Monday, December 31, 2007

Welcome 2008!!

In a matter of hours, we will enter a new year. Goodbye 2007!! Hello 2008!! For me, there's a lot of things that I need to reflect. Of course it is all about myself, my life, my work. As I get older, my way of thinking has also evolve and different. I'm not gonna say that I'm mature or what, coz there's always the mischievous inner child in me that sometimes can get out of hand and get me into a lot of trouble. I need to improve on my certain impulsive behaviour (hey.. not korek hidung in public la.. I never done that!!) it's just that I tend to make a hasty decision. To think more before I make any decision. My temper.. need to improve a lot on that. I don;t want to hurt people who alre close to me. Ni yang maleh nihhh.. rasa restrictive lak.

These 2 years, I really indulged a lot on my whims.. and I spent a lot. The year 2008 will be a year for me to recuperate, to lay back and relax, not only my body but also my pocket. Hahahaha.. I need to curb my spending habit! So if anybody got any project.. hulur-hulur ler kat sini. Heheheh. What else.. huhmm.. I need to really watch my health, to eat healthy food, to exercise more (adeh!!). Hopefully 2008 will be a relaxing year for me.

Happy New Year 2008!!





Thursday, December 13, 2007

Happy Birthday!!

Happy Birthday, Mimie!!
Happy Birthday to my dearest sister!!
I love you soo much!!

Wednesday, December 12, 2007

Kekasih Gelap???

Aku baru saja cakap dengan Pinie yang lately aku ni selalu pegi breakfast dan minum petang dengan Monzz.. kang nanti ada lak buat gossip.. haru biru blues la plak.. tup tup, petang semalam si Din (ala biasa la mamat ni ke’laser’an dia kan lebih sikit.. hehehe) tegur, aku ni dok kuar minum dengan si Monzz pagi n petang ni ada apa-apa ker?? Korang ni kekasih gelap ker?? Erkk.. hahahaha.. hampeh.. dah lekat la pulak kitorang ni kekasih gelap.. Hampess.. tapi tak der ler.. aku baik dengan si Monzz ni.. tak der ulterior motive pun. Nak pulak kitorang ada interest yang sama.. so, dia punya topic tu lain la sikit dari bebudak opis aku yang lain. Lagipun Nora dah tak breakfast dengan aku skang ni. Sedeyyy!!! So, si Monzz ni ler yang meneman aku minum pagi-pagi.

Tuesday, December 11, 2007

Ada apa dengan kawan.. versi poyo!!

Friends… sometimes you can’t live without them around you and sometimes you just can’t stand them being around. Kadang-kadang tu best ada kawan nih.. kadang - kadang tu pulak bosannya ler ada kawan nih. Macam – macam ragam, macam - macam perangai, macam-macam peel. Ada yang suka mengambik kesempatan, ada yang cuma ingat pada kita di masa susah, ada yang time nak menjual benda jer baru teringat kat kita, ada yang suka memerintah, ada yang kalau berjanji nak jumpa pukul 1, pukul 2 baru sampai, ada yang ceria sokmo-sokmo, ada yang terlalu outspoken, ada yang suka besembang. Ada apa dengan kawan?

I used to be sorrounded by friends and now when I looked back, I only got a handful of friends left. Whatever happened to the rest of them?? Thruthfully, I let them drifted away from my life, not because I wanted to but I’m just tired.. tired of being the only one who tried to stay in contact, tired of being the only one who’s there for them, tired of being taken for granted. Now, no more Miss Nice Girl. I will be good to you if only you’re good to me.

I know, it’s not easy being around me, I’m a very temperemantal person, ada angin pus-pus, but if I can accept a wimpy side of a person, why can’t they accept that in me??

Life is short.. I’ll live it the way I want it!!

Saturday, December 01, 2007

Wednesday, November 28, 2007

Thalassemia


Thalassemia (British spelling, "thalassaemia") is an inherited autosomal recessive blood disease. In thalassemia, the genetic defect results in reduced rate of synthesis of one of the globin chains that make up hemoglobin. Reduced synthesis of one of the globin chains causes the formation of abnormal hemoglobin molecules, and this in turn causes the anemia which is the characteristic presenting symptom of the thalassemias. [source from Wikipedia]

Why did I suddenly brought up this genetic disorder? Last week I went for a blood test for some problem that I had and today when I collected the result it was suggestive that I have Thalassemia which causes anemia. I don't really know if any of my family members got it but since this a genetic disorder, there must be somebody in the family have it. But I didn't check if I'm a carrier or not. Anyway, it's not the end of the world. But of course whoever my husband to be need to go for a blood test.

The doctor said you're not a chronic Thalassemia, you're as normal as any other people but if you're a chronic Thalassemia, you may need to have frequent blood transfusion. She ask me not to worry too much and that if I feel tired I need to take folic acid (macam pompuan pregnant plak) instead of iron. Probably that explains why I always feel tired.

Weekend + Selesema

Weekend baru ni memang best! Aku balik kg dengan Kak Ma, Nora dan Ita. Drive ler. Bertolak dari KL (Sg Buloh sebenarnyer) dah pukul 8.30 malam. Biasala berenti sembahyang dengan dinner. Apa daaa.. kitorang makan n nyembang macam bukan nak balik Kedah. Sampai kat umah kat kg pun dah pukul 1.30pagi. Aku dengan selesema tak leh lena plak. Pukul 3 pagi lebih adik aku sampai dengan Om. Bangun ler bukak pintu. Lepas tu baru ler boleh tido itupun bangun awal la pulak. Pegi Kuala Nerang carik Abah. Macam biskut jer bapak aku tu.. mula-mula tu yembang ngan member dia kat luaq umah pas tu tiba-tiba jer dah hilang. Dah menjadik kebiasaan yang aku akan bawak Abah pegi pasar. Sementara menunggu geng-geng bersiap, kitorang makan ler breakfast. Adeh, terkejut mak aku bila Nora ngan Ita kata ituler first time diorang makan cucuq jagung... hehehehe..

Lepas makan tengahari, pegi ambik Jaja pas tu biasakla Jaja drive pi Padang Besar. Shopping ajer bebudak tu.. aku pun shopping gak.. hehehe.. pas tu pegi makan kat Kuala Perlis. Tapi makan memang tak best sebab tak tau kedai mana yang best. Kalau dulu memang dah tau dah port mana yang best tapi semenjak dia kumpulkan semua gerai makan kat 1 tempat, dah tak tau dah mana satu gerai yang best. Jaja blanja makan. Thank you Jaja!!!! Malam tu kitorang tido kat umah Jaja.


Hari Ahad, Jaja standardler kejer. Kitorang dah siap-siap, aku bawak diorang pegi Pekan Rabu. Standard ler nak beli ikan pekasam ler aper ler.. lepas tu pegi umah Pinie, kenduri abang dia kawin. Pengantin memang.. adeh cemana nak cakap ekk.. dua-dua jenis selamba badak saja. Sempat lagi angkat tangan buat isyarat peace time aku nak ambik gambaq.. hehehehe.. katun betuii laa.. Jaja sampai lambat sikit sebab dia pi makan kenduri adik bos dia kawin (adik ipaq kot.. tak ingatla. Lepas makan balik umah Jaja bersiap-siap nak balik (diorang ler) aku nak pegi Penang dengan Jaja.

Jaja dah tensen dah sebab bos tak kasi cuti hari Isnin. Kitorang stay kat Paradise Sandy Bay Beach Resort. Best bilik dia, mengadap laut. Tapi sesat la jugak bila mencari. Drive sampai ujung jalan terpaksa la patah balik. Macam mana tak nampak, signboard kecik sangat. Malam pegi makan kat Batu Maung.. ermm.. ye ke?? Besoknyer lepas check out pegi ler Queensbay Mall. Shopping macam orang kaya.. hehehe.. aku ngan Jaja masing-masing beli 1 pasang kasut Elle.. Jaja kata kasut tu mahai.. tapi kasut yang kitorang pakai time tu lagi mahai dari kasut Elle tu.. hehehe.. Makan kat TGI Friday dan lepas tu Jaja hantaq aku pi airport. Letih memang la letih tambahan pulak aku ni selesema, tapi best sesangat.

Monday, November 19, 2007

Dunia Baru dan aku yang Poyo!!

Bila tengok 'Dunia Baru' ni tetiba saja aku teringat.. Zaman dolu-dolu.. ala zaman study dulu. Aku ni ada la jugak perangai macam Opi tu.. yang tak sukakan perubahan. Tapi tu la.. betapa banyaknya perubahan dalam hidup.. dan of course ler tak semua yang aku suka. Aku resent perubahan yang menyebabkan ada jurang antara aku dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku tapi dalam pada masa yang sama aku pun tumpang gembira dengan kehidupan diorang yang pada mata aku cukup lengkap dan sempurna. Aku rasa aku ni hidup dengan dilingkungi kawan-kawan.. maksud aku, my life revolves around my friends but sadly it's not so with them. Maybe sebab tu aku ni kekadang cepat terasa dengan kawan-kawan walaupun tak dak la aku tunjukkan yang aku ni terasa hati. Kalau dengan kengkawan ni aku sanggup pi ambik dan hantaq balik umah, takpun pi ambik kat airport/stesen bas, ambik cuti untuk entertain, ajak pi mana pun aku okay.. ikut.. tapi kadang-kadang tu terasa la jugak bila aku ajak depa lak tak mau ikut. Tak der ler aku mengharapkan balasan atas apa yg aku dah buat tapi kadang-kadang tu ada la jugak terasa aku ni tak dihargai.

Apa daa.. poyoo la pulak di malam hari ni. Tapi apa pun 'Dunia Baru' ni memang ada la macam zaman study dulu.

Thursday, November 01, 2007

November 2007


Sekejapnyer masa berlalu. Dah masuk bulan November. Bulan depan lak December pas tu masuk ler ke tahun baru 2008. Dah bertambah setahun umoq aku. Walaupun dah tua bangka tapi aku still rasa macam aku masih lagi dok kat Arau ataupun Kelantan time study dulu. Baru-baru ni pun ada nyembang ngan Pok Cik kat YIM. Betapa cepatnyer masa berlalu. Aku masih lagi teringat time kitorang berdating dulu hehehehe.. berdating sambil mencari komik. Hahaha.. teringat jugak time kitorang skolah rendah dulu.. korang jangan tak tau, aku dengan Pok Cik tu sama skolah, satu kelas lagi. Banyak kenangan oo aku dengan Pok Cik. Tapi bagi aku the best time ever was when I was in Arau.

Aku rindu dengan geng-geng aku kat Arau. Tapi standard ler bila dah keje ni masing-masing sibuk dengan hal masing-masing dan keluarga masing-masing dan aku plak sebenarnya dah letih asik menjadi orang yang cuba untuk mengekalkan persahabatan dan hubungan. Asik-asik aku yang call, initiated every meeting. Letih la aku. Nak jugak aku merasa di hargai. But I guess, I can’t expect them to be like me. Ala.. poyo la pulak di hari Khamis ni.

Dah nak masuk 2008 ni, nampaknya kena la aku review aku punya “To Do List” and “Things To Buy List” Ada yang dah buat dan ada lagi yang masih dalam perancangan dan jugak ada yang memang tak terbuat langsung. Kena korek balik la aku punya list tu kat mana.

I’m sooo looking forward to this weekend. Jaja is coming tonite, tapi besok aku keja. Ala pandai-pandai la dia cari entertainment untuk besok. Hari Sabtu nak kena susun mana open hause nak pegi dulu tapi kena pegi umah Si Shah tu dalam pukul 2 la pulak sebab kitorang nak kuar dengan dia dan si Arm. Hari Ahad ni pun tak sure apa plan, tapi apa pun aku mesti bawak kamera aku yang bagak tu..

Cakap pasal kamera ni, ada orang berminat nak beli kamera aku tapi bila sebut harga jer macam tanak beli.. hehehehe.. tapi rasanya tak jual kot, lense dia pun dah turun harga walaupun tak semurah lense biasa..

Tuesday, October 30, 2007

Raya beb!!

Alamak, Jaja dah pun update blog dia.. nampaknya terpaksa la aku update jugak. Nak citer mender ekk.. citer raya ler kot..

Balik raya taun ni memang sangat memenatkan. Macam mana la tak penat, tiap-tiap hari aku drive pegi Alor Setar. Hari raya pertama jer pun dah 2 kali aku pegi A/S. Pepagi buta kuar pegi ambik adik aku kat Shahab Perdana, malam lak pi umah Jaja.. sebab si Shahkhir yang berkurun lama tak jumpak tetiba saja beraya di Kedah. Menyembang sampai tak ingat dunia, maklumla dah lama tak jumpak. Dari kat ruang tamu, ke dapuq siap dah sampai kat keta pun sembang tak habih. Pas tu pi umah Nad on the second day of raya. Lama tak jumpa mak ngan abah dia. Lama jugak dok menyembang ngan Nad. Raya ketiga aku pi umah Long aku kat Yan. Long pompuan pun dah ok dah. Nampak dah sihat sikit dari last aku tgk dia lepas dia buat bypass operation. Amboi kemain lagi depa ni masing-masing (familiy Long dengan Long Pa) berebut-rebut renovate umah. The next day plak aku keluaq dengan Jaja n Zeti. Maklumla lama-lama skali baru bleh jumpa Zeti.

Anyway, cuti aku pack, tiap-tiap hari aku drive lebih dari 60km.. maunya tak letih.. Rasanya nak kena pegi cari SPA la..

Monday, October 29, 2007


Adeh.. Kemalasan nak mengupdate blog dah sampai tahap cipan dah nih.. tensen!!

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya!!

Kepada semua kengkawan, haku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada terkasar bahasa, terasa hati ker, diharapkan dapatlah korang memaafkan segala kesalahan haku.

Selamat Hari Raya!!

Thursday, September 20, 2007

Boss Nak Resign??!!


Finally bos kecik aku dah tender 1 month resignation letter. Adeh. Letih la aku macm ni. Tempat aku ni turnover dah tinggi la pulak. KPI semua aku kena buat sendiri. Bukan KPI la tapi balance scorecard. Hampess.Lepas ni sapa la pulak yang bakal menggantikan tempat bos aku nih. One woman show lagi la nampaknya.

Saturday, September 08, 2007

Anuar Zain's New Album!!

Pagi lagi Belle dah SMS aku yang Album Baru Anuar Zain dah keluar hari ni. Finally!! Macam nak tumbuh janggut jer tunggu pak cik tu keluarkan album. Hehehehe.. Belle tu memang minat betul dengan Anuar Zain. Impressed betul la aku.. hehehe.. so you guys out there, please get his original album.

Thursday, September 06, 2007

Hong Kong.. teaser!!

Brooch

Aku rasa aku nak start balik business aku yang dah suam-suam kuku ni. Business apa?? Aku jual brooch dengan bracelets yang memang 100% made and from Korea. Aku kan suka pegi sana, so, ada la sikit-sikit. Brooch ni memang la mahal sikit tapi memang original dari Korea. Aku bukannya apa, tapi sebab ada orang tanya, apsal orang jual kat Jalan Masjid India ker kat pasar malam ker boleh jual dengan harga murah? Aku jawab macam ni jer ler yerrr..
  1. Aku tak ambik satu kontena. Kalau tak maybe kot aku bleh dapat harga murah.
  2. Maybe dia ambik casing lepas tu letak batu sendiri. Aku memang ambik yang dah siap dah.
  3. Brooch tu betul ker dari Korea? Ko sure ker?? Ko nak tengok passport aku yang ada cop korea tak?? Kalau brooch kecik yang pakai kat leher tu memang tak bleh dapat 3 bijik RM10 sebab harga 1 brooch tu pun dah lebih dari RM3.333.
  4. Selain dari Korea, ada jugak tempat lain yang diorang bleh ambik brooch ni, cth mcam dari China or Thailand. Tapi yang aku jual ni authentic dari Korea.
  5. Kira aku jual ni bleh tahan la harga dia sebab ada yang jual yang kecik macam ni kat internet dalam RM35 - RM45 untuk sepasang. Lupa lak.. for your info, kat Korea diorang memang tak jual sepasang. Mana la diorang pakai tudung tapi disebabkan ramai orang melayu yang ke sana so diorang dah pandai tanya nak yang matching ker?? So sebenar-benarnya yang sepasang tu dia charge 2 harga. Harga brooch kecik dan harga brooch besar.

Ni ler contoh brooch dier. Aku baru nak ambik gambor. Nanti aku paste lagi.


I Fell In Love With....!!

I fell in love with Ftec S Series... hahahaha..


Bestnyer.. Kalau aku dapat nih.. tak payah beli TV dah.. hehehehe.. Someday, I will definitely buy this. I got this one from the EXO Day at 11th floor. Of course I went there for the free Nescafe and ice cream plus to buy the Microsoft Office 2007 Original Software for home for just RM50. Tapi apsal la, dia kasi 12 months interest free jer kalau kasi 24 months kan best..


Saturday, September 01, 2007

Inuyasha!!

Yehaa!! I finally find a place to get Inuyasha's manga. I love it soo much. To Inuyasha's fan, you can get it from http://www.vimanga.ru . Oh.. there are other mangas too.

Monday, August 27, 2007

Hong Kong

Aku dah sampai ke HK semalam. Letih siot. Nanti la aku cita tapi skang ni aku berada di Shadowman Cafe kat Ashley Road area Kowloon. Nak makan tengahari. Aku order Beef Fried Rice. Nampaknya kat HK ni memang aku tak leh berdiet la sebab nak berjalan banyak so aku terpaksa la makan nasi. Semalam makan Briyani Ayam. Aku makan sampai habis. Banyak gila tu. Aku stay kat Mirador Mansion. Horror sikit tempat tu bila mula-mula masuk tapi bilik dia ok. Ada 1 Queen size bed dan 1 single bed. Kira ok la.

Ok la nanti aku update.

Adioss.

Tuesday, August 21, 2007

Conference.

I attended a 2 days conference @ Kuala Lumpur Convention Centre. Mak aii.. boleh tahan mengantuk.. Nasib baik ada geng.. some of the topics are quite interesting but some of it quite technical and of course I tend to loose my concentration half way. Anyway, quite a bunch of internal auditors attended the conference from the big financial institutions, government sectors as well as other private, public listed and non public listed companies and not to mention they are delegates from Indonesia, South Korea, Pakistant and er.. can't remember anymore.

Sempat ler jugak buat jejak kasih dengan ex-opis mate aku dan jugak sorang senior time aku buat diploma kat Arau dulu. Mula-mula tu nampak sekilas pandang jer on the first day tu.. tapi disebabkan nampak dari tepi jer so takder la aku perasan sangat tapi on the way to car park, tiba-tiba jer mamat tu jalan tak jauh dari aku. Aku tengok dia, dia tengok aku, aku pandang depan, pas tu aku tengok dia lagi, dia tengok aku. Last-last aku tanya laaa.. ITM?? dia angguk. Arau?? angguk lagi. Aku dah senyum.. betulla tu. Komander?? Dia lagi la senyum. Patut ler macam kenal. Tapi aku tak ingat nama dia, so aku tanya la dia satu batch dengan sapa. Dia kata Apit tapi yang aku ni lak.. aku bayangkan si Apit tu org lain. Aku tau si Apit tu kecik comeii saja orang dia tapi aku bayangkan si Apit ni senior diorang lak. Anyway, aku balik dok tensen sebab aku tak ingat nama dia tapi aku rasa something macam Zizi or something like that tapi contradict la pulak .. sebabnya aku bayangkan mamat ni time aku masuk dia dah part 5 tapi si Zizi tu kalau tak salah aku la time aku masuk dia baru part 3, sama dengan Harm, Syed and the gang.

So, tengahari tadi, on the way nak ke ladies during the lunch break aku terjumpa dia, so, aku tanya la nama dia.. memang betul la nama dia Azizie dan memang satu batch dengan Harm and the gang dan of course jugak satu batch dengan Nurul. Apa pun, bleh tahan mengantuk la pegi course ni.. biasak la Internal Auditing is a very dry subject, siap ada yang tido kat dalam conference tu siap berdengkur lagi.. Ades..

Sunday, August 19, 2007

huhmm..

I went to The Summit yesterday with Pinie. Tengok Rush Hour 3 which is darn hillarious. Lupa lak, Seblom tu time Q kat plaza tol sunway, pinie la ni, tiba-tiba dia tanya aku sapa mamat dalam kereta Iswara dok lambai-lambai kat kitorang. Rupa-rupanya Razali, Nad dan anak-anak diorang. Aku pun call ler. Diorang baru jer hantar maid balik sebab ada penyakit.

Habih jer tengok Rush Hour 3 tu, pegi lak ke Giant, sebelah summut tu saja. Tengok la kereta baru Proton, Persona. Boleh tahan cantik tapi besar sikit la. Adeh.. sindrom malas dah melanda..

Thursday, August 16, 2007


Oh God!! I just saw Fadzly Zainal on Night of Soulful Stars and he's wearing eyeshadows and blushes..!!! I don't even wear eyeshadows and blushes. Bukan la aku jaki apa dengan mamat ni.. lagu dia ok jugak tapi dia tu yang aku tak tahan.. Semenjak dia pakai baju all white yang sebijik Anuar Zain pakai time juara lagu down to his vest.. aku mula la nak hangin. If you idolised Anuar Zain pun tak yah la pakai sebijik macam Anuar Zain. Hampesss!! :P

Friday, August 10, 2007

Tensen Lagi!!!

Tensen!!! Kena share ngan cubicle ngan CBY la pulak. Share dengan orang lain tak pa la jugak. Ni nak share dengan minah kalut yang asyik berlari berkejaran dalam opis ni yang tak best ni. Dah la minah tu suka kacau aku dan slalu kasi aku tensen. Arghhh!!!

Wednesday, August 08, 2007

Tension Tahap Gaban!!


ooo... mentang-mentanglah aku ni tak berpangkat tak berdarjat kat opis ni.. suka-suka hati saja mamat ni bagi statement mengugut nak kasi 0 time buat CFS. Eleh baru naik jadi Section Head belagak dah setinggi gunung. Macam la aku nak bagi CFS tu kat ko. Setakat nak pi Conference kat KLCC tu pun dah nak bising sampai ke langit, lain la kalau pegi Amsterdam ker Johannesburg ker lain la.. Ko dah pegi dah la, kasi la orang lain pegi plak. Dah tu, orang lain yang kuarkan email, orang lain yang kasi instruction, aku yg balaci ni jugak yang kena marah. Ini yang mak cik nak hangin satu badan ni. Ala, kalau dah kemaruk sangat nak pegi ambik saja seat aku. Tak heran pun. Lepas ni malas la aku nak layan ko. Ko nak pegi mana-mana ker, pepandai ko la cari borang, isi sendiri, kasi bos sain sendiri, hantar sendiri, follow up sendiri.

Yang mamat ni lagi satu. Ko nak marah orang kat MLC tu ker aper ker.. ko marah la diorang, yang ko lepas kat aku ni apsal... mangkuk!!! Apsal la hari ni aku asik jadik tempat orang meluahkan perasaan ni. Argh!!! Maybe sebab aku pakai baju kurung merah menyala kot.. Wakakaka.. dah rasa kepala berdenyut-denyut. Dah bleh jadik hypertensen ni...

Hari Isnin tensen sebab letih angkat barang kat opis + letih travel malam tu, hari Selasa lak tensen ngan Akak Kawan abb/abc.. Aku rasa aku dengan kurang ajarnya semalam bangun dari kerusi sebab terasa tension yang teramat sangat, kalau aku stay kat situ takut nanti molotup aku kat situ. Hari ni dah jadi macam ni plak.. Ingat nak pegi minum ngan Kawan abb/abc tapi dia balik awal la pulak. Tension siottt!!! Apa plak la yang jadik besok nanti??!! I wonder...??

Tuesday, August 07, 2007

Update! Update! Update!

Mak aii... Lotih Mak Cik dibuatnyerr.. 3 minggu berturut-turut aku travel.. dah ler tu bukannya travel dekat-dekat. Mula-mula tu pegi Kelatan, lepas tu pegi Kuantan plak and last week aku balik kampung. Hari Isnin (yesterday ler) masuk jer opis dah kena bekerja keras, mengangkut barang ker partition baru. Best gilos dapat duduk sorang. Kat blakang aku plak ada tingkap. Walaupun view aku dah 'di down gradekan' dari view KLCC ngan KL Tower ke view Puduraya dan jugak temple 'Court Hill Sri Ganesan Temple' kat bawah tu tapi ok la jugak. Cerah bijik mata aku sebab tempat aku ni luas gilos. Bos lak jauh dari pandangan mata. Tapi penat la jugak sebab hari ni aku rasa dah lebih 10 kali aku berulang alik dari tempat aku ke tempat bos kecik, bos besar, pegi ambik air, pegi ambik printing.. jauh la pulak. Bleh kurus ker macam ni??? wakakakakaka. Dan 2 hari jugak la aku keja macam nak gila dan asik nak marah orang jerr...

Apa pun .. aku update nanti ekk.. Banyak keja la tapi balik mesti pacak.. yehaaa!!!

Wednesday, August 01, 2007

Aku, Mamat dan Kenangan P1

Hari ni terkejut sekejap bila aku terima satu panggilan tepon dari sorang mamat ni yang aku rasa aku tak jumpa sejak dari aku tingkatan 2 lagi. Lama tu. Terkejut bukan sebab apa tapi pasai ada kisah antara aku ngan mamat ni yang kadang-kadang aku rasa macam tak logik saja pada akal fikiran aku skang ni. Zaman skolah dulu aku ni kira nerd la.. tapi memang nerd pun.. I love reading.. rasanya satu library skolah aku dah baca.. hehehehe.. anyway, mamat ni satu skolah rendah sama ngan aku tapi aku perasan mamat ni time aku Standard 5.. sebabnyer.. dia ni suka ikut aku.. dok kat library nampak muka dia kat blakang, time jaga kelas bila cikgu meeting pun dia ada kat blakang kelas.. bila masuk persatuan pun dia ada jugak tapi aku la best tak payah buat keja, semua dia buat. Wakakakaka.. Kira dia ni peminat aku la... musykil saja aku. Apa pasai la mamat ni suka kat aku time tu. Tapi ada skali tu, aku ingat lagi time tu kitorang buat gotong royong masak bubur Assyura (betui ka ejaan ni??), mamat ni ada kat luar pagar sekolah, pandang jer kitorang.. ye la, time tu aku standard 6 dia dah form 1, mana bleh masuk kawasan skolah suka-suka hati saja. Yang paling suka nyakat aku.. tu si G tu. Hampeh betuii..

Bila form 1, aku masuk SAS, ada la jugak mamat ni call bila aku balik time cuti. Tapi masa form 2 family dia pindah ke Johor dan dia plak stay kat umah mak sedara dia kat mana ntah. Time tu musykil jugak macam mana la dia tau time aku balik cuti. Ghope-ghopenyer, ada sorang budak junior berjiran dengan dier.. so tau la story pasal dia dari junior tu.. dan yg best lagi abang junior aku ni satu skolah ngan pak cik kat Langkawi. Ala si Ed tu.. Tak tau la setakat mana kebenaran crita dari junior aku ni tapi dari crita tu macam mak sedara mamat tak suka dia menumpang dan dia plak tak mau pindah ke johor sebab jauh dari aku.. Adeh.. hampess!! Kan aku dah cakap macam tak logik saja kan?? So, aku rasa tak best la macam tu, so, aku pun cakap ler aku tak suka kat dia. So, dia pun pindah ler ke Johor. Aku pun rasanya tak penah jumpa dah mamat tu tapi rasanya ada la dia penah call.

Aku tak ingat la ghopa dia macam mana.. tapi yang aku ingat mamat ni memang kulit cerah la.. kalau nak dibandingkan ngan aku yang gelap la jugak.. hehehehe.. well.. pak cik pun putih melepak jugak.. hahahaha... Member aku dulu cakap putih macam kertas A4. Tak der la pulak aku dengar crita pasal dia ni sampai la aku stay kat KL dan jumpak G about 5 - 6 years ago. Baru la ada sikit bukak crita pasai mamat ni.. hehehe.. bukannya apa, si G tu cakap dia menyampah kat aku. Terkejut la jugak apahal plak menyampah kat aku. Bukan menyampah apanya, tiap kali mamat tu balik kg saja, G la yg menjadi peneman dia untuk lalu depan umah aku. Kata G, mamat tu kata tak nampak orang, nampak bumbung umkah pun jadik la.. wakakakakaka.. Macam nak pengsan aku dengaq. Dan G jugak la yg bagi no phone aku kat mamat tu petang tadi bila terserempak kat kenduri dan G bukak crita yang aku penah tanya pasal dia. Adeh!! Apsal la aku gatal mulut pi tanya time tu. Hampeh betuii!!

Warning untuk pak cik. Jangan gelak noo. Crita zaman kita skolah dulu. Aku ngan pak cik kan satu skolah/kelas dulu. Dia pun kenai mamat nih. Time dia call tadi pun tak der la cakap lama sebab aku terkejut dan tak sangka yang mamat tu akan call aku. I was a bit harsh to him the last time we spoke on the phone. Lepas saja dia call terus aku call pak cik sebab bila dia cakap nama dia, aku teringat kat pak cik, sebab nama panggilan sama. Ingatkan pak cik nak buat lawak seround sebab suara lain kan.. bila saja dia sebut pasai G aku terus dah tau sapa. Ntah la.. macam takut jugak.. Kang dia buat perangai macam zaman kanak-kanak ribena dulu mau kacau hidup aku. Jangan dok buat lawak call tengah-tengah malam cukup la. Alamak, aku nak tido.. dah pukul 12 tgh mlm dah.... Pak cik!!! Tipu!!! Kata nak call.. hampeh!!


P/S : Title ni Aku, Mamat dan Kenangan... Mau ka kalau kami buat karangan Aku, Pak Cik dan Kenangan.. wakakakaka.. mau kena fire ngan pak cik lepaih ni... hahahaha

Tuesday, July 17, 2007

Hari yang agak hampeh

Huhmm... sian member aku.. glamer jugak dia sampai ada stalker dok mengganggu dia. Tak payah la citer kat sini tapi tak best la kan bila aku dengar citer ni. Sampai mengganggu ketenteraman rumah tangga kawan aku ni.. dah la menabur fitnah. Nak jer aku suruh member aku tu sue jer minah yang buat citer tu. Tapi tak apa lah. Janji jangan sampai jadik apa-apa yang membahayakan member aku ngan family dia cukup ler.


Layout tukau lagi dan sah-sah la aku ni memang orang yang terpinggir. Dah la tarak partner kat opis, bos pun dah nak resign, tempat aku duduk pun tak tau kat mana lagi. Biasala pak cik kat dalam akuarium tu dok sibuk kata orang tak tunjuk layout tu kat dia. Pas tu nak tambah workstation untuk staff dier. Nasib baik si mak cik tu tak der kat opis, kalau tak maunya kecoh lagi. Bukanla tak der tempat untuk senior staff dia tu tapi staff dia tu bukannya section head so, tak der la partition ala-ala section head untuk dia. Mamat tu lak kata dia tak tau pasal layout tu. Mangkuk betui la.. time orang dok busy pasai benda, dia buat derk jer, kalau tak salah aku, mak cik aku dah tunjuk kat dia. La ni dia kecoh la pulak. Aku bukan la marah sebab original tempat aku dia ambik tapi aku malaih la kalau nanti tempat aku diorang letak ntah mana-mana tempat lak, duduk ngan sesapa plak. Tensen la aku. Tapi aku dah cakap dah.. kalau nak letak, make sure aku duduk dengan Pinie. Kang ada yang berperang nanti bila mak cik tu balik opis. Kuangkuangkuang.. janji aku duduk ngan Pinie dan Anne. Si Anne ni dah beranak ke blom?? Pagi tadi dah masuk sepital. Apapun semoga semuanya selamat.. mak ngan baby sihat.

Monday, July 16, 2007

Merepek!


Kawanku!!! Bila nak balik ni??? Tensen aku pegi-pagi breakfast ngan geng-geng tak berapa best.Monzar pun tak der.. tensen!! Tapi tak per.. akan ku pegi ke KB dan bawak hang balik ke KL... Muahahahaha.. Apa aku merepek ni??!! Kawanku, Kawan abb/abc, aku nak pi KB hari Khamis ni, so bleh la hang balik skali. Cian kat Bunga, sorang-sorang kat sana minggu ni, tapi tak pa, sedang molek kita balik sini, partner dia pun sampai ler sana.. Nak beli tudung tapi luit tarak laaa...


Monday, July 09, 2007

Genting Lagi





Letih.. ngantuk.. tapi standard ler.. mesti tak leh lena selagi tak sampai pukui 12 tengah malam. Hari ni aku cuti sebab semalam aku pi tidoq kat Genting (sekali lagi). Maklum la dapat tiket tengok show Fly, Defy the Gravity kat the Pavillion, First World Hotel. Macam biasa, bila nak pi Genting saja mesti ada saja yang tak kena. Mula saja keluaq dari rumah (dalam 12 pm ++) on the way nak pi LRT station, hujan kat tengah jalan, sampai kat KL Sentral pukul 1 pm, makan dulu. Around 1.30, Amy called, dia dengan Tai Kar Tchey tunggu kat Secret Recipe. Si Nurul tak sampai lagi. Tak dapat kenderaan nak pi ke LRT station. Dah haru biru blues, sebab takut terlepas bas. Bas jalan pukul 2pm. Anyway, nasib baik la Nurul sempat sampai. The ride up to Genting and I mean really up to the First World Hotel took about 1 1/2 hour. The cable car is under maintenance until further notice.

Jumpa Razali and Kamazuki kat Lobby. Uihh.. don't play-play, check in pakai mesin. Masukkan MyKad, lepas tu mesin tu kasi key card dan no bilik. Nasib baik dapat connecting room. Barula rasa besaq sikit bilik tu. Janji jupa dengan Razali denga Kamazuki kat Curry House. Aku minum jer, malas jer nak makan. Sessi bergambar pun dah start. Kecoh jer table kitorang. Lepas makan jer mula kitorang start berjalan kat dalam First World. Pegi beli tiket tengok Transformers (kali ke 2 tengok dalam masa 2 hari). Lepas tu bergambar lagi. Aku rasa letih gelak jer sepanjang kat Genting tu. Macam-macam peel tapi best and I really had a great time.

Show to tak der ler best pun tapi kira ok la.. lupa lak Bungas and family pun pegi jugak. Lepas show kitorang makan KFC lepas tu Bungas and family pegi ke Taman kat Theme Park Hotel. Kitorang sakan menyembang tak sedor yang Bunga dah ke sana. Kitorang pun ikut ler + dengan sessi mengambik gambor time tengah malam. Hampess betul. View kat situ memang best bangat. Nampak KLCC beb!! Aku kan suka lampu so, memang suka sesangat la. Sessi mengambik gambor lagi. Bermacam-macam gaya. Yang bestnyer sebab masing-masing memang sporting habih.. Happening siot. Standard ler kekecohan kitorang tu.. 9.7 birthday Nurul so kitorang nyanyi la lagu besday kat dia kat taman tu. Pukul 12.30 am. kitorang balik ke First World Hotel sebab nak tengaok Transformers pukul 1.15 pagi. Kalau tak salah kitorang duduk dalm row ke 3 atau 4. Yang bestnyer tengah dok menyembang seblm crita start.. adalah a bunch guys came and sat at the front row.. tiba-tiba salah sorang dari mamat tu pusing tengok aku lepas tu siap cakap nama penuh aku kata budak Audit. Aku terkedu sekejap. Masing-masing pandang aku, aku tak ingat sapa mamat tu tapi aku rasa budak HR yang jaga bahagian kitorang dulu. Adess.. terasa glamour kejap. Show habis dalam 3.30 pagi. Balik bilik membungkang.

Pagi tadi bangun pukul 8. Masing-masing dah tak larat nak bangun sebab tido lambat. Turun breakfast pun dah pukul 9.30 lebih. Kitorang makan dah nak habih baru ler si Razali ngan Kamazuki datang. Nyembang + sessi bergambar lagi. Ada plak yang dok mengambik gambaq bulu mata.. hahahaha.. hampesss. Stay kat situ sampai nak kena halau la.. Jalan lagi kat First World Hotel tu. Masuk ler kat dalam kedai-kedai kat situ. I saw this one very nice jacket tapi maheii bebenor RM189. Adess.. Kesian kat Nurul. Beratur punya la panjang nak beli tiket nak naik monorel yang lembab tu, alih-alih menatang ulat tu under maintenance la pulak. Kitorang check out dalam pukul 12 tgh. Jalan-jalan lagi lepas tu lepak kat Starbuck. I gave Nurul, a H/P strap for her birthday present. Bas dari Genting pukul 3 petang. Sampai kat KL Senttral dalam pukul 4 lebih lepas tu lepak makan kat Chichken Rice Shop.. pas tu balik la umah.

Letih ooo tapi memang seronok bangat gitu.!

HAPPY BIRTHDAY NURUL!

Wednesday, June 20, 2007

Letih beb!!

I just got back from 2 days course.. Corporate Etiquette.. hehehehe.. Best jugak tapi macam tak cukup saja 2 hari tu. Best la.. dapat la jugak member-member baru walaupun kadang-kadang tu berselisih bahu kat gerai makan ker kat lif ker tapi time tu mana la kita kenal diorang kan.. Nasib baik participants dia macam happening sikit especially yang paling kuat gelak kat dalam kelas.. Dewi, Izad and Mr. Kapit.. Mr. Kapit tu memang kecoh pun memang di confirm kan oleh bebudak yg pegi Kapit baru ni.

Aku ni kan tak suka kalau orang nak baca character aku ni so I'm a bit on the defensive side during the 2 days course. Tapi kantoi jugak dengan trainer tu on the last day towards the end of the class.. hehehehe.. Yang tak tahan tu ada pulak yang nak jadik matchmaker time pegi course ni.. hehehe.. apa pun tengah tunggu si Izad dengan gambor dier. Tapi si Izad ni perangai macam Hanil la.. I miss him and Wawa!!

Wednesday, June 13, 2007

3rd Anniversary!!

Waaahhh!!! Ghopenyer bulan ni adalah ulang taun ke 3 blog haku ni... Macam tak caya pulak. Aku pun dah tak ingat apa yang me'motivate'kan aku untuk membukak blog ni.. Tapi yang pastinya, aku rasa sronok sebab ada la jugak orang yang sudi masuk dan baca blog aku ni. Kalau ada yang terasa hati ataupun kenal watak-watak dalam blog haku ni.. buat-buat tak kenal saja lah yerr.. hehehehe..

Hari ni.. hampeh.. ini lah yang dikatakan.. tak dak keja pi cari keja.. Pagi tadi time nak turun breakfast dengan Nora, turun skali la pulak dengan Mak Cik aku tu.. siap ajak aku pi tengok partition baru untuk opis lagi.. Ghope-ghopenyer aku terjerat!!! Arghhh!!! Tidak!!! Maka dengan rasminya jadilah aku antara balaci yang involve untuk renovation opis yang bakal dijalankan err.. awal bulan depan kot. Hampess!! Tapi kitorang bahagian support ni memang tak dapat partition baru.. dapat la yang second hand tapi tak der la lama macam yang skang ni. Yang tak best partition baru ni sebab rendah.. Yang skang ni best.. tinggi.. tak nampak la jiran-jiran sekeliling..

So, petang tadi ada meeting dengan bahagian Property, aku tengok la floor plan.. bahagian support ada 7 orang, partition kitorang ada 6.. sorang lagi nak letak kat mana??? Originally, aku kena duduk dengan Lillian sebab bahagian Admin pun dia sorang saja, lepas tu Ecah join Admin, so Admin 2 orang, Secretariat 2 orang, pas tu MTQ pun 2 orang... maknanya aku la yang kena duduk sorang-sorang sebelah bilik Walter. Adesss!!! Bestnyerrr!!! Yehaaa!!! Wakakaka.. Mula-mula tu memang tak perasan yg section aku ni memang aku ngan bos aku saja.. aku siap dok cakap kesian kat sapa yang kena dok sorang tu.. alih-alih Kak Liza cakap, yang baju purple tu ler.. aku ler yang berbaju purple tu.. Cess!! Mula-mula tu macam tensen jugak sebab jauh dari Pinie ngan Anne.. tapi bila aku tengok tempat aku kat tingkap sebelah bilik Walter.. adus bestnyerrr.. Tapi biasa la tak sure lagi sebab jauh dari bos aku kan.. Kang nanti Mak Cik tu tukau tempat lak.. lagi tensen aku. Wait and see ler cemana nanti.

Sunday, June 10, 2007

Last Song by Gackt!

I've just change the song for my blog. Another japanese song by Gackt titled Last Song. This guy is good with musical instruments and I like this kind of song. I randomly downloaded a snippet of his concert.. what I can say is that he will definitely make any concert here.. Hehehe.. a bit provocative.. a bit gayish.. WTH.. I love this song especially when he sang while playing the piano. It was awesome. His pics reminds me of Cloud from Final Fantasy VII. Well.. he is Gackt - The Demon of Cool!

Monday, June 04, 2007

Update! Update! Update!

Ish.. lama bebenor haku tak update blog aku ni. Tahap kemalasan aku nak update blog ni dah sampai tahap dewe dah bukan lagi tahap cipan. Sebenarnyer banyak jugak aktiviti yang aku dah buat dalam bulan April ngan May.. tapi standard ler, maleh nak buat karangan. Ada jugak aku mintak ada sorang tu jadi co-owner untuk blog aku ni sebab slalu sangat dia komplen yang aku tak update blog.. hehehe.. iyelah.. dia kan slalu keep track ke mana saja aku pi + termasuk skali dia ikut aktiviti yang aku buat. Tapi tanak la pulak.. jual mahal, bukannya apa, skang ni kan kawan dah terrer buat karangan.. muahahaha.

Let's see.. apa yang aku buat ekk.. ?? Aku pegi Bukit Merah, berkaraoke ngan si Munnie, aku pegi Program Cahaya Kasih kat umah kebajikan kanak-kanak, Tengku Budriah, beronggeng dengan Zeti, apa lagi ekk?? alamak dah tak ingat la.. tak per.. lepas ni aku akan selalu mengupdate blog.

Weekend baru ni aku pegi tengok Pirates of the Carrabean III : At World's End.. err ye ker tajuk dier cenggitu..? Aku pegi dengan Senna, Kak Ma and Jaja.. Jaja sampai kat KL hari Sabtu pagi, so aku pegi ambik kat umah adik dia kat Taman Melawati.. pas tu pegi umah Senna.. cess, haku jugak yang jadik drebar.. tensen tul jadik drebar tapi nasib baik bawak keta Kak Ma, sebab keta auto. Hehehehe.. tapi bawak keta manual jugak yang best pun. Anyway, kitorang tengok kat Cathay Cineleisure Damansara.. Best jugak. Seat dier best, siap bleh angkat kaki lagi.. nasib baik ada tiket lagi, show pukul 8.30 mlm. Citer dier ok tapi best lagi POTC II : Dead Man's Chest.

To Chibi..
Gambar dah update yerr.. ni kat bawah ni ada lagi a few gambor.. tapi bukan gambor kawin ler


Steamboat & BBQ kat Seremban dengan Pinie and my sis Mimie


Nasi Lemak dan Char Koew Teow kat Malee Nasik Lemak kat Taman Bunga Raya near TAR kolej dengan Pinie and Zeti


Brownies with Ice Cream kat Secret Recipes.. hmmm yummiee!!

Aku rasa nak buat satu section pasal makanan la kat blog aku ni.. Rasanya tiap kali aku pegi mana-mana, ada saja gambor makanan yang aku ambik tapi tak der ler pulak aku upload..

Saturday, May 19, 2007

Wedding




Just got back from Zairie's wedding. Paneh bebenor. Semalam sampai kat Alor Setar dah pukul 11.30 lebih. Macam biasa, Jaja la yang mai ambik haku. Bapak dia balik la pulak hari ni kalau tak sure bleh aku pakai keta mak dia... hehehehe.. konon nak tidoq awai... last skali dok nyembang sakan aku dengan dia.


Pagi tadi.. pagi-pagi buta lagi Jaja dah kuaq pi ambik bapak dia kat airport. Aku lak membuta.. best gilosss!!! Dalam lebih kurang pukui 12 tgh, Jaja hantaq aku pi umah Bani, so melepak la aku kat umah Bani. Mula-mula tu tunggu Wahida tapi last skali dalam dekat pukul 1.00 tgh aku ngan Bani pi umah Zairie, Wahida tunggu kat sana. Pak Bani la yang menghantaq kami. Bani plak bawak la anak dia yang sulung. Bleh tahan aktif, kalut nak bunga teloq.. hahahaha..



Macam mana ghupa Zairie??? Tu ha gambor besar bagak kat ataih tu.. Ambik pakai HP saja.. Uihh.. kalau nak tau, husband si Zairie ni mudah saploh taun.. Saja ja aku nak kepoh..



Aku kat mana?? Aku kat cyber cafe, tengah tunggu Jaja mai ambik aku. Minah tu lepaih saja hantaq aku teruih pi Penang, nak ambik notebook kakak dia... Uwaaaaa!!! Tensen mak cik dengna berbaju kurung lepak kat cyber cafe. Tak penah aku buat keja bongok macam ni.

Thursday, May 10, 2007

Happy Birthday Sweet Yumi!!

HAPPY BIRTHDAY!!

Happy Birthday to my best friend Jaja!! Thank you for being such a good friend and may Allah bless you always!

Tuesday, May 08, 2007

Ape Ke Heinyeeee Ler!!??

Apa ke heinyeee ler ngan bebudak opis aku ni.. errr.. tapi 2 orang jer la.. semalam si akak Nora tu tetiba jer angkat phone ngambik gambor aku time aku bawak budak wat practical training untuk attach kat tempat dia, nasib baik la si CCM ada kat situ so pusing ler haku buat-buat tak nampakcess.. hari ni lak si Guess Guess Guess lak tetiba jer ambik gambor aku kat depan lift time aku tengah dok sronot sembang kat tepon ngan si Jaja.. sempat la aku nampak pipi aku yg macam dah cucuk botox ni... waaaa!!!! tembam lagi pipi aku ni.. bila nak surut ntahh!! Musykill ler pulak aku ni...


Update! Update! Update!

Hehehehe.. lama gilos aku tak update. Walaupun dah bertrip-trip aku pegi dengan ahli club bachelorette tapi tak der satu pun haku update kat sini.. Letih la beb! Haku dah la jadik drebar pas tu balik kampung cuti 7 hari pun jadik drebar lagi. Kenduri lagi. Trip lagi.. erkk!! Skang ni kat opis, diorang asik tanya aku jer tak pegi mana-mana ker? Nampak sangat kitorang ni suka berjalan. Lupa lak.. sapa ahli kelab bachelorette ni.. ala.. sesapa yang slalu ikut aku berjalan atau aku ikut diorang berjalan tu ahli kelab ler tu.Apa pun.. nanti la aku update lagi.

P/S:
gambar untuk trip ke Kuantan and Bukit Merah tu dah ada kat tepi tu so enjoy! credit goes to Sweet Jaja.

Monday, April 16, 2007

Weekend

Memang ler aku semenjak dua menjak ni lambat sikit nak update blog.. letih keja ler + malas. Maunya tak letih paper asik sangkut jer.. ni yang susah kalau buat paper untuk orang besor-besor ni.. banyak songeh bebenor.. tensen aku tau.. Kalau sangkut sebab aku tak per la jugak tapi sangkut sebab sector lain.. itu yang tensen tu..

Apapun.. Jumaat baru ni adik + bopren dier blanja aku ngan Pinie kat satu steamboat restaurant kat Seremban 2.. hahahaha.. punya la jauh bebenor pegi makan.. Steambot + BBQ. Sakan la jugak kitorang makan. RM18++, kitorang blasah mussles, udang, ketam, sotong, fishballs.. macam-mcam lagi la... memang banyak gilos laa.. tapi sori la tak der gambor.. aku kebuluran giloss so tak der teringat langsung nak ambik gambor... hahahaha..

Hari Sabtu.. aku pegi ambik printer kat Bukit Jalil.. tapi hampeh tul si Andy.. kasi printer tapi tak kasi driver cemana aku nak install.. Lepas tu pegi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy. Nasib baik datang awal kalau tak mesti tak der tempat nak duduk. Bleh la aku menikmati ikan terubuk bakar tanpa apa-apa gangguan.

Lepas tu, balik umah hantar Pinie ngan printer dan terus jer pegi bernorebang lagi ngan bebudak tu kat News KTV kat Plaza Yow Chuan. Ceh.. aku yg kata nak datang lambat, alih-alih aku yang sampai dulu, tapi si Hardiff memang sampai dulu dari haku tapi dia tunggu si Ckucin ngan si Mulan kat Ampang Park. 2 jam lebih la jugak kitorang melalak. Walaupun hanya 4 orang tapi kira happening laaa... Macam-macam jenis lagu kitorang blasah kat situ.

Bilik aku skang dah macam tongkang pecah.. sebab balik jer aku asik berkubang.. Arghhhh!!! Letih kepala hotak laa.. bila la aku boleh bercuti dengan tenang dan damai.. ni cuti pun boss asik SMS. Tensen ooo..

Hari ni aku bz.. walupun boss aku tak der tapi banyak kija la pulak. Tapi disebabkan diorang tak der so aku dapat menyetelkan kejer aku dengan aman dan tenang.. kalau tak, sikit-sikit panggil aku, sikit-sikit nak discuss.. adeh.. poning palo den.

Hallamak.. kitorang dah kena start clear old documents sebab bajet untuk renovation dah approved, so no more high partition, tak leh nak ngelat la lepas ni.. nanti orang nampak.. Adess!!

Monday, April 09, 2007

Norebang

Norebang bersama geng-geng Cari. Somehow along the way, all of us girls become very good friends... hehehe.. Norebang!! Mender norebang ni?? mesti ada orang tertanya-tanya.. ala Karaoke laaa... So Sabtu lepas kitorang pegi beronggeng kat Red Box Sogo.. 10 orang semua.. eleh.. memula tu masing-masing malu tanak pegang mic.. asik tengok MV jer.. weii.. nak tengok MV balik umah laaa... ahahaha.. lepas tu kalu.. mula la sessi ber-norebang.. dah masing-masing tanak lepas mic plak.. tapi Stars of the day mesti la si Ckucin ngan si Bel.. kemain lagi.. sampai lagu apa tu???!! ermm.. Joni Don't Cry... muahahaha.. semua ada.. anyway ni ler gambor yang sempat diambik


Monday, April 02, 2007

Kuantan Lagi!!

Weekend baru ni haku, Pinie ngan Jaja pegi Kuantan. Sebut jer Kuantan, aku dah excited.. hehehe.. bukan sebab ada pak we handsome kat sana tapi sebab teringat ket Ketam ngan Udang Masak Pedas kat Tg. Lumpur. Memang voogie the vass!!! Best gilosss!!. We all stayed kat Mega View Hotel. Hotel tu tak der la se gah MS Garden Hotel, Swiss Garden Resort tapi hotel dia not bad. Dapat bilik kat corner sebab bilik tu luas coz we asked for xtra bed dan view bilik tu ngadap laut. RM130 per night inclusive of 1 xtra bed and breakfast for 3.

Sampai kat Kuantan around 9pm on Friday.. pick up Pinie kat opis.. standard la aku cuti hari Jumaat tu bawak Jaja pi Ikea makan meatball. Uhmm.. Yummy!! Slurpppp!! Anyway... oleh sebab Jaja suka kata aku bawak slow so sampai kat highway.. dia la bawak... yehaaa!!! best oo dok sebelah. Mak cik tu dok rasa macam dia bawak keta sport kecik bila bawak Kambing aku tu.. Yang bestnyer aku pun tak tau hotel tu kat mana.. bila aku tanya dia cakap tepi sungai pas tu jalan nak ke Tg Lumpur. Ok la.. aku tau la jugak.. memang nampak Hotel tu tapi tak tau nak ke situ macam mana sebab memang ada lorong masuk tapi macam ada van panjang blocking jalan tu.. so call ler lagi.. receptionist tu cakap memang lorong tu pun.. so terpaksa la kitorang tawaf area Masjid tu kali ke 3 sebab tak bleh reverse sebab jalan kat situ one way.

Check in.. lepak-lepak kejap pas tu pegi la carik nasik lemak yang si Anne ngan Zilan cakap best.. Nasik Lemak Simple depan HTAA tepi sungai dekat jeti untuk Kuantan River Cruise. Anyway, nasik lemak tu sedap la, tapi, customer service memang out gilos. Layanan lebih kurang jer.. menu.. kalau tak der tak yah ler tulis pas tu buat muka confuse lak.. hampess.. tempat air tu bukannya jauh beribu batu blakang cashier tu jer pun.. itupun susah nak tolong order. Kalau self service tulih ler biaq terang. Hampehh!! Lepas jer makan.. lepak kejap. Huhmm.. ramai orang kat situ.. lupa lak, tempat tu ala-ala waterfront laa.. sambung balik.. kat situ ramai orang memancing.. ghope-ghopenyer ada pertandingan memancing. Lepas jer pusing-pusing kat situ, kitorang pegi lak ke Teluk Chempedak.. err.. betul ker ejaan aku ni. Apa pun.. biasak la tempat melepak, berdating .. siap ada pakai baju kurung berkilat-kilat lagi dok berdating atas pasir tepi pantai. Apa de hal.. dah la tengah-tengah malam buta tapi tak der la yg bukak laptop tepi pantai macam time aku pegi sana ngan Pinie, Nora, Noorizam n Wak Asri.

Besoknyer, lepas breakfast, pegi umah Nad kat Sg. Karang near Pantai Balok. Sukanya rumah dia.. dari luar nampak kecik tapi bila masuk dalam.. just nice. 1 1/2 tingkat, 2 bilik kat bawah + 2 bilik kat atas. Aku suka laaa.. Anyway, Maisara ngan Safiah dah besar tapi si Danish tu semangat jer.. geram aku.. Mula-mula tu segan la jugak sebab family abang ipar ngan family adik ipar dia ada kat sana. Tapi disebabkan aku dah biasa ngan husband si Nad yang memang suka kenakan aku so tak der la kekok sangat. Terjebak la pulak kitorang makan tengah hari kat umah Nad. Kakak ipar dia masak, hampeh tul abang ipar Nad, siap kenakan kan kitorang kata kitorang makan banyak habih seperiuk, pas tu tanak jemput kitorang pegi umah sebab takut kitorang makan banyak.. heheheh.. mana ada tapi aku tau dia bergurau jer.

Dalam pukul 3 kitorang bertolak ke Kemaman. Makan kat Hai Peng sempat la masuk kedai beli suar pendek ngan T-shirt pas tu pegi lak ke Kuala Kemaman makan otak-otak jer sebab sata dah abiss... huhuhuhu.. tensen siott!! Balik hotel, mandi-mandi lepas tu kuar balik pegi Tg Lumpur. Target mesti ler kedai ujung skali, order udang ngan ketam masak pedas, sotong bakar ngan kerang bakar = RM95. Nasib baik skang aku dah terrer pilih ketam, so dapat la ketam yg isi memang penuh la. Udang dia pun besau-beasau, sotong ambik sekor jer sebab besar la. Kerang dia pun macam best jer sebab dia bakar dengan kuah something la kira ada perisa la.. Best!! Orang memang dah ramai la. Abang tu pun cakap lambat sikit so melepak la kat situ dari pukul 9 malam sampai la pukul 11 lebih. Rancang tu ingat nak naik Kuatan River Cruise lepas makan, bleh la pegi tengok kelip-kelip kalau ada rezeki tapi dah lambat dah so cancel ler. Balik hotel lepak sambil tengok TV.

Semalam, lepas breakfast jer terus check-out dan balik KL. Sampai umah dah pukul 3 petang. Adus .. letih siott.. Malas kejer lak tuh... Gambor nanti ler.. Jaja.. kalau rajin hang saja la upload.. heheheh...

Tuesday, March 27, 2007

Mood.. Mood and Mood!


Minggu ni mood aku dah ok sikit.. setelah penat ngabihkan duit ujung minggu baru ni... cess.. Haku beli 3 helai suar which I can wear to the office or just for casual wear.. goodddeeee neyyy!! Lepas tu beli bedak lagi, eyeshadow lagi.. pas tu beli belated present untuk Nad dan semalam lak aku gi buat full service untuk kambing kesayanganku tu.. uwaaaa!!! Mak cik kopak..Kalau tak ingatkan aku nak ke Kuantan tak dernyer lagi aku nak service keta nih.. cemana nak pi Kuantan ujung minggu ni.. Tak sabaq nak jalan-jalan carik makan pas tu nak pi jumpa Nad and her twin daughters and of course his son.. Mohd Danish.

Er.. Jaja.. bleh deffer tak jalan-jalan ujung bulan depan?? hehehe...

Wednesday, March 21, 2007

Ye la.. ye la.. aku tau aku dah lama tak update... Maleh!!! Anyway, nothing much happened, it's just that I'm so busy with my work and the tiredness from the trip and not to mention the stress that I'm in.right now.. (personal and workwise) **sigh**. I need a vacation.. I mean a real vacation. I don't consider the trip as a vacation cause I went there for business and a little bit of pleasure and not to mention the unsespected weather which left me cold, tired and irritated.

Hari Ahad pegi umah Hanil and Wawa. Dah lama tak jumpa diorang. Rupa-rupanya diorang pegi kenduri Husni.. cess mamat tu tak cakap yang dia nak kawin, tapi tak kisah la bukannya aku rapat pun dengan mamat tu walaupun dia ex-classmate aku. Apeng seperti biasa pegi sorang, rasanya ada Oje, Ise, Au and of course Hanil & Wawa. Rasanya dia tak jemput ramai kengkawan. Ntah ler mamat tu, dari dulu lagi perangai dia menjadi satu enigma bagi bebudak umah aku..

Anyway, Wawa masak sambal sotong, ikan stim, masak lemak ikan masin dengan nenas dan sayur campur. Tapi Mimi dengan Pinie keciwa sebab Wawa tak sempat nak buat chocolate cake maupun Cream Caramel pujaan hati ku. Tapi jangan bimbang ada jugak dessert dier, mix fruit cocktail + nata de coco + custard pudding + sumi jelly yang dimakan bersama dia punya sauce ler.. aku pun tak tau nama dier.. janji sodap. Anyway, sebelum makan, Hanil siap buat demonstrasi lagi cara-cara nak makan.. hampeh. Anyway, biasa la mamat tu kan poyo sikit.. muahahaha.. tetiba jer makan pakai sudu ngan garfu.. tak larat nak gelak duduk ngan diorang tu. Asik komplen pasai AF saja, tengok sampai 2 kali pun nak ngomplen lagi.. cess..

Wednesday, March 14, 2007


Eleh.. kedekut betulla.. orang mintak puji sikit jer punn... hahahaha..


Hari ni dengan esok aku tak dak kat opis. Ada course kat Swiss Garden Hotel. Adeh.. aku rasa malam ni mesti tak leh lena sebab terlebih caffein.

Monday, March 12, 2007

Just Some Pics!






Aku M.I.A??!!

Kuakuakua.. M.I.A (Missing In Action).. Aku MIA 4 hari. Sakan Jaja mencari aku.. hehehehe.. rindu kat aku ler tu.. tu la asik aku dok tepon.. bila 2 - 3 hari tak tepon.. dah mencarik aku.. hehehe.. biasakla.. project beb.. New brooches is coming soon.. nanti aku upload gambar.. err.. gambar tak amik lagi.. nanti laa..

Tuesday, March 06, 2007

Pagi-pagi buta lagi Pak Cik dah call.. sapa Pak Cik?? Hehehehe.. biarlah aku dan dia yang tau tapi yang pastinya selalu kalau orang panggil Pak Cik ni mesti dah kawin dan dah ada anak.. soo.. betuller tu.. hahahaha.. Kalau Pak Cik baca ni jangan marah noo.. ala.. dari kecik kenai sampai dah tua bangka macam ni takkan nak merajuk kot... Bukannya tak tau yang aku ni suka sangat nyakat Pak Cik, cuma Pak Cik yang selalu terasa hati dengan aku.. takkan tak paham yang aku ni memang kaki nyakat.. tapi rasanya memang tak paham kot kalau tak tak dak la jadi... err... tak yah la cakap.. hahaha..

Pak Cik musykil sebab aku beli Nikon D40.. maybe tak sangka yang aku suka benda-benda macam ni.. He sounded surprise.. Ye la keja dia kan pegang kamera.. orang dah expert, aku ni blajaq pun blom lagi.. So.. Pak Cik.. nampaknya Pak Cik sebenaqnya tak kenai aku ni sapa dan macam mana orangnya.. hahahaha..

Akhirnya, semalam berjaya jugak aku tengok Bleach.. Siot betuii.. time weekend aku punya la ingat nak wat marathon tengok Bleach tapi stuck kat episode 54.. dah la DVD-R tu tak leh play kat notebook pas tu episode 54 onwards lak tak leh tengok guna DVD player.. So.. semalam aku bawak DVD-R tu datang opis, mintak Andy (boss Pinie.. hehehe) copy semua episode masuk ke external hard disc.. muahahahaha.. so malam semalam aku tengok sampai episode 61. Ngantuk siott..!!

Pasai Apa Aku Nak Berdiet??!!

Posting ini adalah untuk menjawab kemusykilan Jaja kat dalam Blog dia.. kuakuakua.. Pasai apa aku nak diet? Kalau ikutkan hati, aku ni nak makan semua jenis benda makan.. pedulik hapa gemuk ke kurus ker.. bukan ada orang mau pun.. hahahaha..

Apa pun reason aku nak berdiet adalah kerana.. ada one time aku pi jumpa doc sebab aku sakit buku lali, kalau lutut tu tak payah cakap la siap berbunyi-bunyik lagi (macam orang tua la pulak).. ini semua disebabkan zaman muda-muda dolu (Skang pun muda lagi..!!) aku aktif la jugak zaman skolah dulu.. Korang jgn tak tauu.. walaupun aku ni tak cukup ketinggian tapi aku main bola tampar tau, wakil skolah lagi.. so memang almost every day ada training.. bila masuk ITM pun aku aktif jugak dengan geng-geng komander batch aku.. Tiap-tiap petang port kitorang adalah dekat padang rempuh halangan dekat markas kesatria.. training kayak, jogging dan macam-macam lagi la.. pas tu aku pun penah jatuh motor dulu.. hahahaha.. sebab tu kaki dah kondem..

Berbalik pada cita aku pi jumpa doktor, dia cakap.. biasala.. wear and tear.. kalau pakai kasut lama-lama pun haus jugak tapak dier.. so macam tu la jugak kaki aku.. tambahan pulak kat opis aku memang pakai high heels walaupun pegi keje aku pakai sandal saja tapi bila sampai opis aku tukau ler pakai high heels.. so, doktor pun advise for me to watch my weight.. sebab nanti kesian kat kaki aku.. so ituler reason kenapa aku nak berdiet..

ok.. ituler reason kenapa aku nak berdiet.. panjang lebor lagi explaination dier.. wakakakaka... (reason tersirat.. kureng duit nak beli baju ngan seluar baru kalau badan dah naik.. hehehe)

Kalau bab makan sushi tu tak dapek den nak nolong.. aku dah bosan dah makan kat Sushi King.. hehehe

Monday, March 05, 2007

Aku, Hanil dan Apeng v 2007.1


Semalam, aku pegi makan kenduri kat umah mak Hanil. Dah lama aku tak ke sana, sampai dah lupa jalan.. wakakakaka.. Hampess. Anyway, kenduri tu bukan ler kenduri kawin tapi kenduri cukur jambul anak sedara dia pada waktu pagi lepas tu petang lak majlis pertunangan adik dier, Onie.

Time aku sampai tu pun dah pukul 11.30 lebih dah, so, aku dengan ayunyer berbaju kurung berjalan lenggang kangkung dari depan umah Anuar Zain (cewahh) selepas aku parking keta dekat umah dier.. hehehe... Aku sebenarnyer malas nak pegi kenduri tu tapi memandangkan aku dah lama tak jumpa Hanil, Apeng dan Wawa so aku pun pegi la jugak. Sampai jer kat sana, aku nampak Hanil dok sibuk susun benda makan kat meja buffet, Wawa la dok tengah basuh pinggan. Lepak kejap ngan Wawa.. nyembang 2 - 3 round. Aku biasak la.. tak der la kenal sangat family member Hanil tapi nenek dia aku kenal la. Apeng lak tak sampai-sampai lagi.

Cess.. Hanil beli HP baru, Sony Ericsson Walkman series yang slider.. cun nak mampus lepas tu beli Sony punya Camera yang touch screen yang Nora teringin nak beli tuh.. cehh.. kemain lagi mamat tu. Nak ganti camera dia yang kena curik katanya. HP lak, sebenarnyer, si Wawa punya HP yang kong tapi dia beli Hp baru pas tu kasi HP lama kat Wawa.. bengang minah tu tapi dah nama kata suami, redha jer ler.. Hehehehe..

Aku tak der la nyembang sangat ngan si Apeng tu.. ntahler, it seems awkward. I don't really think that he wanted to talk to us.. He looks like he's trying to avoid us.. well maybe me. What the heck!! Thing's are changing and there's nothing we can do about it. Don't want to talk about it lah.. As long as he's happy then I'll be happy for him..

Note : Pesanan penaja kat bawah ni ditujukan khas pada seseorang .

Saturday, March 03, 2007

Pesanan Tuan Empunya Blog!

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan!!


Jangan Tengok Lama-Lama. Pi Buat Keja!! Makan Gaji Buta Ko Apo?? Hehehehee...

Friday, March 02, 2007

Keh!

Minggu ni sebenarnyer aku tak der mood nak posting.. pegi opis mengantuk, kejer banyak lepas tu ada additional kejer la pulak. Awal-awal tanak cakap lepas tu aku lak kena buat. Nothing's seems to be right this week.. I'm really pissed off.. Luckily, my menstrual cycle is over, if not, I'm sure I would go ballistic and well.. those who are close to me knows that I got a temper to match the symbol of my workplace.. keh! (Inuyasha's favourite expression)
Tak sabor nak cuti next week.

Monday, February 26, 2007

Adikku N Bopren Yg Bongok!!

Aku ternampak la kad ni atas meja makan.. Hehehe.. Kad dari Umar Poyo untuk adik aku sempena Valentine's Day.. Hahahaha.. memang bongok pun diorang berdua ekor tu.. Kalau la adik aku tau aku letak kat dalam blog aku.. hehehehe.. tapi tak per.. adik aku tu buta IT.. Apapun.. memang terserlah kebongokan diorang..




Thursday, February 22, 2007

The Worst Day of My Life!

Semalam tengah aku mengemas bilik, aku terjumpak satu buku.. biasa la aku ni dolu-dolu suka menconteng, so ada satu page tu macam kelakar jer bila aku baca.. It must have been the worst day of my life.. tapi sayangnyer tak der date.. tapi aku agak time aku mula masuk keja dulu laa.. around 2001 before the depression hit me. Maybe it was an indication, some kind of sign post for me of the big changes that I went through during that time. Looking back it makes me realise that I don't adapt well to changes and I took a long time to recover maybe that's why Im always crancky when things don't go as what I have planned. So.. don't make promises with me or I'll bite your head off..


Wednesday, February 21, 2007

Balik Kampung!!

Baru jer balik dari kampung. Maklumla cuti sempena Chinese New Year. Balik tu awal lagi, hari Khamis malam dah pegi tapi seperti biasa bila Jaja pi ambik kat stesen bas mula la langkah panjang saja. So, hari jumaat tu kami ke Penang. Mula-mula tu singgah dulu kat umah Emi, tengok baby girl dier, Tsara Adriana.. sebijik muka Zaidi.. hehehehe.. anyway, macam kat blog jaja, aku asyik kena saja ngan bapak si Emi, tapi tak kisah la sebab aku memang baik dengan family diorang pun. Tengah dok syok menyembang, sampaila si Zaidi dengan Boy and member Boy. Makin hensem lak si Boy ni.. rasa macam sekejap jer masa berlalu.. yer la, aku kenai Emi kan dah hampir 10 tahun, dari si Boy tu kecik sampai la dah boleh jadik bapak budak.. Tapi tak kisah la..

Pukul 4 lebih baru bertolak ke Penang Island, pi beli jeruk kat Chowrasta.. standard la sesat 2 - 3 round baru sampai lepas tu sesat lagi bila on the way nak ke Queensbay Mall. Makan kat Jusco lepas tu almost 8 baru ler bertolak untuk berjumpak dengan Dato'Seri untuk mengambik laptop Jaja. Siot la minah tu buat ayat poyo dengan bos dapat laptop sebijik.. cun lak tu. Balik pun dah malam dah. Besok pagi baru haku balik umah.. Jaja ler hantar sampai ke umah tapi sadistiknyer pintu kunci tak der orang. Nasib baik keta ada, so, aku tau la diorang ni mesti gi makan kenduri. Apa lagi lajak ler aku ke Puncak Janing. Siap tunjuk kat Jaja lagi umah x-bopren.

Tapi aku ni kalau balik kampung tak drive memang tak kuar pun. Malas la. Si Zairie ngan Banie (member baik aku time skolah dulu.. skang pun baik jugak) call, sebabnyer si Zairie tu bertunang pada hari Ahad. Yang bestnyer member aku tu dapat kelapa muda.. memang muda gilos la bagi aku.. beza umor 10 tahun beb! Tapi tak kisahlah.. munkin itu jodoh dier kan.. Tapi ituler, bukannya aku tanak pegi tapi tak der transport. Ok la jugak aku tak drive sebab memang jam tahap cipan punya la kat Highway.. sib baikk!!

Sunday, February 11, 2007

Jewellery Making Class

Kuakuakua.. Jangan tak tau, today I attended a jewellery making class at Wangsa Maju by a malay lady. Macam terrer jer.. tapi kira ok la untuk first timer. tak der ler sesusah yang ku sangkakan. Apa pun dia punya beads ler yang mahal (Swarovsky beads and pearls) dengan wire emas 14k. Kat bawah ni la yang aku buat. Yang dengan Swarovsky pearl tu memang sebijik ler kaler dia tapi aku cilok cikgu punya gambor. Hehehehe..
So, sesapa nak tempah pun boleh.. hehehehe..



Saturday, February 10, 2007

Qabil Qhushry Qabil Igam


Huhmm.. What should I write about this movie?? Nothing much, just that the four of us or rather the whole audience last night has been cleverly duped by the producer and the director.. Ku ingatkan cerita komedi rupanya cerita sedih.. Arghh!!! Tensen!! Memang la mula-mula tu klakar tapi lepas tu mak aii.. sedih sampai la habis citer. Honestly, I'm not a fan of malay movies, the last time I went to watch malay movie is Laila Isabella... which is a darn good movie. So, I expect QQQI is something akin to LI.. kalau ku tahu citer tu citer sedih memang la aku tanak gi tengok. Gue tak suka citer sedih!!! Ini lebih kurang cita Natasya versi lelaki... Hampess. Tapi, nasib baik la bukan Yusry KRU yang berlakon watak Qabil Igam tu kalau tak maunyer citer sedih jadik citer lawak.. no offense yer.. tapi aku tak rasa Yusry dapat menjiwai watak QI sebaik Rusdy Ramli. Watak tu memang sesuaii.. tapi aku terasa la bila Erra Fazira panggil " oii Pendek!!" Kuikuikui..

Bengang betul aku pagi tadi. Dah la tido kul 3 lebih.. Syam lak call pepagi buta pas tu siap gelakkan aku lak. Suka la tu sebab leh kacau aku tido.

Thursday, February 08, 2007

Updates

Adeh.. letih balik dari KK pun tak haboh lagi. Best siott!! Anyway, congratulation to Emi on her baby girl.. sama besday ngan haku lagi.. nama canggih bebenor Tsara Adriana. Good for her ler tapi lain pulak citer ngan si Hanil, kembar haku yang lahir lain taun tu. Besday taun ni dia sambut kat umah in-law dier kat Kuala Kangsor. Ahad malam bila balik umah kat Rawang tu.. Hampehh.. umah kena masuk pencuri.. habis ler benda-benda macam jam (mamat ni memang banyak jam berjenama) lepas tu barang kemas wife dier, siap cilok vitagen kat fridge lagi.. Hampeh betul!! Gambar kat KK tu memang melampau banyak so aku kasi preview sikit (tak der ler sikitnyer) kat bawah ni.


Tuesday, January 30, 2007

Cess..

Seperti tajuk di atas.. Cessss!!! Hampes betulla si Chor Liang ni. Ngutuk aku siott..!! Tadi, Daniel datang lagi kat tempat aku carik circular, so mamat ni datang ler and we were talking about DSLR camera and of course he knew that I just bought the Nikon D40 and he was making fun of me. Ok la.. point taken that I don't know how to use it yet and I will be using the Auto mode.. but, you don't have to rub it laaa.. Nanti aku terrer nanti.. tau ler ko.. wakakakakaka.. Kena blajar ngan sifu ni. Hari ni Daniel ada bawak Nikon D80 ker opis, petang nanti aku nak naik ke tingkat 30, nak tengok dan godek camera dia.. hehehehe..

Disclaimer :
Kenyataan di atas tidak berbaur marah yee..

Monday, January 29, 2007

New Camera!

Akhirnya, aku dah beli camera baru Nikon D40. Macam terrer jer beli DSLR camera walaupun hanya untuk beginner.. (Okler tu.. aku bukannya pandai pun nak guna) dan dah ada sifu dah pun walaupun blom start kelas. Sapa lagi kalau bukan Daniel, sblm dia transfer dari department kitorang, aku memang baik pun dengan mamat tu. Nanti kena la aku bawak camera tu ke opis. Maleh bebenor aku. Maklumla, menatang tu kan bulky sikit (sikit ker?? banyakla jugak) dari digital camera biasa. Itupun kira dah kecik sikit DSLR lain.







The D40 has been designed with handling and performance advantages that do away with the frustrations often associated with compact digital cameras, making it ideal for anyone who wants to capture spectacular digital pictures without complications. Thanks to Nikon’s leading digital and optical technologies, the D40 makes it amazingly simple to capture beautiful pictures in almost any situation. The D40’s body is light and compact, making it easy to carry anywhere, and its design incorporates fewer potentially confusing controls and other distractions, allowing anyone to take breathtaking pictures while eliminating the need to "learn" photography.

Kalau nak tengok specs dia korang masuk ler sini http://www.nikon.com.my/

Thursday, January 25, 2007


Pagi ni kitorang buat rombongan Che Kiah pegi klinik. Hampeh betul la.. Mulanya aku ngan Nora jer, alih-alih Nazli lak nak ikut. Bila turun kat bawah jer si Nazli tengah dok bersembang dengan si Shariman. Mamat tu pun nak gi klinik jugak, so, kitorang berempat ler pegi ke klinik tuh. Aku sakit apa?? Aku ni kalau ada perubahan cuaca jer mula la sakit kepala. Penyakit biasa aja...

Ni dah boleh rileks sikit dah sebab dah boleh relaks dengan leganyerrr..

Wednesday, January 24, 2007

Aku dan Kenangan - Part 1.

Ini yang susah kalau sesama HOD buat head banging ni.. aku lak yang terkena tempias.. tensen!!

Aku tengah tengok Gokusen.. teringat lak zaman-zaman sekolah dulu. Form 4 - 5. Kelas aku tu aliran a/c dan jugak Art, so biasanya kalau ada bebudak art ni bebudak dia 'special' skeet..
in terms nakal tu ada la sikit tapi kitorang bukanla budak jahat.. Aku pun musykil apsal laa cikgu kat skolah aku tu siap gelar kelas kitorang "Kelas Kuda Kayu Kuda Kepang = 5K" Apsal ek?? aku ada gak rasa macam nak tanya.. Maybe sebab cikgu kelas kot.

Kitorang memang anti dengan cikgu tu pun. Skolah aku tu skolah pompuan semua, cikgu lelaki ada la dalam 5 orang termasuk sorang ustaz.. kira 3 melayu 2 chinese. Asalnya ada sorang lagi .. Cikgu Tomato ajar Geografi, akupun tak ingat nama dia tapi sebab muka dia merah jer so, kitorang panggil dia cikgu tomato.
So, bila dia blah ada la sorang cikgu melayu ni ganti.. hampeh betul, perasan hensem.. yang malangnyer jadik cikgu kelas kitorang lak tu. Kitorang panggil dia cikgu memerang. Siap tampal gambar memerang kat buletin board kat kelas lagi.. Dia masuk jer tengok gambar tu lepas tu tengok kitorang semacam jer.. hahahaha.. kalaula dia tau.. Adeh, standard la, umur time-time gitu kan rebellious sikit, dia lak macam ala-ala gatal lak tu, hapa lagi bebudak yg agak hardcore ni mula la asik nak melawan cakap jer.. tapi aku baik.. tak der melawan tapi ikut cakap pun tak jugak.. wakakakaka..

Teringat ada one time tu sesapa yang fail test kena duduk kat luar.. uihh.. best giler.. blok kitorang tu sekeliling penuh pokok pas tu dekat jer dengan lab, apa lagi dengan perasaan gumbiranya kitorang ramai-ramai kuar, lepak bawah pokok (depan kelas ni), siap makan-makan lagi (baju skolah dulu ada poket), sembang-sembang pas tu siap dok melepak kat tingkap lab lagi.. nyembang ngan bebudak yg tengah tunggu cikgu kat dalam lab.. wakakakaka.. hancus.. duduk kejap jer dah kena panggil masuk.. bengang mamat tu. Itu citer form 4 la..

Aku dulu kalau bosan ngan cikgu jer pegi tido kat sick bay.. kuakuakua.. Anyway, maybe sebab kitorang rasa cikgu kitorang ni kurang memberi perhatian kat kitorang kot, so, banyak benda kitorang kena buat sendiri. Nasib baik la class monitor kitorang memang kelassss... bebudak kitorang memang manchester united punya la.. sanggup datang time cuti skolah sebab nak cat kelas.. kaler peach.. kalau boleh tu nak cat kaler yang glaring sikit tapi malas nanti cikgu2 bising lak.. Skang ni mesti dah tak der dah.. The teachers were a bit surprise.. hehehe..

Tapi yang tak tahan adalah bila cikgu sendiri cakap yang kelas kitorang ni ler yang bakal menjatuhkan nama baik skolah.. Sedeyy ooo!! Tau la skolah aku tu antara skolah yang paling top kat Kedah pun tapi tak patutla cakap macam tu.. kalau sekolah buat karnival ker mender ker, lukis mural ker, kitorang ler yang jadik balaci.. tapi memang tensen la bila cakap macam tu kan.. so, what we did was.. everyday, we stayed back, do our homework together.. sesapa yang ambik a/c lepak kat kantin.. kembar meja panjang tu duduk beramai-ramai, bukakworksheet, buat step-by-step, sesapa budak art lepak dekat art room, tapi aku slalu lepak gak lepak kat art room tu.. nyebok ngan bebudak lain.. That's how we got through our form 5.. It was very memorable experienced.

Time ambik result, sorang jer dapat pangkat 2, berbanding denga kelas lain.. yang lain semua dapat pangkat 1. Alhamdulillah.. tapi yang tensenyer boleh cikgu kelas aku tu cakap dengan member aku yang dapat pangkat 2.. "Awakla ni yang merosakkan grade kelas". How could you.. as a teacher, said all those things to your student. Bengang giler kitorang time tu..

Itu citer zaman dulu la.. tu tak masuk lagi citer duduk kat hostel lagi tu.. curik masuk dalam kitchen, curik kuar dari hostel, dengan hantu jepunnyer.. best ooo...

Tuesday, January 23, 2007

Letih Mok CIk Hari ni!!

Lotih bonar mak cik hari ni. Biasak la, bila jer dekat-dekat nak meeting ni, macam-macam yang boss mintak. Dah kita ni kan kuli jer buat ler sehabis baik jer laa.. Last weekend pegi umah one of my opis mate kat Sec 8, Shah Alam. Husband dier tak der pegi Thailand so aku, Pinie ngan Nora ler pegi umah dier. Rancang tu nak pegi awal tapi tunggu Nora la dulu sebab tak der supir nak mengantor ke umah aku. Sampai kat umah kakak tu pun dah pukul 12 lebih.. hehehe.. pegi makan dalam erti kata yang sebenarnyer lerr.. Dah la aku dengan Pinie dah kebuluran tahap cipan. Akak ni ada 2 orang anak pompuan.. Mak aii!! yang first tu dah darjah 2, putih melepak, memang cute laa.. tapi dia tengah hangin sikit.. yang kecik tu baru nak masuk 4 taun.. comei la.. katun... kecik.. ada lesung pipit + hyper.. asik dok melompat saja. Kalau dia nampak orang pakai tudung, sebelum dia tanya apa-apa dia akan bagi salam dulu.. hahahaha.. cute. Tapi cara diorang cakap memang lain sikit la.. macam skema sikit.. maybe sebab akak tu pun skema lepas tu kawin lak dengan Sabahan so cara cakap tu lain sikit la.

Time kami bertolak dari umah akak tu pun dah kul 3 lebih, pegi Putrajaya (tak dak tempat lain kaaaa??? :P) pas tu pi lepak kat Istana Hinggap (umah Nora), sembang-sembang, lepak-lepak sambil tido2 seround. Pukul 8 lebih mak Nora sampai.. so, sembang-sembang ngan mak dier, lepak-lepak lagi, tengok TV tapi kalai ni makan-makan lak... mak dia bawak buah rambutan lepas tu kuarkan lagi jajan-jajan ngan kuih raya (kuih raya puasa tau... hahahaha..) pedulik hapa, semua kitorang balun. Lebih kurang pukul 10, kitorang kuar makan kat kedai yang service cepat gilos.. memang cepat pun.. rasa dia pun not bad.. Sampai umah dah pun pukul 12 lebih tengah malam. Lotih mak cik..

Semalam pun aku bz gak, aku ada 3 paper nak masuk meeting, 1 dah kasik semalam, ada lagi 2.. last-last HOD aku datang pagi tadi mintak info pasal dia nak buat paper tu.. Yeahoooo!!! Selamat aku. Tadi pun aku dah had out training budget dekat dia. So, skang ni cuma tinggal 1 follow up la pulak. Besok aku dah boleh hantor.. maka, dengan ini boleh la aku pergi bercuti dengan hati yang gumbira. Kejap lagi nak gi KLCC, nak gi Kinokuniya, nak check buku David Eddings yang baru dah kuar ka belum dalam paperback... Cess.. tak jadik nak gi KLCC la pulak. Nora baru jer call cancel sebab nanti tak der orang nak ambik dia nanti. Hampess!! Aku baru saja bercita-cita nak gi survey camera.

Aku nak balik!!!! Skang ni, balik jer aku ngadap notebook tengok katun/anime. Tengah tengok Tactics tak habih-habih lagi. AKu baru jer cadang nak ngumpul Bleach, alih-alih ada lak tunjuk kat TV, cakap Jepang lak tu. Itu yang best tuk. AKu kureng suka tengok Trinity blood, maybe sebab aku rasa diorang tu tak hensem kot.. muahahahah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...