Wednesday, February 01, 2006

Kelantan!!

Okla .. meh aku cita what happened in Kelantan.. chewah bunyik cam cita What Happened in Bali or Memories of Bali lak.

27/01/2006

Hanil, Wawa n Apeng sampai kat umah dah pukul 11 lebih.. malam yer.. memandangkan Hanil n Wawa belum dinner lagi so kitorang makan kat belakang umah aku nih.. pas tu kitorang bertolak ke karak dan singgah kat Genting Sempah. Hanil la nak makan McD la pulak. Bila masing2 dah melepas hajat kat Stesen Minyak kat situ, nampak macam McD tutuptapi nasib baik la yg drive in tu bukak. kalau tak maunya kempunan si Hanil tu. Kami bertolak dari Genting Sempah tu dah dekat pukul 2 pagi.

28/01/2006

Boleh tahan banyak la keta on the way to Kelantan tu. Hanil seperti biasa la awai2 lagi dah lena sebelah driver. Tinggal la aku n Wawa dok melayan Apeng. Tapi ada gak masa aku terlelap. Sampai kat Kuala Krai dalam pukul 6 lebih. Sembahyang Subuh kat Masjid Kuala Krai. Lepas tu ronda pekan Machang sekejap dan terus ke Kota Bharu. Breakfast kat Pantai Timor Department Store pas terus check in kat Juita Inn. Apeng.. dapat jer amsuk bilik terus tido. Aku, Hanil and Wawa terus pegi Pasar Besar Siti Khadijah. Dah besar dah pasar tu. Anyway, penat aku tengok laki bini tu bershopping. Mak aii!!! memang kaki shopping betuii. Hanil beli sampin untuk raya taun ni. Dedua orang tu pakai Pink taun ni. Hanil belikan Wawa Songeket bunga tabur dalam RM320 pas tu beli tudung untuk kakak, mak n mak mertua. Aku beli 2 helai tudung saja. Satu untuk Nora dan satu untuk Mimi.

Tengahari, balik hotel, kejut Apeng pastu pi ke Pengkalan Kubur. Beli tea set untuk Emi dan Wawa and Hanil shopping lahi la..haii...!! Aku beli sehelai suar linen putih siap ada lining lagi baru RM20 hengget ngan kemeja kaler coklat RM25. Memang murah la.

Petang lak pi umah Mc Nie tapi Suhaili (husband dia member kitorang gak) tak der kat umah. Pi KL ngan M Jack. Anak Mc Nie tu geram betuii aku ngan dia. Dah la comeii mulut pandai betul.. nama dia Shikah.

Malamnyer, kitorang skali ngan Mc Nie dan adik-adik dier n of course anak dia pi ke KB Mall. Rahim cakap nak datang jumpa tapi dia accident la pulak kat Ketereh so tak jadik la jumpa. Pas makan, balik ke Juita Inn. Ingatkan aku tak leh lena. Aku ni kan kalau first night tak leh lena. Tapi aku lena sesungguh hati. Penat siott. Tido tak cukup pas tu berjalan kemain lak tu.

29/01/2006

Pagi, Rahim called nak jumpa. Apeng, Hanil and Wawa skali lagi pi ke Pasar Besar Siti Khadijah. Apa lagi la yg derang beli aku pun tak tau. Tapi Apeng beli kain pasang ngan tudung untuk Lin. Nak Pujuk ler tu. Bergossip skeet... apparently Lin dah kasi kata dua kat Apeng. Pegi Kelantan or putus. Sambung balik.. akunjumpa la bini Rahim and anak dia. Anak dia cute.. tak takut ngan orang. Dah 9 bulan pun panggil Damia. Bini Rahim seemed different. Dulu nampak macam lawa lagi. Maybe sebab tak make up kot.

Pukul 12 jer Apeng dah call aku. Time tu aku baru sudah breakfast (breakfast!!?? kul 12 tengahari??). Mamat tu suka benor pressure aku. Hampess!! Kelam kabut ler aku balik ke bilik salin baju sebab derang daj tunggu kat kereta. Pi ke Hotel Al-Ansar sebab Emi stay kat situ. Masa kitorang sampai tu Emi tengah di make up kan oleh Mak Andam or should I said Pak Andam. Tapi dia make up memang cun la. Natural jer tak der la berbelak-belak or selepung macam pakai tepung gomak. Jumpak la ngan mak emi and adik dia Boy. Pukul 1 lebih kitorang bertolak ke rumah Zaidi. Tapi kan kenduri kat Kelantan tak semeriah macam kenduri kat tempat lain. Sebabnya derang datang sikit-sikit even sampai ke malam, tak der peak hour. Kalau kenduri kat tempat lain kul 12 - 3 tu memang ramai la orang tu yang best tu. Ni kat Kelantan macam tak der orang jer. Pukul 3 lebih kitorang dah blah. Tak tunggu lak Farah ngan Mc Nie and Haryati. Baru jer keluar pintu terserempak ngan Kak Dilla, kakak Farah ngan husband dier. She's pregnant. Macam mana la bila dia terserempak ngan Farah nanti. Huhmm..!!

Sampai bilik salin baju pas tu kitorang pegi ker Pantai Cahaya Bulan. Di sebabkan hakisan, semua kedai dah dialihkan. So macam kureng best la berbanding dengan dulu. Ramai gila orang, parking jauh la sikit. Makan colek kat sana and of course ler makan seafood. On the way balik singgah kat gerai-gerai jual batik. Boleh tahan expensive. Tapi disebabkan aku tak minat so tak der effect ler.

Lepas jer kuar dari kedai batik terus jer kitorang pegi ker Tanah Merah. Nak makan Nasi Lemak. Memang best pun nasik lemak dier. Lagi sedap dari kat Kg Baru dan definitely lagi sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa. Lepas tu terus balik bilik. Tido lena lagi. Yahoo!!


30/01/2006

Alamak dah tak leh lena la. Bangun, mandi, kemas barang, siap-siap terus jer turun bawah tunggu bebudak tuh. Lama gak tunggu. Turun jer Hanil n Wawa terus jer masuk coffee shop breakfast. Pas tu Apeng turun breakfast sesama. Lepas breakfast, pegi pasar MPKB, Apeng nak cari jersey tapi tak der so patah balik ke Pasar Besar Siti Khadijah, derang nak beli keropok lak. Baru jer nak masuk aku baru perasan yang aku tak pegang kamera. Aduh!! Kat mana lak aku tinggal nih??

Bila backtrack balik, aku tertinggal kat coffee shop. Apeng nak temankan aku, tapi aku cakap tak yah la. Sebab tak best la kalau aku spoilkan mood derang. Time dok bergelak ngan Apeng tu aku dah agak dah something bad's going to happened. Instinct aku masih kuat lagi. Nasib baik la hilang digital camera jer dari kitorang ditimpa apa-apa kemalangan. Alhamdulillah. Sebab aku memang ada fikir yang bukan-bukan jer bila travel malam tu. Tak pelah dah sampai sini jer jodoh aku n digital camera ku.. huhuhu..

Check out lebih kurang pukul 12 tengahari. Pas tu pegi umah Mc Nie sebab masa pegi first time tu tak sempat jumpak bapak Mc Nie. Kali ni pun sama gak. Pukul 1 lebih bertolak ke UiTM Machang. Dah makin best tempat tu. Maklumla time kitorang dulu baru first phase yang siap. Ni library pun dah besar pas tu ada lagi bangunan kat belakang nun ha.. kat area Uitm tu pun dah membangun siap ada motel kecik lagi. Semayang kejap kat Surau UiTM pas tu ingat nak makan kat kedai mak cik tom yam tapi kedai tak bukak sebab dia demam la pulak. Pelamin anganku musnah laa.. Anyway, Abe Ha.. anak mak cik senyum hat muka macam Apeng tapi versi gumuk sikit ada kat situ. Dia cakap yang mak cik senyum tu dah 2 taun meninggal. Apeng sedih jer.. Pegi Pasir Putih makan KFC.

Kali ni balik tak ikut Gua Musang tapi ikut Kuala Terengganu, singgah kat Losong belik keropok losong, aku beli Satar pas tu makantepi pantai. Suka hati kitorang jer park tepi umah orang pas tu makan sambil tengok laut. Pas tu sambung lagi perjalanan singgah kat Masjid mana ntah semayang pas tu singgah kat Cherating makan malam. Rasanya time tu dah pukul 11 lebih. Nasib baik sedap dan murah makanan dia walaupun service dia lambat sikit. Terus jer perjalanan masuk Highway kat Kuantan. Cian Apeng, dia la jadik supir. Tuan punya keta asyik tido jer. Nasib baik la Wawa asyik dok pot-pet sepanjang jalan. Aku lak pot-pet la jugak walaupun mood dah kureng tapi tanak la spoilkan mood derang. Aku tau Wawa perasan sebab aku perasan dia dok perati aku bila aku senyap. Saja jer aku buat tak tau.. hehehehe.

Sampai mana ntah, Maran R & R kot baru la tukar driver sebab Apeng memang dah penat gila. Ye la dari awal sampai la skang ni dia jer yang bawak keta tu. Masuk jer sebelah aku Apeng terus terbungkang. Si Hanil tu bawak memang mengerikan. Macam nak tercampak dari keta jer bila dia bawak kat jalan yang berbelit-belit tu. Sampai kat umah aku pun dah lebih kurang pukul 3 pagi.


Sorry la geng tak der gambor. Kena tunggu Hanil kasi kat aku dulu ler. huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...