satu tempat tu so, aku opt untuk ambik tour. Tapi aku tengok jugak la jenis tour tu. Aku suka walking tour yang aku ambik kat Munich, sambil berjalan, guide akan cerita tentang sejarah tempat-tempat yang kita lawati. Best! Kalau korang pegi Europe pegi ler check out free walking tour. nama jer free, tapi ko still kena kasi tips kat guide.

Tapi rasanya aku lebih kepada traveller, aku suka buat research, so, selalunya aku yang akan plan mana nak pegi, naik apa, tido mana, makanan etc, Sampai jer kat epot, tugas diserahkan kepada BFF aku yang jugak aku panggil Miss GPS. Kat Venice pun salah jalan sekali jer ooo..

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Backpacking + memandai sendiri. Chop.. chop.. Memandai sendiri tu macam mana ek??

5. Siapakah travel partner anda?
BFFs.. Aku ada 4 orang yang selalu jadi travel partner aku. Aku ni jenis nak ikut kepala aku jer so travel partner aku ni kebanyakannyer jenis yang agak ‘submissive’ hehehe kecuali sorang jer.. sebab tu aku simply tak leh travel ngan sesapa takut karang aku tinggal diorang. Kira diorang ni dah paham dah ler perangai aku cemana.

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Pertama kali menjejakkan tapak kaki ku ke luar negara selain Thai adalah April 2004 ke Korea. Thai tak masuk buku sebab balik kg.

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Semua negeri di Malaysia, Korea Selatan, Bangkok, Singapore, Jakarta, Bandung, Manado (Indon), Hong Kong, Macau, Guangzhou, London, Paris, Interlaken (Swiss), Salzburg (Austria), Munchen@Munich(Germany), Fussen (Germany), Venice, Flerence, Pisa, Rome, Pompeii

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Korea ler.. dah 6 kali dah nih, January 2012 dah jadik kali ke-7.

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa



Aku tak der ler suka Paris sangat tapi aku nak melawat Muse de Louvre ni sebab hari tu tak habis cover. Aku rasa dalam satu hari pun tak habis pusing. Muzium ni merupakan bekas Istana dan mempunyai koleksi pelbagai tamadun dari Roman sampai ke Egyptian.

Chop.. lagi satu tempat.. Makawidey di Daerah Bitung, Manado, Indonesia. Hampir aku duduk dan kerja di sana.. hehe..


10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
Greece, Spain dan Portugal

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Huhmm.. nak kata kelakar tu tak der ler sangat tapi masa last day kat Bangkok, hampir kitorang miss kitorang punya flight. Sebabnyer aku baca pukul 20.30 sebagai pukul 10.30. Yang hampehnyer member-member aku pun sama jer, alih-alih bila sampai airport (epot lama), check-in diorang inform flight delay ke pukul 9.30. Aku pandang member aku, member aku pandang aku.. err.. flight kitorang pukul berapa sebenarnyer?? Bila check balik.. ces pukul 8.30 rupanya. Kitorang kat bilik hotel siap tengok movie sampai habis baru kuar. Sib baik jalan clear, flight lak delay kalau tak bermalam ler kitorang lagi kat Bangkok. Balik jer KL, malam besoknyer rampasan kuasa secara aman kat Bangkok.

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Di Airport Macau.. time tu aku ½ on business + ½ cuti, dengan beg troli besor hasil rampasan perang kat Guangzhou, letak atas conveyor belt untuk scan, bila dah abis terkial-kial aku nak angkat beg seberat 34kg tuh yg lebih dari ½ berat badan aku. Ada la sorang minah airport kastam kot, dok bebel kat aku suruh cepat dengan suara nyaring. Yang aku ni punya la seksa nak angkat beg tu. “Hurry.. hurry, you are wasting our time” time tu aku mula la menyinga.. Aku jerit ler kat minah tu, aku rasa satu epot tu dengar suara aku. Dah la ko berdiri jer tepi tu tak buat apa, beg aku dah berat, bukan ko nak tolong pun, macam ni ker sikap yang di tunjuk pada foreigner. Betul-betul buat malu gomen Macau jer. Itu dia punya translation la. Walaupun aku tengah marah sib baik aku tak maki dier jer.. kira berhemah gak la aku ni.

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Of course ler. Aku suka mee cakalang.

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya


Mee cakalang ni aku makan kat Bitung, Indonesia. Mee cakalang macam mee sup dan sup dier pakai kepala ikan pas tu letak isi ikan salai.. Perghh sedap tuh. Ada lagi satu bukan ler makanan istimewa pun tapi ada satu ikan tu, bakar cenggitu pun sedap. Nama ikan tu Ikan Kakaktua a.k.a Parrot Fish. Ikan ni sebenarnyer kalau mat saleh tak kasi makan sebab ikan coral yang cantik. Kaler hijau, isi dia licin dan tulang dia pun hijau transparent gitew. ekeke. 

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Backpack. Aku pakai troli 2 kali jer. 1st time masa pegi Korea pas tu masa pegi korea kali ke-6 baru ni. Tu pun sebab aku bawak balik 56 keping CD Super Junior.. wakakaka.. Tapi aku prefer pakai backpack, senang nak naik turun tangga. Tapi kalau travel time winter rasanya bawak beg troli kot sbb baju tebal.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan.


Aku ada a few bags, 1 dah arwah dah.

ang Vertikal kecik tu datang skali ngan beg besor. Vertikal Oriental 60l. aku pakai time pegi Europe jer. Aku cuma boleh tunjuk beg tu dah di wrap dan jadi macam ayam turki jer, sebab aku dah simpan. Tunggu ada rezeki trip pegi Greece, Spain ngan Portugal jer kot. Tapi beg Vertikal kecik tu jadi partner aku ke merata tempat. Aku suka beg ni sebab zip keliling instead of yg tali jerut tu. Bukan apa senang nak ambik barang. Baringkan beg, bukak zip, barang yang kat bawah pun senang ambik. kalau beg yang jerut tu nak kena punggah semua. Leceh..

Beg pouch hijau tu yang dah masuk generasi ke-2, yang generasi pertama dah koyak rabak but still kaler hijau. Aku suka sebab nipis. Duit, passport, tiket semua kat dlam tu. bila kat oversea, aku sorak dalam baju, duit kecik jer dalam poket. 

Yang Nike Max Air tu memang favourite aku bila travel. Nampak macam tak besar tapi rasanya dalam 30l gak kot. Banyak compartment. Sampai mimpi-mimpi aku kat beg ni. Punya la aku suka. Dah pegi Indon, merata dalam MalaysiaKoreaChina.

Beg Deuter kaler oren tu bleh buat beg pouch atau sling beg. besor ler jugak. Yang ni selalu aku bawak time aku pegi pulau jer.

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Camera, MP3, ubat-ubatan

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Notebook, jewellery, driving license (hahaha).. apa kejadah nak bawak driving license pegi oversea..

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Ambik gambar.. aku sebenarnyer malas nak menulis. Kalau menulis pun separuh jalan jer.. separuh lagi..err..

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Malu-malu kucing.. wakakaka.. aku tak der gambar sengal. Lagipun geng-geng aku bukan pro ambik gambar so gambar aku biasa-biasa jer.

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Poskad. Aku suka kumpul poskad tapi dah tak tau letak kat mana.. uwaaa!! Dah berapa kali pindah rumah, semua dah tak tau kat mana.

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Untuk keluarga sudah semestinyer ler aku beli.. kalau kengkawan tu BFF jer.. Eifel Tower kecik pun still lagi ada kat aku sbb terlebih beli. Rasa macam BFF ramai tapi bila dikira-kira balik tak ramai rupanya..

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Shortglass/shotglass.. memula aku start dengan Hard Rock Café (HRC) punya shotglass tapi memandangkan ada tempat yang tak der HRC so aku beli ler shortglass yang melambangkan negara tersebut. Aku ada shotglass gambar kebaya.. korang ada??

Skang shotglass tu semua berbalut kertas dan dalam kotak sbb pindah rumah.

Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
Seoul – A blend of Cosmopolitant and old age history. Tinggi dengan semangat kenegaraan dan bangga dengan sejarah negara mereka. Tapi orang dia penuh dengan contradiction. On one side, menghormati orang yg lebih tua, pembersih, suka menolong, ikut peraturan on the other side, kasar, pemarah, sembang sikit kat depan kedai dah siap kena halau, kuat minum. Walaupun Seoul macam gah tapi ramai jugak rakyat dia yang tido kat subway.

Indonesia – Kotor, berhabuk, orang yg sangat ramah dan suka menolong, amat  menghormati tetamu tapi pada masa yang sama, kuat menipu, .. Kena selalu berhati-hati bila deal dengan orang sana walaupun orang tu rapat dengan kita. Tapi aku suka Bitung. Tempat yang cantik dan aku rasa totally relaxed bila kat sana. Walaupun 90% penduduk dia Kristian tapi amat menghormati penduduk Islam. Munkin sebab diorang ni 1 bangsa walaupun berlainan agama.

Hong Kong - Bangunan cantik dan moden. Sebelum pegi mati-mati aku ingat sophisticated gilos la orang Hong Kong ni tapi hakikatnyer ramai jugak yang berperangai macam Mainland China. Orang kat KL ni lagi ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Tapi macam klakar lak sbb baru aku perasan bila berjalan di mana banyak butik-butik terkemuka macam LV, DKNY, Calvin Klien, tapi bila ko masuk jer lorong pegi ke jalan besar on the other side, red light district rupanya. 

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Saya berangan untuk mendapatkan Round the World flight ticket tak pun tiket untuk at least 3 continents (ada tau aku dah godek or refer sini http://www.roundtheworldticket.com/ ). This is the ultimate goal. Untuk spent beberapa bulan travelling. Hopefully, boleh buat by the time aku nak masuk 4 series. (aku dah tua daa)

Soalan Bonus :

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)


Satu yang leceh pasal pegi Europe ni sebab point of entry immigration tak der check passport, hence, tak der ler cop negara yang ko pergi. Ini adalah cop perjalanan terakhir aku di Europe. Dari Paris Nord nak naik Eurostar ker London. Inilah dier indication yang aku penah sampai Europe.

17 comments:

  1. fuh 7 kali ke korea tu, tabik hormat gitu.... apa kata rembat aje sorang mamat korea, nanti senang balik kampung hehehhe,

    ReplyDelete
  2. korea 6 kali ??????????!!!

    i nak pegi skali pon smpai nak terberak2...blom smpai lg ni..

    ReplyDelete
  3. 7 KALI..... sedekah satu buat mai..... ish! adek i sure follwer you, dia minat benor kpop!Z

    chup! i pun penah baca round the world tix nih but ish! byk commitment ler pulak.

    apa apa pun...

    7 KALI!!!!! *tada picaya lor*

    ReplyDelete
  4. fid, terima kasih ye sbb sudi mnjawab soalan2 ni..aku dah baca tp nti aku review. tapi aku terkejut ok ko pegi korea byk kali...mmg ko dah falling habis dgn pakwe korea ke? hehehe :)

    ReplyDelete
  5. wahh sungguh malu2 kucing gambo2 ituu hihihihii

    Mikawidey tuh cun lah.. cam tenang gile kalu lepak kt situ.. and Hong Kong tu aku rasa sbb bila China amik blk, kan ke ramai yg migrate, selain penduduk HK migrate ke luar, penduduk asal China pong senang lenang migrate ke HK tu psl la perangai byk cam cina jinjang haha (err aku agak2 aje biadaah jgn percaya sgt hahahaa)

    ReplyDelete
  6. jap jap! tertarik pada satu gambar kecik yg ada mummy/patung putih yg baring tu...kat mana tu???

    bestnyer laaaaaaaaaaaaaaa! sume pi jauh2 ni!

    ReplyDelete
  7. Chibi, Kemang, Lily and Fatt..

    out of 7 tu, 4 kali bawak orang daa.. hehe.. Ish, kalau haku cun dah lama aku ngorat sorang pak we korea.. wakaka..

    Ely..
    Kat Makawidey tu memang best, dia tempat untuk muck diving sebenarnya tapi depan makawidey tu air dier memang jernih gilos dan boleh nampak coral lagi..

    Biqque..
    tu mayat kat Pompeii.. dah keras macam batu sebab disalut dengan lava gunung berapi..

    Fuhh.. tensen tahap gaban ni, pc graphic card rosak.. tak cun bila pakai internal graphic card nih..

    ReplyDelete
  8. seronok nya tgk gmbr2 org yg dah g paris ni.. teringin tp ntah bila la... ;)

    ReplyDelete
  9. AKO @ retna,

    Paris ni agak overrated la sebenarnyer, tapi kalau pegi Europe rasanya tak lengkap kalau tak pegi Eifel Tower or Musee de Louvre nih. INsya Allah adarezeki nanti sampai ler tuh. Tiket AA pun RM2000 lebih sikit jer skarang nih.

    ReplyDelete
  10. 6 kali pegi korea ... Wow cayalah ada magnet tu kat korea hihihi ... Suka gambar cantik ... Suka stamp europe sebab kalau naik kapal terbang kat ujung tu gambar kapal klu naik train ada gambar train ... Cute..

    ReplyDelete
  11. Anis..

    Ada la jugak magnet ke situ.. walaupun 1/2 of times pegi situ bawak orang. dah tak tau nak merayap ke mana dah.. nak bawak pegi tpt lain, diorang lak nak pegi tempat2 biasa, ended up kita laa yg pegi tempat2 tu banyak2 kali..

    ReplyDelete
  12. salam ziarah kak fid~ ^_^

    akak pergi makawidey tu malam2 ke akak? tak seram eh? saya pandang gambar tu macam err ada something je. hehehe

    ReplyDelete
  13. Ainul..

    tak der lah seramnyer, best sesangat kat situ, tenang jer. Kalau malam full moon, cerah tu tapi disebabkan pakai compact camera jer so tak der la gambar cantik sangat dier. Kita kat situ almost a month.

    Ada skali tgh malam terjaga sebab katil bergoyang.. rupanya ada gempa bumi kecik jer skala dier. Buka mata.. oh gempa bumi.. pas tu sambung tido balik.. ekeke..

    ReplyDelete
  14. tgh dropping by nak rate and vote and add. btw, suka gambo wing tuh, skarang gak i nak cari signage yg ada wing, rasa nye F88 ada satu... jeng jeng... tunggu i copy idea you yek! tak patent kan? ehheheh....

    ReplyDelete
  15. Lily..

    Chopp.. F88 tu aper?? yang wings tu kita ambik kat Trick Art Museum kat Jeju.. hehe..

    ReplyDelete
  16. wowww, dah banyak tempat kak Fid ni jelajah ...

    ReplyDelete
  17. Azizan,

    orang lain lagi banyak tempat diorang pergi.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...