Thursday, November 30, 2006

Jejak Kasih...

Lupa lak nak crita. Dulu time aku skolah menengah dulu ada la sorang classmate aku ni.. Chinese.. nama dia Khoo Joo Hwa @ Joyah.. hehehehe.. bukan apa sebab dia memang cakap banyak.. dulu la.. Joo Hwa ni memang fasih berbahasa melayu.. more than any other chinese friends that I have.

Nak jadi critanya.. tetiba aku terima invitation friendster dari dia.. ghupa-ghupanya saja la amoi tu search nama aku kat friendster so nasib baik la aku menggunakan nama aku yang sebenarnyer kat dalam friends ter tu.. Panjang betui umuq si amoi ni sebab masa aku balik raya baru ni, kitorang (aku ngan geng-geng skolah dulu) baru saja cakap pasai dia.. tup-tup.. dia lak contact aku. Apa pun nanti raya haji ni buat lagi skali kot perjumpaan ngan member-meber aku tu.


Whish list

Ok la... Penat tau nak pikir nak update blog.. hehehe

Skang ni aku ada sindrom malas nak update blog. Kekadang tu dah masuk dah blog tapi tetiba jer mood dah hilang.. cemana??

Jelesnyer aku ngan kengkawan aku yang nak pegi bercuti dalam bulan December ni. Ada yang nak pegi cruise ke Phuket ler ada jugak yang nak ke... ermm... biarlah rahsia... hehehe.. aku??? Nampaknya terpaksala aku dok kat umah bertemankan CD anime aku tu.. banyak lagi aku tak tengok. Ada Gundam Seed, Inuyasha (ep 1 - 72) lagi mender ntah dan bakal tiba nanti Ouran High School Host Club... Yehaaa!!! For those who know me.. aku ni kan memang suka tengok katun... Alangkah bestnya kalau ada CD Kyo Kara Maou or God (?) Save Our King!. It's so hillarious and interesting even though there's a tiny weeny bit of Shounen Ai in it.

Jaja is seriously thinking of buying an apartment in Penang (Semuanya gara-gara pegi tidor kat umah Nora ler tu). It reminded me soooo much of myself about 1 - 2 years ago. I was very close of buying an apartment called Sri Ampang just near to City Garden Condo, but I was so pissed off with the sales person that I cancelled it. The price is around RM160k - 1200++ sf.. which is very cheap considering the location.

There're a lot of factors that you neef to consider before you purchase a property but the most important things is of course "Money". You had to have 15% - 20% of the purchase price for the downpayment (around 5% - 10% depending on the financer) and the rest is for the documentations (stamp duty, lawyers fees, valuation reports, S&P etc). And after that, you gotta have money for the household items or any renovations that you wanted to do. Oh yaa.. before that.. you have to decide to buy a house or apartment/condo? New or second hand property? Maintenance fee?? Strata title? Enough about that.

Yesterday, I was looking for my list 'to do' items. Huhmm... there're still a lot of things that I didn't do. But I guess I had to stalled it untill 2008. Simply because, I need to ease my financial burdens first. I need to prioratised my 'to do' list and here it is:
  1. Buy a digital SLR Camera (RM3000-RM4000 - basic jer)
  2. Europe Trip (RM10000)
  3. Change my car ( I still love my Kambeng) (cannot decide on what car)
  4. Buy a property (Max RM250k)
  5. To learn 1 foreign language
  6. To learn 1 musical instrument

My "to do" list is just a simple whish list (not extreme or something mind blowing) but something that I really wanted to do but of course there're still a few smaller and less expensive whish list like
  1. To have a complete set of anime ; Inuyasha (dah dpt complete set + 4 movies), Kyo Kara Maou, Robotech/Macross (very hard to find but I saw the DVD @ RM299), Bleach, etc.
  2. To change the layout of my blog..
  3. To go on a 1 week holiday with Jaja and the gang (schedule in May 07 - from Kedah - KL - Terengganu (Island) - Kota Bharu - Terengganu (Kemaman & Cherating) - Kuantan - KL (just thinking about makes me really excited).
  4. To celebrate my coming 3 series... hahahaha (not BMW yeee) to go somewhere doing something (cannot decide laaa)
  5. Most probably to go to Bangkok (again) at end of the year (definitely after bonus.. depends..
  6. To upgrade (chewahh) my so called library with new books and also to upgrade my notebook and to buy new printer.
  7. To decorate my room.
  8. Another holiday for the whole family.
  9. I'll think about the rest later.

What are your whish lists?? Care to share with me??

Thursday, November 23, 2006

.......

Huhmm... apa nak post ekk?? bukannya tak der mender nak post tapi malas la pulak nak posting. Hari Isnin, geng-geng IT buat makan-makan.. banyak benor makanan yang diorang bawak. Ada nasi Tomato, rendang ayam, rendang daging, ayam mender ntah macam goreng kering gitu.. makaroni stew, lasagna, laksam, asam laksa, makaroni bakar, mee hoon goreng, puding karamel, puding koktail, kek lapis sarawak, kek coklat... ada lagi kot.. kiranya melantak la jugak kitorang hari tu. Sedap tul especially lasagna kak Nellee.. memang sedap banget gitu. Rugi betul si Nora tu tak der hari tu.
Hari Selasa lak si Syam called. Ada kat Shah Alam tapi malas nak gi jumpa sebab jauh siott... dia stay semalam jer sebab semalam diorang berlepas ke Sabah untuk panjat Gunung Kinabalu. Kemain pak cik tu.
Semalam, nothing interesting happened cuma arrears dah masuk. Munie siap sms aku tanya dah shopping ke? Nak shopping mendernyer, ujung bulan depan dah Raya Haji, bulan satu lak nak renew road tax ngan insurance. Habis tu nak shopping mender lagi? Dah nampak duit tu nak ke mana kan...
to be continue...

Saturday, November 18, 2006

Yahooo!!!

Yahoooo!!! Akhirnya dah tally jugak... adeh.. seksa nak mampos.. tapi tak dak ler sesusah buat account. Ngantuk siott.. dah la tekak tak berapa baik. Ada harapan besok tak der suara. Wa sudah mau titon... zzzz...

Friday, November 17, 2006

Adeh!!

Letih aku hari ni.. Hari bz..bz..bz tahap cipan. Nak b***k pun tak sempat. Hari isnin ni aku tak jadi attend course kat bangi tapi aku akan ke sana during lunch hour. Ok gak, sebab keja aku tak siap lagi. Report dah siap tapi calculation tak siap lagi.. tak tally la pulak.. Tensen!!!! Si As lak asik dok cucuk aku ajak gi Bali. Memang murah gilos pun tapi aku kalau bleh tanak travel banyak sangat taun depan sebab dah 2 taun aku asik travel jer.. poket dah nipis giler dah ni.. So, misi aku untuk taun 2007 adalah untuk menyetelkan utang.. yehaaa!!! Ye la.. keja gaji ciput kan (tak der ler ciput sangat tapi ciput la jugak kalau dibandingkan dengan company lain..) lain la kalau kejer kat obersea bleh la gaji lebat, tak yah pakai keta Malaysia.. yehaa!!

Wednesday, November 15, 2006

Luahan Perasaan (tapi tak abis)

Finally, the boss has approved my paper.. After all the worrying that they put me through. hampeh betul la. Bayangkan paper aku diperam dekat 2 minggu sedangkan next week dah nak start course. Ini semua gara-gara consultant yang naikkan harga. Dah aku terpaksa prepare satu paper lagi. Tensen seh!!! Aku punya tensen sampai boss Pinie pun asik suruh aku senyum jer, aku dah tak tahan nak memerut dia ingat aku tensen keja pas tu dok suruh aku senyum.. dah sakit perut cemana nak senyum!! dah tu selesema lak.. gara-gara kemas chest drawer yg baru sampai pukul 4 pagi.. tapi rasanya sebab kena hujan sama kot hari sabtu baru ni.. Aku tau HOD aku tu ramai yang tak suka tapi ngan aku ok jer.. hehehehe.. kipas baik punya.. tak derlah.. dah dia bos kan.. dia suh aku buat jer la.. dia siap jumpa big boss aku.. yang jadik tensennyer sebab memula tu dia tanak approve paper tu. Aku dah mula gelabah biawak.. Bukan apa sebab semua preparation untuk course tu aku dah buat takkan la tetiba aku nak cakap kitorang nak cancel course tu. Semua ni disebabkan RM1000 increase dalam trainer's fee. Adeh!! kedekut nak mamposs!! Kalau course lain sorang 4 - 5 ribu hennget tak per lak.

Tak per lah.. aku tau boss aku tu dia banyak keja, mana ngan nak buat paper lagi, nak layan external consultant lagi pas tu nak exam lagi.. Redha jer la. Weii.. Korang bebudak opis aku yg baca ni.. korang ingat senang ke keja aku.. (senang la jugak) tapi leceh. Selalu tersepit dengan HOD. Dah bebudak mobile cemana la aku nak dapat participants banyak. Dah ada participants, last minutes cancel tak carik replacement. Ini boleh mendatangkan marah. Dah la asik komplen jer korang ni. Makan tak sedap komplen. Mana aku tau katerer tu masak sedap ke tak.. bukannya aku dok pi buat food testing. Bilik kecik.. komplen. Pegi course lenggang kangkung.. pen ker pensel sebatang pun tak bawak. Lepas tu komplen lagi.. perghh!! banyak lagi tu yang komplen.. Dengar tu.. jangan asik dok komplen, nasib baik ler kitorang provide gak makan.. kang aku kasi jer voucher KFC sorang RM10 jer kang baru padan muka. Tapi betulla.. sepanjang aku kat sini kat training ni + jadi committee untuk Staff Fund, aku membuat kesimpulan yang memang division kita ni patut ditukar kepada division komplen. Komplen jer memanjang. Kak Mas dulu siap kena sound ngan aku lagi.. kalau tak komplen tak bleh ker.. kalau komplen membina tak per gak.. tapi standard division kita tu mana ada kasi komplen membina semuanya komplen yg menyakitkan hati sebab tu aku skang dengan selambaknya menyound orang kecuali HOD sebab takut appraisal tak bagus... hahahaha.. hipokritnyer aku.. erkk.. tapi kekadang tu terlepas jugak..

Yehaa!! next week 2 hari aku kat Bangi untuk course. Mesti HOD aku bengang sebab participants tak sampai 20 orang pun. Kena bebel lagi. Next week kaya sekejap sebab arrears nak masuk. Tapi kaya sekejap ler. Aku dah tau mender apa aku nak buat ngan duit tu but first thing first.. aku kena blanja Nora kat Eden. Makan lobster masak kari.. eh silap.. tak kisah la apa pun. Ye la.. asik dia jer blanja aku kat sushi king la.. aku kena la pulak blanja dier..

Cess.. aku punya USB kabel untuk external hard disk aku problemo la pulak.. hampehh.. aku ni dengan semnagtnya la nak buat kejer kat umah (eleh.. alasan malas jer tu sebenarnya).. Weii.. mak cik banyak keja tau.. 2 follow up tau.. satu BNM punya satu external auditor punya.. Bos dah tanya, External Auditor punya tak habis lagi tapi BNM punya dah kuar.. Kena buat kat umah jer laa.. Hmm.. sabtu ni nak pi open house.. adehh.. malasnyerrr... alamak dah kul 11.30 mlm lebih dah ni.. aku nak iron baju nak kejer besok.. Chow Chin Chow!!!

Tuesday, November 07, 2006

"N"

2 hari aku pi course. It was an interesting course about Banking and Financial Institution Act. The trainer is a lawyer and he was uhmm.. very different from otheer trainers that I have experience with. The way he presented the course makes you laugh all the way but at the same time you manage to gain knowledge about the subject matter. He likes to impersonate Mr. Bean ( I was told that last time he impersonated Phua Chu Kang). From the way that he present, he is very knowledgeable..

Anyway, pagi tadi, tengah aku dok seronok bergelak gumbira kat dalam course tu tiba-tiba aku mendapat satu sms. Terkujat sekejap aku membaca sms tu. It was nothing earth shattering about the message but rather the person who sent me the sms. I was a bit flustered that he sms me. Most probably because I saw him 2 days before Hari Raya, still, I was surprised that he contacted me. I can guess who gave him my number, non other than my brother and true enough he asked from my brother.

Back in the school days, I always like to see this one "Abang" lets call him N. I think he is cute (for me he still is) and I love his hair, chinese style... hehehehe.. and apparently he knew my brother. Ala.. you guys sure can guess that I had a crush on him (and so does other girls). And I think he knew it too but he always treated me politely.

I was a geek that time (still is but minus the glasses) with my big , thick glasses and I had a crush on one of the sweetest guy there. You know, some guys will shun away girls who are not good looking but not him. He treated me the same way he treated other girls and in a way I respect him for that. There's a few instances that I saw but him but being a geek I was bit shy and just ignored him or just looking at him through the corner of my eyes, but he surprised me by coming to greet me even though just to say hi or smile at me or just waving his hand. He is one of the person who gives me the confidence that I have now.

When I look back, I always enjoyed talking to him.. (duhh... of course!!) We use to talk on the phone whenever I came back home.. I love chatting but there's only a handful of guys that I can spent hours talking on the phone and he is one of them. But we lost contact but I didn't know that he did ask a few time about me from my brother. It was nice to be remembered. Don't get me wrong.. I don't have that kind of feeling for him anymore. It was a crush. Something normal. But he still is somebody special for me. By the way, he is married already with his childhood sweetheart. Enough about him.. I'm sleepy. Gud Night!!


Saturday, November 04, 2006

Cahaya Syawal Bersama Anuar Zain







Tengahari tadi, aku menghadiri majlis Cahaya Syawal bersama Anuar Zain di Bijan Restaurant. Mula-mula bila dapat email tu rasa macam pernah ku dengar nama Bijan ini tapi di mana yaaa???. Bila check address, rupa-rupanya kat Bukit Ceylon belakang opis aku jerr.. baru la aku ingat time Walking Treasure Hunt dulu memang lalu depan Bijan pun.. aku sampai lebih kurang pukul 2.00. Dari luar jer dah nampak Belle dengan baju birunyer. Masuk jer kat dalam.. erkk.. ramai la pulak. This time around, lagi ramai. Dulu, masa mula-mula buat cuma 18 orang jer kat Top Hat restaurant pas tu kat Rooftop tu ramail sikit dalam 35-40 orang kala ni lagi ramai laa.. D seperti biasa turun dari Singapore pas tu rasanya ada satu family dari Singapore yang datang dari Singapore.

Anyway, kali ni ramai la lelaki yang datang.. hehehe.. kalau tak asik-asik muka azmi, hafidz, shah & wan jer. Memula sampai tu duduk memang berterabur ler. Epy pun tak sampai lagi.. so duduk ler aku dengan Azmi, Emy pas tu kat table aku tu ada Shima.. dengan sapa lagi ntah. I'm soo very bad with names..Sorry guys. Bila dah hampir pukul 2.30 baru ler buat registration. Cess.. tak leh duduk dengan geng, rupa-rupanya diorang dah setkan duduk kat table mana. Still aku duduk satu table dengan Suzy, D, Wan, Su and the gang dan jugak Shima and the gang, pas tu ada satu family at the end of the table. Time registration ada la door gift berupa towel ada embroidery "Cahay Syawal Anuar Zain" dan juga aturcara majlis. Bukak jer aku perasan ada persembahan dari peminat.. Uiksss!!


Anyway, Anuar sampai lebih kurang pukul 3.15, awal-awal lagi Kira dah pesan kasi Anuar makan dulu.. hehehehe.. maklumla dia tu kan susah say 'no' kat peminat-peminat dia, kang kebulur jer tak sempat nak makan. Berbaju Melayu kaler err... apa ekk?? Macam nak Peach/Pink gitu.. ntahler aku ni buta nama warna sikit, suka hati korang ler nak panggil warna apa pun. Sampai jer Anuar kat luar, diorang dah start bangun nak ambik gambar. Anuar lak time tu ler baru nak pakai sampin, apa lagi ambik gambar censored ler.. hehehe.. bukan aku yer.. aku jauh tak leh nak ambik gambar tapi table Anuar memang strategik ler. Aku punya view baik jer. Pusing sikit jer terus nampak dia. Masuk, lambai-lambai datang ke table kitorang pas tu salam-salam sikit and Kira pun panggil ler suh duduk kat tempat masing-masing. Hari ni Kira macam cikgu la.. hehehehe.. Jangan Mare yer.. you tetap glamour gitu!!.

Wokeh.. Mula-mula speach sikit.. standard ler rasanya Shee kot pas tu Shee dengan Belle dok berpantun lepas tu baru la Anuar menyampaikan sepatah dua kata dan menyampaikan sebuah lagu.. preview jer dari album yang bakal dikeluarkan.. bertajuk "Lelaki".. er ya tak Abang Nuar?? Tolong clarify sikt.. Cewahh.. macam ler Anuar Zain ada masa nak masuk blog aku ni.. ntah dia pun tak tau tentang kewujudan blog aku ni.. Hampess.. Bukan Abang Nuar yang hampess tau.. cuma favourite word jer.. Berbalik kepada lagu tadi.. Sedap... rasa strawberry.. lagu skarang ada 6 songs so looking for 4 more songs. Insya Allah maybe next year.. well.. hopefully.

Bila masing-masing dah settle down dah makan, mula la acara persembahan. Masa registration, setiap table ada nama masing-masing bersempena nama-nama lagu Anuar yang glamour, macam nama table aku, Semua Untukmu, ada Rindu Belaian, ada Permata etc. Sebelum Anuar duduk makan, dia dah cabut 3 nama dari dalam Kotak Mister dan 3 table tu ler yang akan mengadakan persembahan iaitu menyanyikan lagu table diorang ler. Hehehe.. table aku tak kena.. Tapi sebelum tu, Diana, Shee and the gang menyanyikan lagu raya.. er.. lagu apa ekk?? Ala aku tak ingat la tapi mestila lagu raya Anuar zaman kanak-kanak ribena dier dulu tu... hihihi.. lepas tu baru ler group Rindu Belaian, Permata dan juga Keabadian Cinta. Ingatkan dah habis, rupa-rupanya Ezzam lak menyanyikan lagu Munkin. Sedap sore dier.

Selepas persembahan, Anuar, macam yang lepas jugak berjalan dari satu table ke satu table. Rasa macam kelakar pun ada jugak, kesian pun ada jugak. Anuar seperti biasa dengan keramahan dier, dengan senyuman dier melayan karenah peminat-peminat dia yang berbagai nih. Table aku adalah table kedua. Ada la something yang aku kurang senang dengan sorang peminat Anuar tapi tak perlah.. biarlah dier dengan labu-labunyer. Kebetulannya aku bawak la buku doodle aku.. buku conteng-conteng aku la.. ada gambar Jerry ler, Hanil kawin ler, graduation, gambar aku beramai-ramai pegi Ulu Yam, gambar dengan Rahim dan jugak hambar first gathering kat Top Hat dulu. Alamak Anuar siap belek-belek lagi buku aku tuh.. Malu siot bukan malu apa tapi sebab ada gambar shining teenagers la, gambar Jerry ler.. hehehehe.

Seperti biasa jugak, dari satu meja ke satu meja tu memang ler ambik masa lelama. Kira dah tensen sebabnyer booking kat situ cuma sampai pukul 6 petang lagipun Anuar ada show kot sebelah malamnyer. Anyway, it ended close to 7 pm sebab hujan la pualk sebelum tu.

I know this entry ended up like s**t but I am soo tired. Besok nak gi umah Anne lagi pas tu maybe nak ke rumah Fadzlina@ Macho (nick zaman skolah) kat Bukit Subang lagi. Letih oo. Enjoy the pics taken at Bijan. I'll upload the rest later.

*** Full gambar akan aku upload nanti yerr ***

Friday, November 03, 2006

Hampeh betul!!

Penat jer semalam aku upload gambar, alih-alih tak leh masuk blogger la pulak.. hampess betul. Semalam tu berkobar-kobar la jugak aku nak update blog aku tapi hari ni dah down balik.. huhmm.. sabor jer ler ekk!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...