Demam... aku rasa lagi seround kena mandi bunga la.. hari tu dah sakit lutut.. lutut bengkak beb.. actually urat or muscle kat belakang lutut yang bengkak/keras.. effect dia sampai ke lutut ler. Nak naik/turun tangga pun susah beb.. tensen aku (Fav words) Pindah umah lagi. Penat kat FRIM pun tak habis dah pindah umah.. sebenornyer bukan aku yang ngangkat barang pun. Aku angkat yang kecik-kecik jer, yang besor-besor sumuanya si Apeng yang angkat and Omar too (My sis's bopren). Thanx a bunch to them.. Muaahhh!! Tapi disebabkan cuaca yang panas.. aku jadik ulcer kat lidah.. seksa beb, nak makan, nak minum, nak cakap pun susah.. pas tu demam lak.. dah MC hari Khamis lepas, hari Jumaat cuti sebab Khamis malam balik kampung.
Bestnyer balik kampung.. sian si Jaja, pukul 4 pagi kena ngambik aku kat stesen bas.. walaupun demam, aku nak jugak pi Padang Besar. Hamboi si Zeti nih, patutler semangat nak hantar aku balik sampai ke umah, rupa-rupanya mak dia belikan dia keta Kancil. Time mana si Zeti sampai kat umah Jaja aku pun tak sure tapi aku buat cam umah sendiri lak bangun lambat... heheheh.. nak kata apa.. aku kan tak sihat, Jaja pun tak sampai hati nak kejut aku awai-awai.. Lepas mandi aku pun buat muka toya keluaq bilik. Mak Jaja tengah tengok ASTRO, layan kejap mak dia pas tu breakfast nasi lemak.. sedap!!
Bertolak ke Padang Besaq. nasib baik pi hari Jumaat kalau weekend, kena cekik darah la jugak. Anyway, aku beli bag.. biasakla beli yang besau sikit supaya aku bleh sumbat macam-macam kat dalam tu. Aku beli untuk pakai pi opis tau.. tapi memang besau ler. Tengahari makan kat gerai no 5. Sedap giloss kat situ. Makan nasi ngan tom yam campur (wallaaa!!), telur bungkus (mabless!!) dan kailan ikan masin.. yum yum yum. Jaja makan mee sup siam..pun sodapp.
Sampai umah pun dah petang.. abah tengah melepak ngan kengkawan dier kat porch, mak lak bersidang kat bilik menjahit dier ler.. aku dari dalam keta lagi dah tak brapa boleh nak bukak mata dah. Demam ku datang balik.
Hari Sabtu aku lepak umah jer.. tidor seharian. Makan ikan pari bakar cecah air asam ngan sambal petai udang.. uishh nikmat tul.
Hari Ahad balik kl. Flight delay plak sejam, kalau ikut jadual tu kul 7.30 pm tapi flight berlepas kul 8.30 pm. hampess..