Semenjak PC aku ni kena format, malas jer aku rasa nak menghapdet blog ni.. (pff.. alasan jer kann..??!!) sesambil tu tengah pikir pasal trip Korea untuk January 2012. Maybe dalam 5 orang jer kot. Mode : slow. Sebabnyer bawak warga emas tambahan lak winter so kena la tukar tune. Sebenarnya aku dah agak kebosanan asikpi Korea.. ekeke.. tapi dah orang bayar flight ticket, jalan saja la labu. Hopefully, aku tak jumpa la scene macam ni lagi kat tangga subway. Kesian..
Monday, November 21, 2011
Friday, November 18, 2011
Korea 6th Trip - Kisah dalam Flight AA
Petang tadi dok sembang-sembang ngan BFF pasal entry 26 fakta tu.. tetiba terkeluar satu cerita pasal satu kejadian alam flight AA dari Incheon balik KL. Ni bukan kisah kitorang tapi satu perbualan antara sorang mamat Melayu ngan sorang minah Korea. Tak der niat pun kitorang nak curi dengar perbualan diorang tapi kalau dah duduk pun selang satu row blakang kitorang dengan volume yang boleh tahan kuat.. nak wat camno, memang ko boleh dengar ler. Mamat ni bagi aku ruap dia ala-ala macam Jamie Fox, kurus kering, gelap ngan cap kat kepala ala-ala pak itam. Memang tak hensem la. Tapi kitorang tau dia ni melayu, English pun ala-ala Manglish, tak sah nak menipu jadi pak itam.
Pada pendapat aku ngan BFF aku nih, kisahnya mamat ni tengah dok ngayat minah Korea ni. Biasala, minah Korea kan putis gebus gitus. (Aku cerita ala-ala karangan la sbb aku tak pandai nak buat conversation n sfx ala-ala Fatt.. hehe). Mamat ni pun cerita la pasal kerja. Dia cakap dia keja ngan Samsung on project basis pas tu duduk kat Gangnam. (Gangnam ni tempat orang kayer-kayer jer pegi/duduk). Company dia based kat Florida dan dia datang Korea ngan collegue dia yang pelbagai kaum lah kirenyer. Impressed betul minah tu bila dengar mamat ni based kat Florida. Mamat ni cakap dia selalu kena kejer kat luar negara. Tak sure la pulak aku samada fakta atau auta semata-mata.
Dia cerita la pulak pasal dia selalu pegi clubbing. Impressed lagi minah ni bila mamat tu sebut nama-nama club yang glamer kat Gangnam tu. Anyway, biasal nama pun nak mengayat kan, mula la mamat ni cakap besor. Ni yang start tak best ni. Untuk menunjukkan betapa sengalnyer mamat melayu sekor nih, dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kat minah Korea nih, dengan kadar volume yang 1/3 kapal terbang boleh dengar sore dia dan jugak dengan bangga dan riaknya dia bercerita pasal dia dan kawan-kawan dia selalu pi clubbing, mabuk-mabuk sampai tak sedar diorang spent punya la banyak duit kat club tu. Ko nak cakap ko banyak duit ker?? Lepas tu dengan bangganyer bercerita lagi pasal diorang mabuk-mabuk and soo damn wasted kat tepi jalan, boleh macam tu?? Dia cerita pasal diorang pegi tengok baseball game pas tu ambik gambar ngan cheerleaders yang sexy-sexy tu. Siap tunjuk gambar kat HP. Minah tu komen la yang dia suka ambik gambar dengan awek sexy dan dia pun gelak bangga. Uwekkss.. muka dah la tak hensem langsung, goli tekak den.
Aku ngan BFF pandang satu sama lain sambil senyum sumbing.. haper daa.. orang macam ni pun ada. Pas tu keluar pasal cerita dia kat Sarawak. Dia ada bela anjing. One day family dia datang, terpaksala dia hantar anjing kat rumah kawan dia. Lepas family dia balik baru dia pegi ambik balik anjing dia tuh. Hanjing tul. Memang la tak salah ko bela anjing janji ko kena samak. larat ker ko nak samak satu rumah bila bergesel dengan air liur anjing tu?? oh lupa lak.. mamat ni orang Negeri Sembilan.
Lepas tu dia sambung lagi pasal cerita mabuk-mabuk dier tu. Ini part yang best. Minah Korea tu dia macam baru tersedar pas tu dia tanya mamat tu. "Are you a Muslim?" Mamat ni pun dengan bangganyer jawab "Yes, I'm a Muslim". Pas tu amekawww.. kaw-kaw kena ngna minah tu. bertubi-tubi minah tu tanya. Bukan ker orang Islam tak boleh minum? tak boleh mabuk-mabuk? Mamat tu sembahyang tak? ada pergi sembahyang Jumaat tak? Ha amekaw.. tergagap-gagap la jugak nak menjawab. Korang tau apa jawapan dier? Dia dah lama duduk luar negara sebab tu dia amalkan yang totally opposite dengan ajaran Islam. Boleh lak dia jawab macam tuh. Weii.. berlambak la orang Islam yang duduk luar negara, ok jer pun. Apa kena mengena perangai ko ngan duduk luar negara? Macam la kat luar negara tak der orang Islam. Untuk justified diri dier, dia cakap walaupun dia buat semua tu satu jer dia tak buat iaitu makan kobau pendek. Ntah hape-hape daa..
Lepas tu terus dia blah dok kat tempat lain. Malu seh, kena tegur ngan orang yang bukan Islam macam tu. Aku rasa minah tu dah lama dok Malaysia, so dia tau pasal sembahyang Jumaat semua tuh. Tak der ler, aku tau ramai gak orang Melayu yang macam tu bila duduk oversea, tapi tak payah la ko cakap sampai 1/3 kapalterbang dengar tentang kesengalan ko tu . Dah sah-sah la flight balik KL, mestila ada orang Melayu nak lak kitorang yang pakai tudung dok selang satu baris depan dia. Hormat la sikit. Kalau nak menunjuk-nunjuk pun tengok la keliling. Kan orang dah tau yang ko tu bodoh.
Aku terserempak ngan dia time nak pegi toilet dalam flight. Nak gelak pun ada. Dalam hati terpikir, dari ceruk mana la mamat ni datrng? Aku yang kalau balik kampung nak kena seberang sungai pun tak der nak buat perangai macma tu, apatah lagi nak war-warkan perangai buruk aku. Malu aku kat minah Korea tuh. Kita ni kalau muka tak cantik atau tak hensem tapi perangai elok tak per.Tapi kalau dah muka tu tak cantik atau tak hensem pas tu perangai lak sama buruk, tak tau ler acik nak kater aper.. lu pikir la sendiri.
Aftermath - 26 Fakta Tentang Kaki Jalan Bernama..
Nampaknya semua dah submit entry untuk tag 26 Fakta Tentang kaki Jalan Bernama.. hasil karya Cikgu Fatt. Aku rasa orang lain pun macam aku jugak, puas ler memerah otak menjawab 26 soalan-soalan tu. Aku ni dah la bab-bab menjawab soalan karangan ni fail sikit, sebab aku rasa tak cukup power nak jadi tukang karut.
Seronok baca entry orang lain especially kenangan-kenangan yang manis, buruk dan yang tak dapat dilupakan. Aku time buat entry tu sebenarnyer tak bleh nak recall peristiwa2 tu.. (nampak sangat dah tuerr.. ;p). Tapi rasanya, aku suka malam terakhir di Makawidey, ada somewhere kat dalam blog aku ni. Pas tu peristiwa kena pangkah ala-ala Otromen oleh mak cik Korea dan banyak lagi ler sebenarnyer.
Anyway, kalau ada sesapa teringin nak baca entry 29 blogger yang lain yang jawab 26 soalan ni sila lah click kat "26 Fakta Tentang Kaki Jalan Bernama.. " .
Saturday, November 12, 2011
26 fakta tentang seorang kaki jalan bernama.....
First time kena tag untuk menjawab soalan-soalan yang dikatakan bak soalan SPM siap ada part I-Part IV lagi. Berdebor-debor lak rase nak menjawab. Apapun.. Inilah dia jawapan 26 fakta tentang seorang kaki jalan bernama...
Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Nama aku Fid.. nama sebenar susah orang nak sebut especially kalau orang bukan melayu. Kenapa divasweet?? sbb aku pernah ternampak ada org pakai nick divacun tp sbb aku tak cun takkan lah aku nak pakai nick dia, hence divasweet dan nick ni aku dah pakai since 2004. Bak kata member aku kalau anak ni dah darjah satu dah pun..
2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Sejak zaman budak-budak lagi. Time cuti skolah arwah mak suka melawat pak cik kat N9, so dari Kedah ke N9 pas tu balik ikut Kelantan. Time raya melawat sedara kat Yala, Pattani. Pas tu zaman ITM, cuti skolah jer pegi berakit kat Sg Pahang, balik ikut Kelantan, pegi Taman Negara etc. Tapi kalau betul-betul terjebak dalam dunia travel ni, April 2004, 1st trip pegi Korea
3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Traveller or Tourist? I’m both a traveller and a tourist. Simply because.. chewahh, speaking london jap. Ada time-time dier aku malas sangat nak godek-godek tentang satu-satu tempat tu so, aku opt untuk ambik tour. Tapi aku tengok jugak la jenis tour tu. Aku suka walking tour yang aku ambik kat Munich , sambil berjalan, guide akan cerita tentang sejarah tempat-tempat yang kita lawati. Best! Kalau korang pegi Europe pegi ler check out free walking tour. nama jer free, tapi ko still kena kasi tips kat guide.
Tapi rasanya aku lebih kepada traveller, aku suka buat research, so, selalunya aku yang akan plan mana nak pegi, naik apa, tido mana, makanan etc, Sampai jer kat epot, tugas diserahkan kepada BFF aku yang jugak aku panggil Miss GPS. Kat Venice pun salah jalan sekali jer ooo..
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Backpacking + memandai sendiri. Chop.. chop.. Memandai sendiri tu macam mana ek??
5. Siapakah travel partner anda?
BFFs.. Aku ada 4 orang yang selalu jadi travel partner aku. Aku ni jenis nak ikut kepala aku jer so travel partner aku ni kebanyakannyer jenis yang agak ‘submissive’ hehehe kecuali sorang jer.. sebab tu aku simply tak leh travel ngan sesapa takut karang aku tinggal diorang. Kira diorang ni dah paham dah ler perangai aku cemana.
5. Siapakah travel partner anda?
BFFs.. Aku ada 4 orang yang selalu jadi travel partner aku. Aku ni jenis nak ikut kepala aku jer so travel partner aku ni kebanyakannyer jenis yang agak ‘submissive’ hehehe kecuali sorang jer.. sebab tu aku simply tak leh travel ngan sesapa takut karang aku tinggal diorang. Kira diorang ni dah paham dah ler perangai aku cemana.
Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Pertama kali menjejakkan tapak kaki ku ke luar negara selain Thai adalah April 2004 ke Korea . Thai tak masuk buku sebab balik kg.
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Semua negeri di Malaysia, Korea Selatan, Bangkok, Singapore, Jakarta, Bandung, Manado (Indon), Hong Kong, Macau, Guangzhou, London, Paris, Interlaken (Swiss), Salzburg (Austria), Munchen@Munich(Germany), Fussen (Germany), Venice, Flerence, Pisa, Rome, Pompeii
8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Aku tak der ler suka Paris sangat tapi aku nak melawat Muse de Louvre ni sebab hari tu tak habis cover. Aku rasa dalam satu hari pun tak habis pusing. Muzium ni merupakan bekas Istana dan mempunyai koleksi pelbagai tamadun dari Roman sampai ke Egyptian.
Chop.. lagi satu tempat.. Makawidey di Daerah Bitung, Manado , Indonesia . Hampir aku duduk dan kerja di sana .. hehe..
10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Huhmm.. nak kata kelakar tu tak der ler sangat tapi masa last day kat Bangkok, hampir kitorang miss kitorang punya flight. Sebabnyer aku baca pukul 20.30 sebagai pukul 10.30. Yang hampehnyer member-member aku pun sama jer, alih-alih bila sampai airport (epot lama), check-in diorang inform flight delay ke pukul 9.30. Aku pandang member aku, member aku pandang aku.. err.. flight kitorang pukul berapa sebenarnyer?? Bila check balik.. ces pukul 8.30 rupanya. Kitorang kat bilik hotel siap tengok movie sampai habis baru kuar. Sib baik jalan clear, flight lak delay kalau tak bermalam ler kitorang lagi kat Bangkok. Balik jer KL, malam besoknyer rampasan kuasa secara aman kat Bangkok.
12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Di Airport Macau .. time tu aku ½ on business + ½ cuti, dengan beg troli besor hasil rampasan perang kat Guangzhou, letak atas conveyor belt untuk scan, bila dah abis terkial-kial aku nak angkat beg seberat 34kg tuh yg lebih dari ½ berat badan aku. Ada la sorang minah airport kastam kot, dok bebel kat aku suruh cepat dengan suara nyaring. Yang aku ni punya la seksa nak angkat beg tu. “Hurry.. hurry, you are wasting our time” time tu aku mula la menyinga.. Aku jerit ler kat minah tu, aku rasa satu epot tu dengar suara aku. Dah la ko berdiri jer tepi tu tak buat apa, beg aku dah berat, bukan ko nak tolong pun, macam ni ker sikap yang di tunjuk pada foreigner. Betul-betul buat malu gomen Macau jer. Itu dia punya translation la. Walaupun aku tengah marah sib baik aku tak maki dier jer.. kira berhemah gak la aku ni.
13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Of course ler. Aku suka mee cakalang.
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
Mee cakalang ni aku makan kat Bitung, Indonesia. Mee cakalang macam mee sup dan sup dier pakai kepala ikan pas tu letak isi ikan salai.. Perghh sedap tuh. Ada lagi satu bukan ler makanan istimewa pun tapi ada satu ikan tu, bakar cenggitu pun sedap. Nama ikan tu Ikan Kakaktua a.k.a Parrot Fish. Ikan ni sebenarnyer kalau mat saleh tak kasi makan sebab ikan coral yang cantik. Kaler hijau, isi dia licin dan tulang dia pun hijau transparent gitew. ekeke.
Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Backpack. Aku pakai troli 2 kali jer. 1st time masa pegi Korea pas tu masa pegi korea kali ke-6 baru ni. Tu pun sebab aku bawak balik 56 keping CD Super Junior.. wakakaka.. Tapi aku prefer pakai backpack, senang nak naik turun tangga. Tapi kalau travel time winter rasanya bawak beg troli kot sbb baju tebal.
16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan.
Aku ada a few bags, 1 dah arwah dah.
ang Vertikal kecik tu datang skali ngan beg besor. Vertikal Oriental 60l. aku pakai time pegi Europe jer. Aku cuma boleh tunjuk beg tu dah di wrap dan jadi macam ayam turki jer, sebab aku dah simpan. Tunggu ada rezeki trip pegi Greece , Spain ngan Portugal jer kot. Tapi beg Vertikal kecik tu jadi partner aku ke merata tempat. Aku suka beg ni sebab zip keliling instead of yg tali jerut tu. Bukan apa senang nak ambik barang. Baringkan beg, bukak zip, barang yang kat bawah pun senang ambik. kalau beg yang jerut tu nak kena punggah semua. Leceh..
Beg pouch hijau tu yang dah masuk generasi ke-2, yang generasi pertama dah koyak rabak but still kaler hijau. Aku suka sebab nipis. Duit, passport, tiket semua kat dlam tu. bila kat oversea, aku sorak dalam baju, duit kecik jer dalam poket.
Yang Nike Max Air tu memang favourite aku bila travel. Nampak macam tak besar tapi rasanya dalam 30l gak kot. Banyak compartment. Sampai mimpi-mimpi aku kat beg ni. Punya la aku suka. Dah pegi Indon, merata dalam
Beg Deuter kaler oren tu bleh buat beg pouch atau sling beg. besor ler jugak. Yang ni selalu aku bawak time aku pegi pulau jer.
17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Camera, MP3, ubat-ubatan
18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Notebook, jewellery, driving license (hahaha).. apa kejadah nak bawak driving license pegi oversea..
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Ambik gambar.. aku sebenarnyer malas nak menulis. Kalau menulis pun separuh jalan jer.. separuh lagi..err..
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Malu-malu kucing.. wakakaka.. aku tak der gambar sengal. Lagipun geng-geng aku bukan pro ambik gambar so gambar aku biasa-biasa jer.
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Poskad. Aku suka kumpul poskad tapi dah tak tau letak kat mana.. uwaaa!! Dah berapa kali pindah rumah, semua dah tak tau kat mana.
23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Untuk keluarga sudah semestinyer ler aku beli.. kalau kengkawan tu BFF jer.. Eifel Tower kecik pun still lagi ada kat aku sbb terlebih beli. Rasa macam BFF ramai tapi bila dikira-kira balik tak ramai rupanya..
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Shortglass/shotglass.. memula aku start dengan Hard Rock Café (HRC) punya shotglass tapi memandangkan ada tempat yang tak der HRC so aku beli ler shortglass yang melambangkan negara tersebut. Aku ada shotglass gambar kebaya.. korang ada??Skang shotglass tu semua berbalut kertas dan dalam kotak sbb pindah rumah.
Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
Hong Kong - Bangunan cantik dan moden. Sebelum pegi mati-mati aku ingat sophisticated gilos la orang Hong Kong ni tapi hakikatnyer ramai jugak yang berperangai macam Mainland China. Orang kat KL ni lagi ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Tapi macam klakar lak sbb baru aku perasan bila berjalan di mana banyak butik-butik terkemuka macam LV, DKNY, Calvin Klien, tapi bila ko masuk jer lorong pegi ke jalan besar on the other side, red light district rupanya.
26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Saya berangan untuk mendapatkan Round the World flight ticket tak pun tiket untuk at least 3 continents (ada tau aku dah godek or refer sini http://www.roundtheworldticket.com/ ). This is the ultimate goal. Untuk spent beberapa bulan travelling. Hopefully, boleh buat by the time aku nak masuk 4 series. (aku dah tua daa)
Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Satu yang leceh pasal pegi Europe ni sebab point of entry immigration tak der check passport, hence, tak der ler cop negara yang ko pergi. Ini adalah cop perjalanan terakhir aku di Europe. Dari Paris Nord nak naik Eurostar ker London. Inilah dier indication yang aku penah sampai Europe.
Thursday, November 03, 2011
Europe Trip - Pompeii (Part 2)
Apsal aku suka Pompeii? Entahler, maybe sebab aku suka baca cerita-cerita mitos greek dulu kot. Pas tu ada lak cerita-cerita pasal kaum yang dilaknat. Tapi bila kat sana, memang patut pun la kena laknat pun. Anyway, aku tanak cerita panjang, sebab aku menghapdate sambil mengemas nak balik kg untuk Raya Haji, so aku letak ler gambor..
Pompeii ni pada zaman kegemilangannya merupakan satu bandar yg makmur dan terancang. Jalan-jalannya lurus, berturap dengan sistem saliran yang bagus. Kawasan-kawasan di Pompeii dibina mengikut fungsi masing-masing, contohnya; ada kawasan untuk perniagaan, perumahan, pentadbiran dan rekreasi. Bila becakap bab perniagaan ni kan termasuklah rumah-rumah harammmmm gitu. Aku tengah dok pikir, nak letak tak gambar. Ada gambar yanf SX18 ni. huhmm..
Cuaca time ni punya la paneh tapi ada angin. Muka aku siap sunburn lagi. Tapi tu la diorang punya town planning memang bagus lah.. untuk tamadun yang dah menjangkau 2 millenia, semuanya nampak teratur tapi kalau tengok KL ni perghh.. carca marba gitew. Kalau nak dibandingkan dengan orang sekarang, orang dulu skolah tak der degree pun dalam town planning tapi mampu buat macam tu. Oklah KL ni besar, Pompeii tu kecik so tak leh buat comparisan.. pfff. Tengok orang yg rancang LRT pun dah cukup sakit hati..
Note : do you know that if you stand at one point in the amphitheatre, your speech can be heard by the whole audience? Aku tak try pun..
Anyway, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Aku nak balik kampung hari ni. Cau Cin Cau!~!
Thursday, October 27, 2011
Kawan dari Korea..
Minggu ni bz sikit. Bz jadi drebar ler bz meneman ler. Kesahnya sbb ada member dari Korea datang. Yang sebnornyer bukan member aku pun tapi member kepada member aku dan aku penah jumpa siap dia bawak kitorang pegi ski resort lagi. So, dah datang sini kitorang pun bawak ler pegi jalan-jalan. Lupa lak nama dia Sora. Maleh nak crita, ni aku tepek gambar skeet.
Friday, October 21, 2011
Europe Trip - Pompeii (Part 1)
Ni aku nak cerita sikit pasal Pompeii. Aku cilok dari Wikipedia
The city of Pompeii is a partially buried Roman town-city near modern Naples in the Italian region of Campania, in the territory of the comune of Pompei. Along with Herculaneum, Pompeii was destroyed and completely buried during a long catastrophic eruption of the volcano Mount Vesuvius spanning two days in the year AD 79. The eruption buried Pompeii under 4 to 6 m (13 to 20 ft) of ash and pumice, and it was lost for nearly 1700 years before its accidental rediscovery in 1749. Since then, its excavation has provided an extraordinarily detailed insight into the life of a city at the height of the Roman Empire. Today, this UNESCO World Heritage Site is one of the most popular tourist attractions of Italy, with approximately 2,500,000 visitors every year.
Second day kat Rome, kami akan ke Pompeii. Bangun seawsl jam 6 pagi sebab train bertolak pukul 7.25 pagi. Sambil tunggu turn nak masuk bilik air, kitorang rebus nasi impit, buat kopi, mandi dan sembahyang, tengok jam dah pukul 7 pagi. Kelam kabut kemas, cilok roti ngan yogurt kat reception pas tu kuar pegi Roma Termini. Nasib baik ler dekat jugak ADBB ngan station. Train kat situ on the dot jalan tau. Sedang molek ler kitorang sampai, naik duduk kejap trus train jalan.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebelah aku ada sorang pok cik Italy siap ngan kot semua.. nak gi keje kot.. hehe.. Satu yang best dalam train ni, dia ada kasi 1 keping biskut jenama "Ciok" (punya la cioknyeerr sekut tu). Bawah biskut kat atas tu ada coklat. Sedap siot tapi kasi 1 jer. Pas tu 1 lagi yang free adalah kopi. Sedap banget kopi dier tapi sikit gilos. Ala-ala espresso dia punya sukatan.
Sampai jer kat Naples or Napoli, kena tukar ke train biasa. Train to di panggil Circumvesuviana dan stesen yang akan kitorang pegi of course le Pompeii. Komuter kita lagi cun lah dari train ni.. hehehe. Dari Napoli Stn ke Pompeii mengambil masa 1/2 jam. Itu pun sebab dia berhenti a few station. Kitorang sampai kat entrance lebih kurang dalam pukul 10.15 pagi.
Thursday, October 20, 2011
Europe Trip - Rome (Part 1)
Flight dari Standsted Airport ke Rome Ciampino Airport mengambil masa 2 1/2 jam. Sampai jer kat CA, rasa macam kat airport Kota Bharu jer. Turun dari flight, bas dah tunggu depan flight. Ingatkan terminal tu jauh rupa-rupanya yg depan mata tu jer. Alahai kociknyer, dekat lak tuh. Kalau AA mau dah kena jalan kaki ni. Immegresen memang tak der tanya apa-apa pun. Passport pun tak der cop.. cess!! Dah settle luggage semua, kitorang opt for Terravision Bus untuk pegi ke Roma Termini a.k.a stesen keretapi Rome. Jarak tak jauh pun dalam less than 20km.
Sampai jer kat Roma Termini maka bermula lah pencarian Asian Delight BB. Oleh sebab haku ni bab cari direction punya la hampeh, maka tugasan diserahkan kepada partner-partnerku. Diorang la tengok peta, cari jalan, aku?? aku ikut jer. Disebabkan sign board pun tak ader, terkial-kial jugak la kitorang mencari, ada la sorang pok cik Italian yang nak tolong tapi masalahnyer dia lak tak reti nak cakap English. Dah macam ayam dengan hamster lak. Rupa-rupanya dah dekat tapi disebabkan ada construction, jadi pintu masuk terlindung. Kitorang pun kasi la keychain kat pok cik tu sebagai tanda terima kasi.. Chewaahh promote Malaysia la kata.
Lift dia punya la antik. Button typewriter punya style, terus teringat kat Hong kong dulu. Anyway, kami disambut oleh Abang Botak. Ada ker patut sambut kitorang dengan suar tido.. a.k.a satin short hokeyy.. hampeh betul. Sexy tu. Kami dapat bilik untuk 3 orang. Dia cerita dulu bilik tu ada wallpaper tapi dia dah koyakkan pas tu biar jer macam tu, tak cat langsung. Tapi santek la pulak bila dia buat stle cenggitu. Ada 1 katil queen size ngan 1 single size, ada TV n PC kat dalam bilik. Pas tu dia ajar cemana nak guna espresso machine kat depan tu.
Kitorang rest sekejap, lepas sembahyang baru kuar berjalan. So bermula la operasi menapak di Rome. Destinasi pertama, cari makan dulu. Seriously lapar tapi tak terpikir nak ambik gambar kedai tu tapi kebab dia memang best banget gitew. Kebab + Coke EUR5. Pas tu kitorang pegi ke Roma Termini untuk book train ke Naples and Pompeii. Ada la ulat kat train station tu siap nak charge EUR170 untuk trip pegi Pompeii. Giler mahal. Bila kitorang cakap nak pegi sendiri dia lowerkan price sampai EUR105. Tak kose mak nak layan. Kitorang pegi tengok timetable kat SST (Self Service Terminal), ada la pak cik ni macam nak tolong tapi tak pandai cakap English, dia just tunjuk2 cemana nak guna. Bukan kitorang nak beli ticket pun tapi cuma nak tengok timetable jer.
Disebabkan ini first time pakai Eurail Pass, so, terkial-kial la sikit. pegi tanya kat ticket counter, dia suruh pegi office Eurail..ooo ada office sendiri rupanya. Please note yer, kalau pakai Eurail Pass, kena buat seat reservation. EUR10 untuk one way. Since kat Italy, so naik Trenitalia. Dah settle pasal tiket mula ler kitorang berjalan.
Among a few places yg kitorang pegi/lalu.
1. Republica - Piazza della Repubblica and St Maria Basillica
2. Piazza Berberini - Ada demonstrasi apa ntah kat situ.
3. Hard Rock Cafe Rome @ Via Vittorio Veneto
4. Trinitta dei Monti or Spanish Steps. Tak paham kenapa glamer, Bangla jual bunga ramai ler kat situ.
5. Fontana de Trevi or Trevi Fountain. Ramai gilos orang kat sini
6. Palazzo delle Esposizioni
7. Santa Maria Maggiore.
Letih gila menapak. Pinie, siap tapak kasut terrcabut lagi. Hehehe.. Penat memang ler penat tapi best. Balik bilik dah pukul 10 malam lebih kurang pukul 4 pagi time Malaysia. Sempat update Facebook. Besoknyer kitorang akan ke Pompeii!!
Lift dia punya la antik. Button typewriter punya style, terus teringat kat Hong kong dulu. Anyway, kami disambut oleh Abang Botak. Ada ker patut sambut kitorang dengan suar tido.. a.k.a satin short hokeyy.. hampeh betul. Sexy tu. Kami dapat bilik untuk 3 orang. Dia cerita dulu bilik tu ada wallpaper tapi dia dah koyakkan pas tu biar jer macam tu, tak cat langsung. Tapi santek la pulak bila dia buat stle cenggitu. Ada 1 katil queen size ngan 1 single size, ada TV n PC kat dalam bilik. Pas tu dia ajar cemana nak guna espresso machine kat depan tu.
Kitorang rest sekejap, lepas sembahyang baru kuar berjalan. So bermula la operasi menapak di Rome. Destinasi pertama, cari makan dulu. Seriously lapar tapi tak terpikir nak ambik gambar kedai tu tapi kebab dia memang best banget gitew. Kebab + Coke EUR5. Pas tu kitorang pegi ke Roma Termini untuk book train ke Naples and Pompeii. Ada la ulat kat train station tu siap nak charge EUR170 untuk trip pegi Pompeii. Giler mahal. Bila kitorang cakap nak pegi sendiri dia lowerkan price sampai EUR105. Tak kose mak nak layan. Kitorang pegi tengok timetable kat SST (Self Service Terminal), ada la pak cik ni macam nak tolong tapi tak pandai cakap English, dia just tunjuk2 cemana nak guna. Bukan kitorang nak beli ticket pun tapi cuma nak tengok timetable jer.
Disebabkan ini first time pakai Eurail Pass, so, terkial-kial la sikit. pegi tanya kat ticket counter, dia suruh pegi office Eurail..ooo ada office sendiri rupanya. Please note yer, kalau pakai Eurail Pass, kena buat seat reservation. EUR10 untuk one way. Since kat Italy, so naik Trenitalia. Dah settle pasal tiket mula ler kitorang berjalan.
Among a few places yg kitorang pegi/lalu.
1. Republica - Piazza della Repubblica and St Maria Basillica
2. Piazza Berberini - Ada demonstrasi apa ntah kat situ.
3. Hard Rock Cafe Rome @ Via Vittorio Veneto
4. Trinitta dei Monti or Spanish Steps. Tak paham kenapa glamer, Bangla jual bunga ramai ler kat situ.
5. Fontana de Trevi or Trevi Fountain. Ramai gilos orang kat sini
6. Palazzo delle Esposizioni
7. Santa Maria Maggiore.
Letih gila menapak. Pinie, siap tapak kasut terrcabut lagi. Hehehe.. Penat memang ler penat tapi best. Balik bilik dah pukul 10 malam lebih kurang pukul 4 pagi time Malaysia. Sempat update Facebook. Besoknyer kitorang akan ke Pompeii!!
Wednesday, October 12, 2011
Europe Trip 2009 - Asian Delight B&B (Rome)
This is where we stayed in Rome. Asian Delight B&B. A walking distance from Roma Termini. We called the owner the Sexy Abang Botak! Maunyer tak sexy, pakai boxer silk lagi time kitorang sampai. :D
Tuesday, October 11, 2011
Europe Trip - 04 - 23.10.2009 - Rome
Setelah berkurun lama aku peram, ni baru ler aku nak crita sikit (sikit saja tau) pasal trip aku pegi Europe nuuu in 2009. Tapi rasanya malas nak menulis so maybe tempek gambar jer lebih kot. So gambar pertama yang aku nak letak adalah gambar jeng jeng jeng..
Ni gambar kitorang, 3 Dara Pungutan. Siap ada party pack lagi tuh. Flight dari LCCT ke Standsted Airport lebih kurang dalam pukul 5.30 petang. Siap dah wrap beg sampai jadi macam ayam turkey dah. Kitorang pakai backpack jenama Vertikal yg zip keliling. Aku tak suka kalau yang jenis cerut kat atas tu sebabnya kalau barang kat bahagian bawah susah nak ambik. Siap nak kena keluarkan barang yang kat atas lagi. Tapi backpack ni sonang jer.. baringkan jer pas tu bukak zip terus je bleh ambik. Pas tu dia siap ada beg kecik lagi, so tersangatlah convenient bagi aku.
13 jam perjalanan non stop ke Stansted Airport London, kami tak ambik pun entertainment set tu. tak kose. aku tido kejap pas tu dengar MP3 jer. Kematu b****t dok atas kapal terbang lama-lama. Sampai jer kat London dah tengah malam. Q untuk imigresen panjang nak mampos. Aku dah siap-siap sediakan tiket Ryan Air ke Rome plus tiket balik ke Malaysia. Walaupun tak banyak songeh tapi still dia mintak nak tengok tiket tuh. Alhamdulillah semua selamat.
Flight ke Rome pukul 6.30 pagi. Apa lagi yang boleh dibuat kalau dah tengah malam?? Tido ler. Kerusi masing-masing dah kena chop so, terpaksala tido atas lantai. Tapi tak per jangan risau, berlambak orang tido kat epot. hehe.. Ada yang tido ler, baca buku ler.. aku?? pasang earphone, pejam ler mata. Sib baik tak sejuk sangat.
Rasanya dalam pukul 4am lebih kot kitorang pegi check in bag. Tiba-tiba jer diorang panggil balik kitorang. cuak sekejap. One of my partner punya bag kena tahan. Suspect ada bawak barang yang merbahaya. Apa kebendanya?? Ghope-ghopenyer portable electric cooker tu. masa scan nampak, dia ingat kitorang bawak yang gas punya. Gila hape, ingat bodoh sangat ker kitorang nak bawak yang gas punya. Sekali lagi nasib baik kitorang pakai beg yang zip keliling tu, senang nak bukak, senang nak kemas balik barang.
Apa lagi dah masuk bording area, dah menunggu plak satu hal. Sekali lagi Q panjang gila nak naik Ryan Air nih. Kalau kita dok merungut seat AA sempit, seat Ryan Air tu lagi la sempit. Confuse aku cemana mat saleh boleh duduk. Aku yang kaki pendek ni pun rasa macam sempi benor. Tapi kat dalam flight boleh pakai handphone, so bisinglah orang dok nyembang dalam tepon. Aku macam biasa tak der kejer lain selain tidoo. Perjalanan dari London ke Rome mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.
...to be continued.. ^^
Rasanya dalam pukul 4am lebih kot kitorang pegi check in bag. Tiba-tiba jer diorang panggil balik kitorang. cuak sekejap. One of my partner punya bag kena tahan. Suspect ada bawak barang yang merbahaya. Apa kebendanya?? Ghope-ghopenyer portable electric cooker tu. masa scan nampak, dia ingat kitorang bawak yang gas punya. Gila hape, ingat bodoh sangat ker kitorang nak bawak yang gas punya. Sekali lagi nasib baik kitorang pakai beg yang zip keliling tu, senang nak bukak, senang nak kemas balik barang.
Apa lagi dah masuk bording area, dah menunggu plak satu hal. Sekali lagi Q panjang gila nak naik Ryan Air nih. Kalau kita dok merungut seat AA sempit, seat Ryan Air tu lagi la sempit. Confuse aku cemana mat saleh boleh duduk. Aku yang kaki pendek ni pun rasa macam sempi benor. Tapi kat dalam flight boleh pakai handphone, so bisinglah orang dok nyembang dalam tepon. Aku macam biasa tak der kejer lain selain tidoo. Perjalanan dari London ke Rome mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.
...to be continued.. ^^
Monday, October 10, 2011
Sunday, October 09, 2011
Saturday, October 08, 2011
Gackt - No ni Saku Hana no You ni
One of my favourite song by Gackt. Rooting for Gackt - Yellow Fried Chickenz tour 2012. Whohooo...!!!
Thursday, October 06, 2011
Travel Blog?!!
Hajat di hati nak buat travel blog tapi tu lah hajat tinggal hajat jer. Dah banyak tempat aku redah walaupun tak sebanyak orang lain tapi tahap kemalasan nak translate dalam blog menyebabkan tinggal hajat jer ler.
Aku memang suka berjalan. Rasanya semua bermula dengan arwah mak yang memang suka berjalan. Teringat time cuti-cuti sekolah dulu travel dari Kedah ke Negeri Sembilan lepas tu balik ikut Kelantan. Perghh best tuh.
Bila masuk ITM pun aku berjalan lagi dengan geng-geng Komander. Dari Perlis pegi camping kat Lumut, Termerloh, Besut. Ada jugak yg pegi ke Belum tapi time tu aku pegi Langkawi.
Bila dah kejer apa lagi panjang la langkah. Semua negeri aku dah sampai termasuklah Labuan. 2005 adalah tahun pertama aku menjejak kaki ke luar negara. Negara pertama yang au pegi of the course ler Korea. maybe sebab tu lah aku suka Korea especially Seoul. Lepas tu aku pegi Singapore, Bangkok, Indonesia (a few places), Macau, Hong Kong, China, Italy, Germany, Austria, Swiss, Perancis dan London.
Kalau ikutkan hati nak jer aku pegi merata dunia. Aku aim ticket untuk menjelajah at least 5 continents ada lah dalam RM16,000. Itu angan-angan dan impian. Mana tau boleh jadi kenyataan kan??!!
Usia blog ni..
Sedar tak sedar rupa-rupanya blog haku ni dah 7 tahun dah. Bak kata member dah masuk sekolah rendah dah pun. Macam-macam pengalaman suka duka yang dah terjadi dalam masa 7 tahun ni. ada yang aku letak kat blog tapi banyak jugak yang aku tak letak.
Aku suka layout baru ni walaupun tak 100% puas hati. Aku suka sebab simple. Dah malas aku nak serabut-serabut. Tengah dok pikir ni.. haruskah aku letak balik Shout Box tu??
Kalau tengok label kat bawah tu ada trip pegi Korea, ada 1st, 2nd and 6th trip.. mana peginyer 3rd, 4th and 5th trip? hehe.. mim alif lam sin nak letak. tak per nanti aku letak. Walaupun tak der cerita tapi aku letak jer ler gambar.
Dulu-dulu aku suka letak gambar kat slide tapi macam tak best lak aku tengok. Tak pa, bak kata omputih pelan-pelan kayuh. Aku akan letak sikit-sikit gambar.
New Layout
I got new layout for my blog. Do you like my new header?? It's from my European trip. Not to say that I'm satisfied with it but it will do for the mean time. More changes will be coming soon. I wanna start blogging again. I got lots of pictures from my trips Europe trip way back in 2009, my Cuti-cuti Malaysia pics, my Seoul trips and of course I'll try resurrecting my old pics. Yikes!! It's time to start blogging again.
Friday, August 12, 2011
Tree, Leaf, Wind & Love . . .
I received an e-mail and I found it to be interesting and so very true
People call me "Tree".
I had dated 5 girls when I was in Pre-U. There is one girl who I love a lot but never dared to go after. She didn't have a pretty face, good figure or an outstanding charm. She was just a very ordinary girl. I liked her. I really liked her. I liked her innocence, her frankness, her intelligence and her fragility. Reason for not going after her was that I felt somebody so ordinary like her was not a good match for me. I was also afraid that after we were together all the feelings would vanish. I was also afraid other's gossip would hurt her.
I felt that if she were my girl, she'd be mine ultimately & I didn't have to give up everything just for her. The last reason, made her accompanying me for 3 years. She watched me chase other girls, and I have made her heart cry for 3 years.
She was a good actor, and me a demanding director. When I kissed my second girlfriend, she bumped into us. She was embarrassed but smiled & said, "Go on!" before running off. The next day, her eyes were swollen like a walnut. I did not want to know what caused her to cry. Later that day, I returned from soccer training to get something & watched her cry in the classroom for an hour or so. My fourth girlfriend did not like her. There was once when both of them quarreled. I know that based on her character she is not the type that will start the quarrel. However, I still sided my girlfriend. I shouted at her & ignored her feelings and walked off with my girlfriend. The next day, she was laughing & joking with me like nothing happened. I know she was hurt but she did not know deep down inside I was hurt too.
When I broke up with my fifth girlfriend, I asked her out. Later that day, I told her I had something to tell her. I told her about my break up. Coincidentally, she has something to tell me too, about her getting together.. I knew who the person was. His pursuit for her had been the talk of the School. I did not show her my heartache, just smiles & best wishes. Once I reached home, I could not breathe. Tears rolled & I broke down. How many times have I seen her cry for the man who did not acknowledge her presence?
During graduation, I read a SMS in my mobile. It said, "Leaf's departure is because of Wind's pursuit. Or because Tree didn't ask her to stay"
Leaf..
People call me Leaf..
During the 3 years of Pre-U, I was on very close terms with a guy as buddy kind. However, when he had his first girlfriend, I learnt a feeling I never should have learnt - Jealousy. Sourness to the extreme limit. They were only together for 2 months. When they broke up, I hide my happiness. But after a month, he got together with another girl.
I liked him & I know he liked me. But why won't he pursue me? Since he loves me why he didn't he make the first move? Whenever he had a new girlfriend, my heart would hurt. After some time, I began to suspect that this was one-sided love. If he didn't like me, why did he treat me so well? It's beyond what you will normally do for a friend. I know his likes, his habits. But his feelings towards me I can never figure out. You can't expect me a girl, to ask him. Despite that, I still wanted to be by his side. Care for him, accompany him, and love him. Hoping that one day, he will come to love me. Because of this, I waited for him. Sometimes, I wondered if I should continue waiting. The pain, the dilemma accompanied me for 3 years.
At the end of my 3rd year, a junior pursues me. Everyday he pursues me. He's like the cool & gentle wind, trying to blow off a leaf from a tree. In the end, I realized that I wanted to give this wind a small footing in my heart. I know the wind will bring the leaf to a better land. Finally, leaf left the tree, but the tree only smiled & didn't ask me to stay.
Leaf's departure is because of Wind's pursuit. Or cause Tree didn't ask her to stay..
Wind..
People call me Wind..
Because I like a girl called leaf. Because she's so dependent on tree, so I have to be a gust wind. A wind that will blow her away. When I first met her, it was 1 month after I was transferred to this new school. I saw a petite person looking at my seniors & me playing soccer. During ECA time, she will always be sitting there. Be it alone or with her friends, looking at him. When he talks with girls, there's jealousy in her eyes. When he looked at her, there's a smile in her eyes. Looking at her became my habit. Just like, she likes to look at him.
One day, she didn't appear. I felt something missing. I can't explain the feeling except it's a kind of uneasiness. The senior was also not there as well. I went to their classroom, hid outside and saw my senior scolding her. Tears were in her eyes while he left. The next day, I saw her at her usual place, looking at him. I walked over and smiled to her. Took out a note & gave to her. She was surprised. She looked at me, smiled & accepts the note.
The next day, she appeared & passes me a note and left.
It read, "Leaf's heart is too heavy and wind couldn't blow her away.."
"It's not that leaf heart is too heavy. It because leaf never want to leave tree." I replied her note with this statement and slowly she started to talk to me & accept my presents & phone calls. I know that the person she loves is not me. But I have this perseverance that one day I will make her like me.
Within 4 months, I have declared my love for her no less than 20 times. Every time, she will divert away from the topic. But I never give up. If I decide I want her to be mine, I will definitely use all means to win her over. I can't remember how many times I have declared my love to her. Although I know, she will try to divert but I still bear a small ray of hope.
Hoping that she will agree to be my girlfriend. I didn't hear any reply from her over the phone. I asked, "What are you doing? How come you didn't want to reply?" She said, "I'm nodding my head". "Ah?" I couldn't believe my ears. "I'm nodding my head" She replied loudly. I hang up the phone, quickly changed and took a taxi and rush to her place & press her doorbell. During the moment when she opens the door, I hugged her tightly.
Leaf departure is because of Wind pursuit. Or because Tree didn't ask her to stay...
_____________________________________________________________________________
Moral..
In love, we win very rarely, but when love is true, even if you lose, you still win just for having the tingle of loving someone more than you love yourself.
There comes a time when we stop loving someone, not because that person has stopped loving us but because we have found out that, they'd be happier if we let go..
Why do we close our eyes when we sleep? When we cry? When we imagine? When we kiss?
This is because THE MOST BEAUTIFUL THINGS IN THE WORLD ARE UNSEEN.
There are things that we never want to let go of, people we never want to leave behind, but keep in mind that letting go isn't the end of the world. It's the beginning of a new life. Happiness lies for those who cry those who hurt, those who have searched and those who have tried. For only they can appreciate the importance of the people who have touched our lives.
A great love? It's when you shed tears and still you care for them, it's when they ignore you and still you long for them. It's when they begin to love another and yet you smile and say, "I'm happy for you." If love fails, set yourself free, let your heart spread its wings and fly again. Remember you may find love and lose it, but when love dies, you never have to die with it.
The strongest people are not those who always win but those who stand back up when they fall. Somehow, along the course of life, you learn about yourself and realize that there should never be regrets, only a lifelong appreciation of the choices you've made.
Loving is not how you forget but how you forgive, not how you listen but how you understand, not what you see but how you feel, and not how you let go but how you hold on.
It's more dangerous to weep inwardly rather than outwardly. Outward tears can be wiped away while secret tears scar forever..
It's best to wait for the one you want than settle for one that's available. It's best to wait for the right one because life is too short to waste on just someone . .
Tuesday, May 03, 2011
Mender ahh
Asik dok bz buat blog jer skang ni.. blog ni pun tak nyompek den nak update.. huhuhu.. sebenornyer ni testing jer..
Friday, March 25, 2011
Gambar Muggy and Minam
MiNam si kaki gemuk. aku panggil dia Peha Ayam.. ekekeke
Kocik jer time ambik.. skang dah jadik Peha Ayam
Encem Boy
Si Kain Buruk
Best tul arr citer ni.. Layanzzz..
Muggy and MiNam!
Lupa lak nak cerita pasal anak-anak aku.. ehh.. bila masa aku kawin?? tak der maknenyerrr.. ni anak tak payah kawin pun boleh jer.. :p. Nama nya Muggy a.k.a Kang Mu Gyul dan jugak MiNam a.k.a Go Mi Nam.. wakakaka..
Muggy ni jantan dan aku suka panggil di Mu-chan@g sebab kekadang aku tgk muka dia macam musang. Tirus gitu. Masa mula ambik, kaler dia kelabu seluruh badan, skang bila dah besar ni dah jadi kaler kelabu belang putih lak.. Character dier Manja gitu tak macam MiNam yang walaupun manja jugak tapi dia taiko besor kat dalam rumah tu.
Minam lak betina yg kaler macam kain buruk (kata Ckucin).. hehehe.. Ekor dah bersimpul, walaupun kembang kekadang tgk macam bunga lak. Maklumla betina.. macam bunga la kan tapi tahap keganasan dia boleh tahan la.. Muggy da trend setter, kalau panjat grill tingkap tu separuh jer. Si MiNam lak memula tu tengok, leaps tu kalu, dia la yang akan panjat trus sampai ke atas dan Muggy pun blajor ler naik sampai atas.
Favourite past time diorang ada lah 'bergumpal' (ayat aku la).. sampai tercabut-cabut bulu diorang bila bergumpal.. tak tahan tu bila aku lalu sebelah diorang time tu, si MiNam tu nak bergumpal lak dengan kaki aku.. ades.. anakku.. belajar-belajar ler main tak kurkan kuku ko yg tajam tuh..
Masa diorang kat rumah kat Pandan Indah tu, kalau senyap jer, aku dah risau.. karang jatuh dari tingkat 3 tu.. oh TIDAKKKK!!! First time tengok diorang kat atas langsir punya railing tu, macam nak terkuar jantung aku.. Oh My Kitties.. nakal Ya Rabbi!! Muggy dengar sura aku dah lari bekejaran turun sbb tau aku marah. Si MiNam lak bersenang lenang kat atas tu.. buat bodoh jer bila aku bebel. dan MiNam telah menghadiahkan aku dengan garisan-garisan halus yang pedih jer rasa bila aku bawak dia turun. Come to think of it, MiNam jer suka main kasar ni..
Tapi budak 2 ekor ni ler pengarang jantung aku... huhuhu.. I miss my Kitties..
Subscribe to:
Posts (Atom)