Wednesday, February 15, 2006

10 + 1 Things Why I Remain Single.


Happy Valentine's Day untuk semua kengkawan... Orang tersayang?? mana ada.. mak abah dan family ada la.

Ada member aku tanya soalan yang dah maleh aku nak menjawab..tanya plak time-time Valentine's Day nih.. pasai apa sampai skang aku tak der teman...? ni aku punya jawapan..

10 + 1 Things Why I don't Have a Partner

Bukan tak teringin nak berteman tapi...
  1. Aku ada jugak kena ngorat tapi ngan laki orang
  2. Ada jugak yang cakap mak aii..konon-kononnyer manja ler tu mengalahkan aku.. manja mengada-ngada gitu.., dengar pun dah geli geleman, nasib baik tak cair taik telinga aku.. lelaki ker pondan ni?
  3. Ada yang suka mendesak.. dah cakap hari ni tak leh jumpa.. tak yah lah nak paksa-paksa, nak datang amik kat opis la kat lrt la, Buhsan!! Dah la aku ni pantang kalau cakap 2 - 3 kali tapi tak paham-paham.. cakap bahasa urdu kang..
  4. Aku bukan kanak-kanak ribena yang suka melayan kalau ko tu tepon pukul 2-3 pagi.. halo!! ingat aku tak keja ker besok?? dah ler aku ni susah nak tido. Dan aku juga bukan kanak-kanak ribena yang suka kalau ko call 16 kali dalam 1 hari.. ko tak der keja lain ker??
  5. Ada lak jenis yang perasan bagus.. ni yang tak tahan ni. Cakap berdegar-degar macam aku heran. Just be yourself la..
  6. Aku bukan Karam Singh Walia nak jadik reporter untuk mereport segala pergerakan..Jeles lak tu kalau aku kuar ngan member.. ko apa hal?? bukan lagi jadik laki aku pun.
  7. Aku belum jumpa orang yg betul-betul boleh terima aku seadanya.
  8. Ada jugak yang tak leh terima kengkawan aku.. well.. my life does not revolve around a single person and definitely not this kind of person.
  9. Nak ajer mencari yang suka berjalan sama macam aku tapi takut jumpa yang typical malay.. seblm kawin ok, lepas kawin asyik nak duduk kat umah jer jadik domestic cat/potato couch - nak mintak dibelai, dimanja pas tu gumuk dan melekat/melepek atas sofa.
  10. Orang yang memenuhi kriteria semua dah jadik laki orang... wakakakaka... tak dapek den nak nolong haa..
Abih camno?? jawab sikit...

Opss lupa lak.. lagi satu takut kalau dapat jenis nak hidup dengan hasil pompuan atau kaki pukul. Mintak simpang ler

kalau orang tanya memilih ker?? of course la memilih.. kalau tak memilih.. aku dah sambar mamat-mamat mana kat tepi jalan tu ha.

Tapi sebenarnye aku ni malas nak kenal ngan orang.. Walaupun aku ni 'ramah tamah' dari segi pandangan zahir korang, aku ni sebenarnyer pemalu.. (wakakaka.. kang ada yang muntah darah geli dengar statement aku ni).. aku cuma keluar ngan kawan-kawan rapat sahaja.. kengkawan kat opis, bebudak zaman study dulu (ada la dalam 5-6 orang). Sampai member aku pun cakap.. ko ni tak der orang lain ker ko nak kuar..?? asik-asik ngan kengkawan tu jer... Sebabnyer aku dah kenal perangai diorang tu cemana dan diorang pun dah kenal perangai aku macam mana.. macam mana aku punya hangin lintang, puting beliung sumua dah tau.. tambahan pulak dengan kelaseran aku.. standard la.. ko laser ngan aku sorry ler kalau ko ingat aku nak mendiamkan diri.. what you give you get back la kannn.. chewah scorpion la pulak..

Ala..lecehla nak kenal orang ni.. Proses yang tak berapa best.. dah ler aku ni jenis kalau first time ko dah buat slack sikit, maleh dah le mak cik nak layan.. kang dia ingat aku berlagak lak tanak layan.. pas tu merajuk.. kem salam la kalau aku nak pujuk. Aku pompuan ker atau ko yang pompuan.

Lelaki plak mesti la nak pompuan yang ayu, lemah lembut.. aku ni kan terlebih ayu dan terlebih lemah lembut.. cemana..?? takkan nak suruh aku jadik hipokrit lak.. depan orang berlagak ayu, blakang kalu ngalahkan pontianak harum sundal malam lak ( ada la member-member aku yang macam ni).. soo not me.. what you see is what you get. I am what I am.. Aku ni jujur dan ikhlas, tipu sikit-sikit jer.. tipu sunat ^-^.

So, kesimpulannya.. tak der orang nak ngorat aku dengan perangai aku yang asik nak ikut kapla batu aku ni.. so rock bebeh.. Bak kata ABB (you know who you are).. Rock Never Dies.

To all the singles out there... Live your life to the fullest!! Tak payah nak sedih-sedih atau nak memenuhi expectation orang lain. You live and rule your own life.

1 comment:

  1. Anonymous2:26 pm

    statement berani mati nie...Jaja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...