Tengahari tadi, aku menghadiri majlis Cahaya Syawal bersama Anuar Zain di Bijan Restaurant. Mula-mula bila dapat email tu rasa macam pernah ku dengar nama Bijan ini tapi di mana yaaa???. Bila check address, rupa-rupanya kat Bukit Ceylon belakang opis aku jerr.. baru la aku ingat time Walking Treasure Hunt dulu memang lalu depan Bijan pun.. aku sampai lebih kurang pukul 2.00. Dari luar jer dah nampak Belle dengan baju birunyer. Masuk jer kat dalam.. erkk.. ramai la pulak. This time around, lagi ramai. Dulu, masa mula-mula buat cuma 18 orang jer kat Top Hat restaurant pas tu kat Rooftop tu ramail sikit dalam 35-40 orang kala ni lagi ramai laa.. D seperti biasa turun dari Singapore pas tu rasanya ada satu family dari Singapore yang datang dari Singapore.
Anyway, kali ni ramai la lelaki yang datang.. hehehe.. kalau tak asik-asik muka azmi, hafidz, shah & wan jer. Memula sampai tu duduk memang berterabur ler. Epy pun tak sampai lagi.. so duduk ler aku dengan Azmi, Emy pas tu kat table aku tu ada Shima.. dengan sapa lagi ntah. I'm soo very bad with names..Sorry guys. Bila dah hampir pukul 2.30 baru ler buat registration. Cess.. tak leh duduk dengan geng, rupa-rupanya diorang dah setkan duduk kat table mana. Still aku duduk satu table dengan Suzy, D, Wan, Su and the gang dan jugak Shima and the gang, pas tu ada satu family at the end of the table. Time registration ada la door gift berupa towel ada embroidery "Cahay Syawal Anuar Zain" dan juga aturcara majlis. Bukak jer aku perasan ada persembahan dari peminat.. Uiksss!!
Anyway, Anuar sampai lebih kurang pukul 3.15, awal-awal lagi Kira dah pesan kasi Anuar makan dulu.. hehehehe.. maklumla dia tu kan susah say 'no' kat peminat-peminat dia, kang kebulur jer tak sempat nak makan. Berbaju Melayu kaler err... apa ekk?? Macam nak Peach/Pink gitu.. ntahler aku ni buta nama warna sikit, suka hati korang ler nak panggil warna apa pun. Sampai jer Anuar kat luar, diorang dah start bangun nak ambik gambar. Anuar lak time tu ler baru nak pakai sampin, apa lagi ambik gambar censored ler.. hehehe.. bukan aku yer.. aku jauh tak leh nak ambik gambar tapi table Anuar memang strategik ler. Aku punya view baik jer. Pusing sikit jer terus nampak dia. Masuk, lambai-lambai datang ke table kitorang pas tu salam-salam sikit and Kira pun panggil ler suh duduk kat tempat masing-masing. Hari ni Kira macam cikgu la.. hehehehe.. Jangan Mare yer.. you tetap glamour gitu!!.
Wokeh.. Mula-mula speach sikit.. standard ler rasanya Shee kot pas tu Shee dengan Belle dok berpantun lepas tu baru la Anuar menyampaikan sepatah dua kata dan menyampaikan sebuah lagu.. preview jer dari album yang bakal dikeluarkan.. bertajuk "Lelaki".. er ya tak Abang Nuar?? Tolong clarify sikt.. Cewahh.. macam ler Anuar Zain ada masa nak masuk blog aku ni.. ntah dia pun tak tau tentang kewujudan blog aku ni.. Hampess.. Bukan Abang Nuar yang hampess tau.. cuma favourite word jer.. Berbalik kepada lagu tadi.. Sedap... rasa strawberry.. lagu skarang ada 6 songs so looking for 4 more songs. Insya Allah maybe next year.. well.. hopefully.
Bila masing-masing dah settle down dah makan, mula la acara persembahan. Masa registration, setiap table ada nama masing-masing bersempena nama-nama lagu Anuar yang glamour, macam nama table aku, Semua Untukmu, ada Rindu Belaian, ada Permata etc. Sebelum Anuar duduk makan, dia dah cabut 3 nama dari dalam Kotak Mister dan 3 table tu ler yang akan mengadakan persembahan iaitu menyanyikan lagu table diorang ler. Hehehe.. table aku tak kena.. Tapi sebelum tu, Diana, Shee and the gang menyanyikan lagu raya.. er.. lagu apa ekk?? Ala aku tak ingat la tapi mestila lagu raya Anuar zaman kanak-kanak ribena dier dulu tu... hihihi.. lepas tu baru ler group Rindu Belaian, Permata dan juga Keabadian Cinta. Ingatkan dah habis, rupa-rupanya Ezzam lak menyanyikan lagu Munkin. Sedap sore dier.
Selepas persembahan, Anuar, macam yang lepas jugak berjalan dari satu table ke satu table. Rasa macam kelakar pun ada jugak, kesian pun ada jugak. Anuar seperti biasa dengan keramahan dier, dengan senyuman dier melayan karenah peminat-peminat dia yang berbagai nih. Table aku adalah table kedua. Ada la something yang aku kurang senang dengan sorang peminat Anuar tapi tak perlah.. biarlah dier dengan labu-labunyer. Kebetulannya aku bawak la buku doodle aku.. buku conteng-conteng aku la.. ada gambar Jerry ler, Hanil kawin ler, graduation, gambar aku beramai-ramai pegi Ulu Yam, gambar dengan Rahim dan jugak hambar first gathering kat Top Hat dulu. Alamak Anuar siap belek-belek lagi buku aku tuh.. Malu siot bukan malu apa tapi sebab ada gambar shining teenagers la, gambar Jerry ler.. hehehehe.
Seperti biasa jugak, dari satu meja ke satu meja tu memang ler ambik masa lelama. Kira dah tensen sebabnyer booking kat situ cuma sampai pukul 6 petang lagipun Anuar ada show kot sebelah malamnyer. Anyway, it ended close to 7 pm sebab hujan la pualk sebelum tu.
I know this entry ended up like s**t but I am soo tired. Besok nak gi umah Anne lagi pas tu maybe nak ke rumah Fadzlina@ Macho (nick zaman skolah) kat Bukit Subang lagi. Letih oo. Enjoy the pics taken at Bijan. I'll upload the rest later.
*** Full gambar akan aku upload nanti yerr ***