So, kitorang akan bertolak dari Melawati lepas breakfast, singgah di Kemaman untuk makan Kepala Hotak.. err.. Otak-otak la dan jugak Sata. Tu kira lunch kitorang la. Lepas tu bertolak ke Awana Kijal, check-in, rehat-rehat kejap. Malam lak, pegi Kuantan makan seafood kat Tanjung Lumpur. Besok, tengahari, check-out, pegi brunch kat Hai Peng Kopitiam kat Kemaman, pas tu bertolak balik ke KL.
Sekali lagi aku, Pinie and Anne buat keja bongok, pegi Pantai Timur 2 hari 1 malam untuk aktiviti makan-makan. In a way, this is like a bachelor party/trip for Anne since she is getting married in September.. err.. betul ke date aku ni?? Tak kisah la tapi yang pastinya this is her last trip with us as a bachelor. Lepas ni dia ngan hubby dier ler.
Nora lak.. skang ni outstation kat Butterworth, Penang. Kesian dia sebab si Mazlin ngan Ayu balik umah, tinggai la dia sorang-sorang kat sana.
Next week lak, aku ngan Mimi nak pi Langkawi. Aku dah booking hotel kat City Bayview Hotel, Kuah. Abah and the rest of the gang will arrive on Friday. Abah nak stay kat Pantai Chenang, so aku booking la kat AB Motel. Nora pun sepatutnyer ke Langkawi skali ngan aku tapi dia cuma akan ke sana hari Sabtu tapi family dia yang lain akan ke Langkawi sama flight ngan aku la. Tapi aku tak sure la mak cik tu nak booking kat mana. Hampeh!! Aku ngan Mimi lak, hari Sabtu akan balik ke KL sebab hari Ahad tu aku ank ke kenduri kawin member skolah aku, Zafira. Iyolah.. mak cik tu buat kenduri kat Kedah hari Khamis. Cemana la aku nak pegi.
P/S: Hari ni aku bawak Munie lak gi makan kat Oldtown Kopitiam, Central Market.