Monday, May 15, 2006

Shahkhir called me this morning. Sayu jer suara dia bila bercakap dengan aku. 3 minggu dia bercuti, baru hari ni masuk kejer. Dia masih lagi bersedih atas pemergian arwah adik lelaki dia selepas 11 hari dalam ICU (HUKM) akibat kebakaran. Rupa-rupanya adik dia stay sebelah apartment kitorang jer. Tapi, hari kejadian tu aku ngan Pinie tak der kat sini sebab ada family day kat Allson Klana, Seremban. Kalau tak silap kebakaran tu terjadi waktu pagi around 3 pagi disebabkan short circuit kat ruang tamu dan adik Shah time tu tidor kat ruang tamu.


Dari cara Shah bercerita memang aku dapat rasa yang dia memang rapat dengan arwah adik dier dan aku sebagai kawan hanya dapat mendengar.. Itu saja yang aku mampu buat.



Apa pun, semoga Shah tabah redha dengan pemergian arwah adik dia, semoga roh adik dia ditempatkan bersama orang yang soleh, Al-Fatihah.

3 comments:

  1. Anonymous10:01 pm

    kesian ckucin baca.. kehilangan salah seorang dari ahli keluarga memang amat2 terasa.. antara rapat ngan tidak, tetap terasa kehilangannya...

    Al-Fatihah..moga dicucuri rahmat keatasnya..

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..............

    Nash

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:02 am

    Keep up the good work »

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...